20 Tempat Menarik di sekitar KLCC (No.15 Anda Kena Pergi)

Nak tahu apa yang best kat area KLCC?

Ini 20 tarikan di sekitar KLCC yang ada — yang berbayar dan yang percuma.

Jom layan sama-sama!

Tengok Ikan Jaws kat Dalam Aquaria KLCC

ikan pelik di aquarium aquaria klcc
Antara ikan dalam Aquaria KLCC, yang nampak seperti cacing

Masuk kat dalam akuarium 60,000 kaki persegi ini memang benda paling popular yang orang buat bila dah ada dalam kawasan KLCC.

Tapi 5000 ekor ikan kat Aquaria, siap dengan program macam Dive With The Sharks dengan Cage Rage (masuk sangkar, jenguk gigi ikan jaws) pun cukup menarik dah.

aquaria klcc aquarium tiket

Kalau rasa nak datang tidur KL masa cuti sekolah, boleh juga masukkan anak dalam program Sleep with the Sharks ( tidur dalam Aquaria dengan ramai budak-budak lain). Tapi untuk ini kena book awal sebab tempat sikit.

Apapun, kalau dah ke sini, jangan terlepas waktu bagi makan ikan Arapaima yang lagi panjang dari manusia. Boleh tengok ganas tak ganas ikan lombong air tawar ini makan ( Isnin, Rabu, Sabtu – pukul 2:30 ptg kat Flooded Forest).

Main kat Petrosains

petrosains klcc - muzium interaktif menara berkembar klcc
Kawasan dinosaur dalam Petrosains KLCC

Kalau anda datang dengan anak bawah 12 tahun, muzium interaktif Petrosains ni cukup buat depa seronok. Tempat ini macam campuran pusat sains dengan tempat permainan, jadi main pun boleh, belajar pun boleh.

Disebabkan Petronas yang buat Petrosains ini, tema tempat ini minyak, dan minyak, dan minyak. Jadi boleh lah tengok batu yang keluar minyak, pegang kereta Formula 1, rasa masuk kat dalam pelantar minyak sampailah rasa naik helikopter dengan simulator heli yang ada.

Budak seronok, mak pun boleh acah-acah jadi dewi remaja sekali.

Tapi nak masuk, pastikan perut kenyang. Jangan sebab pintu masuknya sempit, anda rasa tempat ini ciput. Kawasan ini besar weh! 2 jam masuk belum tentu boleh keluar. Silap-silap memang anda naik minyak, sebab kena heret keluar anak — depa mungkin tak mahu berhenti.

Ambil Angin kat Taman KLCC

layan joging dengan kolam air di taman klcc menara petronas
Kawasan jogging dalam taman KLCC. Kredit Dennis Hurd

Jangan sebab masuk KL, anda ingat tak ada tempat hijau kat sini. Kalau tak sempat nak ke Menara KL (yang ada hutan dara paling tua dalam KL), layan ambil angin kat Taman KLCC pun seronok.

Kalau datang dengan anak-anak bawah 10 tahun, boleh bagi depa mandi kat kolam randuk KLCC. Tempat ini free. Tapi jangan lupa bawa baju ganti (dekat sini ada tempat nak salin baju). Abah Dollah jangan pula join sekaki ya, sebab tinggi kolam ni setakat betis abang je. Huduh nanti rupanya abang dalam ini.

Kalau kolam randuk belum cukup, ada banyak buaian dengan gelongsor nak dilayan. Awal pagi atau lewat petang memang seronok kalau dengan anak-anak kat sini. Lagipun dalam KL, ini kawasan permainan anak yang paling besar dan free.

Tips: Singgah juga kat jambatan kat tengah taman. Ini antara tempat paling popular nak bergambar dengan latarbelakang KLCC.

Jamu mata dalam Suria KLCC Mall

pelancong di suria klcc kuala lumpur

Mula-mula nak habaq mai. Ini bukan mall biasa-biasa ya kak Munah.

Ini mall 6 tingkat, yang memang dibuat untuk orang kaya. Kita cerita fasal jenama macam Versace, Coach, Louis Vuitton. Dan kalau brand Malaysia pun, brand kasut macam Jimmy Choo — yang kasutnya dipakai dek celebriti dan para tuan puteri.

