Nak makan kat tepi laut Langkawi cuti nanti?
Ini lokasi tempat makan tepi pantai Langkawi yang boleh anda cuba.
Jom tengok pilihan yang ada.
Tempat Makan Best Tepi Pantai Langkawi
Warung Upih Ikan Bakar

Kedai makan malam ini kat pantai Tengah.
Dan ia salah satu tempat makan yang boleh layan view laut.
Menu yang ada jenis seafood.
Jadi poket tak boleh semput.
Kebanyakan yang datang memang plan ke sini untuk suasana senja.
Tapi sebab lokasinya, kalau hotel anda bukan kat Cenang dan Pantai Tengah nak drive ke sini makan masa juga.
Masa : Makan Malam
Lokasi : Charlie Motel, Jalan Pantai Tengah, 07000 Langkawi
Bamboo Cenang

Tempat makan satu ini pula kat pesisir pantai Cenang.
Ada goreng-goreng dan ada seafood.
Nak yang sedikit rare, boleh order siput buluh ataupun siput sudu.
Dan kalau saja nak layan suasana petang, fries dengan nugget ada untuk makan ringan tenang-tenang.
Masa : Petang / Makan Malam
Lokasi : Jalan Pantai Chenang, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi
Laksa Kaw Ikan Sekoq

Tempat makan popular petang-petang ini pun ada kat tepi pantai Langkawi.
Kat sini bukan saja boleh layan laksa, tapi juga menu ringan lain macam cucur dan pasembur.
Minum pula air kelapa.
Memang syok bila makan dengan keluarga.
Masa : Makan Petang
Lokasi : Jalan Kuala Muda, 07100 Langkawi
Laksa Power Airport

Food truck satu ini pun kat tepi Laksa Ikan Sekoq saja.
Sambil makan laksa atau mee udang, sambil layan angin petang.
Sedut pula cendol.
Memang syahdu cakap you.
Masa : Makan Petang
Lokasi : Jalan Kuala Muda, 07100 Langkawi
[static_content id=”29546″]
Hafiz Rojak

Kalau anda ada kat area kereta kabel Langkawi, boleh singgah Hafiz Rojak.
Food truck port makan petang ini ada kat tepi pantai Kok Langkawi.
Boleh pilih mee rebus, rojak buah, pasembur sampai laksa kat sini.
View nya pula lain sikit sebab ada pemandangan kapal layar dan rumah api.
Masa : Makan Petang
Lokasi : Jalan Pantai Kok, 07000 Langkawi, Kedah
Difiqa Seafood

Tempat makan ini pula kat tepi Pantai Cenang.
Kedai makan anda menghadap laut. Tapi jauh dari gigi air.
Menu kat sini jenis goreng-goreng.
Boleh pilih dari roti bakar dan lempeng kalau petang sampai ke tomyam dan siakap untuk malam.
Masa : Petang & Makan Malam
Lokasi : 2, Jalan Pantai Chenang, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi
Ngopi Pantai

Untuk anda yang suka explore kawasan baru, cafe tersorok dan susah nak pergi, cafe ini boleh dicuba.
Boleh layan kopi dan kek sambil enjoy suasana senja.
Sayangnya jalan nak ke sini berlecah. Lebih sesuai untuk basikal dan motor sahaja.
Nak bawa keluarga pun payah sebab mungkin ada anjing berkeliaran sekitar kawasannya.
Masa : Petang & Makan Malam
Nota Penting : Kalau berkereta, jalan masuk ke sini sempit. Parking yang elok tiada.
Lokasi : Cenang Hill Beachfront Lot 113, Tasik Anak, Teluk Bharu, Jalan Pantai Tengah
Tanjung Tirai View

Kalau nak restoran tepi pantai Langkawi yang selesa, cuba juga Tanjung Tirai View.
Kat sini boleh try lauk famousnya – kerapu masak asam jawa.
Boleh datang berdua atau dengan keluarga.
Sambil makan, sambil layan matahari terbenam.
Jadi memori bersama sampai bila-bila.
Masa : Makan Malam
Lokasi : Bamboo Beach Resort Penarak, Jln Traveloka, Langkawi
Okay, cukup kat sini senarai tempat makan tepi laut yang best kat Langkawi.
Kebanyakannya harga biasa-biasa yang boleh pergi solo atau berkeluarga.
Cuti kali ni, yang mana anda nak cuba?