Tapi jangan senak sangat. Sebab ada lebih 300 butik dan kedai kat sini. Jadi masih ada tempat untuk kita orang marhaen ini. Kalau tak membeli, cukup je kita perati.

Tengok KL dari Jambatan KLCC

skybridge klcc
Kredit : fadzlinafuad_

Kalau Maharaja Shah Jehan buat Taj Mahal kat India untuk isteri dia, orang kata Tun Mahathir pula bina KLCC untuk isteri dia — Tun Hasmah.

Kata orang, buktinya tengok kat jambatan KLCC — sebab bila ada jambatan, dua menara KLCC tu akhirnya jadi macam huruf H, untuk Hasmah.

Tak ada siapa tahu betul ke tidak. Yang pasti, kalau tanya pada arkitek yang buat, depa akan cakap ini gunanya buat penyambung dua menara. Kalau-kalau ada emergency, orang yang bekerja dalam menara yang bermasalah boleh lari ke menara sebelah.

Kalau rasa nak naik jambatan ini, bersedia lah beratur awal pagi. Ada yang pukul 6:30 pagi dah bersedia berebut sebab pass harian ini terhad.

Dan kalau dah dapat pass pun, jangan hegeh-hegeh. Bila dah kat jambatan, hanya boleh layan dalam 10 minit saja. Kemudian anda akan pergi ke kawasan tinjau pula. Kat sini lebih sikit masa nak tengok KL dari atas (15 minit).

Tips: Kalau tak mahu buang masa beratur, boleh beli tiket jambatan KLCC kat sini. Depa hantar terus ke hotel.

Ronda KL dari kawasan KLCC dengan Bas GoKL (Free bang!)

naik bas go kl - free kat kl
Bas KL yang warnanya senang nak nampak. Kredit : GoKL

Kalau rasa nak tengok bandaraya KL dari KLCC, anda ada banyak pilihan. Tapi dalam semua pilihan yang ada, ini satu pilihan yang free — naik bas GoKL.

Anda boleh naik bas ini kat tempat tunggu bas KLCC. Bas ini ada banyak laluan. Jadi kalau setakat nak pergi jalan-jalan kat Bukit Bintang, tengok KL Tower, pi kawasan Chinatown atau Central Market, memang enteng.

Boleh naik, dan kemudian tukar bas ke laluan lain, ataupun duduk sampai bas habis buat satu pusingan balik ke KLCC.

Okay, memang traffic jem kat KL mengarut. Tapi bas ini ada WIFI free. Boleh juga layan FB masa sangkut dalam itu.

Bas ini mula dari 6 pagi sampailah pukul 11 malam.

Layan Seni kat Petronas Gallery

galeri petronas dalam suria klcc
Petronas Art Gallery yang lazimnya lengang. Kredit Petronas Gallery

UPDATE : Tarikan ini telah ditutup sejak 2023

Kalau anda suka seni, bila dah dalam Suria KLCC, singgah kat Petronas Gallery.

Tempat ini seninya seni orang kita. Selalunya lah. Sebab ada waktu seni orang luar masuk ke sini nak bagi kita layan hasil kerja luar negara juga.

Nak masuk galeri ini, free. Jadi bukan saja ini berita baik untuk abang yang minta seni, tapi juga hubby yang tak larat si isteri minta itu ini. Rehat, tenangkan jiwa dalam tempat ini bang. Confirm kat Munah tak cari.

Koleksi kat dalam ini kecil saja. Tapi sebab tak perlu beratur dan tak ramai manusia, paling lama pun duduk layan seni dalam ini dalam 30 minit saja.

Belek Komik kat Kedai Buku Kinokuniya

kedai buku kinokuniya dalam klcc tingkat 4
Pintu masuk ke kedai buku Kinokuniya yang cukup menggiurkan ulat buku.

Suka buku? Kalau begitu, silakan jalan masuk kat kedai buku Kinokuniya — kedai buku Jepun kat tingkat 4 Suria KLCC. Sini bakal jadi syurga buku anda.

Kalau anda suka layan Manga, Anime atau suka kutip alat tulis Jepun yang kiut miut, bersedia untuk duduk kat sini 2, 3 jam. Kalau selama ini pengetahuan anda pasal manga Jepun cuma hanya kat Naruto, kat sini tempat anda boleh buka mata — dengan koleksi komik yang jauh lagi besar dan selalunya orang luar Jepun tak tahu langsung pun.

Suka seni lukis, fotografi, seni binaan? Okay. Tingkat mezzanine ada buku-buku khas untuk orang macam anda.

Semua buku berbalut. Tapi boleh saja minta tolong assistant kat sini buka kalau anda nak baca.

Tips : Dalam tempat ini ada kafe kecil. Beli buku, order air secawan, boleh start selak buku sampai kedai tutup.

Tengok Air Pancut KLCC

pertunjukan air pancut malam di klcc symphony
Suasana malam di Tasik Simfoni KLCC. Kredit Bizmac/Flickr

Kalau anda ada kat kawasan KLCC masa senja atau malam, keluar dari mall, ikut beramai-ramai lepak kat tepi pool KLCC. Boleh tengok air pancut liang liuk sekali dengan lagu dan warna.

Lake Symphony ini memang best sebab boleh layan bayu malam. Lagi-lagi kalau ada anak. Ini bukannya tarikan wajib kat sini, jadi tak perlu datang khas malam-malam semata-mata nak tengok ini.

Tapi sekurang-kurangnya pertunjukan 5 – 10 minit yang free ini, boleh bagi rehat sikit badan dari cuma fikir apa yang dibeli dalam Suria KLCC.

Pertunjukan air pancut dengan lampu dengan muzik akan mula pada pukul 8, 9 dan 10 malam. Pertunjukan lampu saja pula ada masa 7:30, 8:30 dengan 9:30 malam.

Kawasan ini kadang-kadang penuh manusia. Tapi ada banyak tempat duduk kat tangga untuk duduk bersila.

Nak Layan Bukit Bintang? Guna Elevated Walkway ini

jambatan jalan kaki klcc bukit bintang
KLCC Bukit Bintang Walkway. Credit : Brown/ Flickr

KLCC memang best. Tapi kalau nak pergi ke Bukit Bintang pun boleh. Dan tak ada cara nak berjalan kaki ke sini yang lebih baik dari jambatan ini.

Dulu-dulu, kalau nak ke Bukit Bintang dari KLCC memang kena redah jalan yang penuh motor dan kereta, bawah terik matahari pula itu.

Tapi dengan walkway ini, tak ada trafik nak dirisaukan. Boleh mula masuk dari KLCC Convention Center, pi ke Impiana sampailah ke Pavillion kat Bukit Bintang. Nak tahu kat mana keluar, cuma ikut papan tandanya saja.

Waktu malam pun tak perlu risau. Tempat ini ada polis bertugas dan ada CCTV. Jadi rasa lebih selamat.

Makan kat restoran yang ada Michelin Star

chef kat nobu malaysia kat menara 3 klcc
Chef dalam NOBU KLCC

Ah, cerita pasal layan makan sedap-sedap pula.

Kalau nak yang terbaik, Kuala Lumpur ada beberapa restoran Michelin Star (ini pengiktirafan paling tinggi yang chef boleh dapat).  Kat sini ada NOBU — restoran Jepun yang dekat saja dengan KLCC.

Restoran ini kat dalam KLCC Tower 3 (tepi hotel Mandarin), jadi pemandangannya memang leleh. Dan dengan suasana restoran campur pula dengan seni kulinari NOBU yang memang dah famous kat seluruh dunia, ini memang cara paling best nak tutup malam anda kat KLCC.

Restoran ini ada sashimi, sushi dengan tempura yang antara terbaik dalam dunia. Tapi bersedia nak bayar RM 400 untuk seorang makan.

Oh, sebelum lupa. Restoran ini tak ada babi, tapi tak ada Halal Jakim. Jadi sesuai untuk bawa kawan dari luar, tapi bukan untuk kita semua.

Tengok Suasana Food Truck kat KL

suasana tapak urban street dining dekat dengan klcc
Suasana malam hari kat TAPAK Urban Street Dining

Kalau nak ke sini, bersedia untuk jalan kaki 900 meter dari KLCC.

Tapi kalau nak tengok suasana Food Truck kat KL, ini antara tempat paling hip sekali kat kawasan ini.

Tempat ini dah dibuka sejak 2016. Ada 20 food truck kat sini — dan banyaknya jual makanan Western.

Kalau anda berniat nak ke sini, datang sebelum pukul 7 malam. Kalau boleh datang dengan kawan, boleh dia tolong book kan meja.

Tapi macam kawasan makanan hipster yang lain, datang hanya untuk tengok suasana nya,  bukan untuk lauknya.

Masuk Godiva — rasa coklat premium

pilihan coklat kat butik godiva klcc

Kalau anda suka coklat, KLCC ini ada satu kedai coklat yang wajib anda singgah.

Nama tempat ini Godiva. Memang terkenal kalau sebut coklat tahap premium. Butik coklat ini (ya, depa panggil ini butik bang oi), bukan saja ada truffle coklat gelap yang sedap tapi juga famous dengan ice cream nya yang lemak berkrim.

Sedia dengan duit. Sebab coklatnya depa jual ikut gram.

Tapi kalau dah sekali sekala datang, apa salahnya mencuba kan? Kata kaki coklat, tak sempurna hidup kalau belum rasa coklat kat Godiva.

Tips : Tak suka coklat? Cuba aiskrimnya.

Layan Minum Petang kat Mandarin Oriental

teh petang di mandarin oriental
Minum teh dengan pemandangan taman KLCC

Malaysia kena jajah dek British lebih 100 tahun. Jadi duduk minum petang ini bakal bawa anda bali ke memori masa dulu.

Kat Kuala Lumpur ada banyak tempat yang ada minum petang. Tapi kat KLCC, santai minum petang kat Mandarin Oriental punya Lounge in The Park adalah antara tempat terbaik dalam kawasan ini.

Minum petang kat Mandarin, macam biasa, ada scones panas, sandwich mini dan juga pilihan kek-kek mewah. Kalau risau gemuk, boleh pilih minum petang “Healthy Choice” — yang ada pilihan makanan Cina disamping santapan British.

Kat sini ada 60 pilihan teh. Tapi kalau nak minta kopi atau jus, pun boleh. Cuma jaga adab minum teh tu. Jangan buat macam kat kedai mamak ye?

Minum petang disediakan dari 2:30 ke 6 petang.

Bagi Anak Bergerak Habis kat Superpark

main street basketball di superpark

Ada bawa anak? Bagus. Kalau hari hujan, atau anak dah merengek bosan, ini tempat pertama yang anda perlu tuju.

Superpark ini kat dalam Avenue K, tak berapa jauh dari KLCC. Seberang jalan sahaja.

Anak anda boleh lompat kat trampolin, panjat dinding, tak pun terbang lompat masuk dalam span besar kat sini. Kalau nak lagi aksi, boleh naik scooters, skate board ataupun cuba main luncur ais kat kawasan luncur air buatan dalam Superpark ini.

Tempat ini ada 26 aktiviti. Tapi confirm anak anda penat dan lembik bila dah keluar.

Tips : Anak bawah 9 tahun wajib ada orang dewasa masuk sekali. Kalau anak anda bawah 9 tahun, cuba pi kat Starlight (dalam mall ini juga).

Cuba Keluar dari Breakout

escape room dalam avenue k yang dipanggil breakout

Kalau anda memang minat perah otak, atau suka dengan main escape room, cuba Breakout — pun kat Avenue K.

Macam mana-mana bilik escape lain dalam dunia, main Breakout pun begini — anda dengan kawan-kawan atau famili kena kunci dalam bilik. Dan anda gunalah clue yang ada dalam bilik itu kalau nak keluar dalam masa yang dah diberi. Kalau berjaya keluar, anda menang.

Nak bagi lagi best main, kat Breakout, setiap orang yang main akan dapat super power. Contohnya Time Bender boleh minta tambahan masa, dan Lock Master boleh diberi kuasa buka kunci.

Anda ada 45 minit. Gunakanlah segala ilmu pengetahuan, azimat, jurus dengan gerak hati segala macam untuk keluar dari sini. Bawa kawan ramai kalau nak lagi senang keluar.

Dengar Muzik Taraf Dunia kat MPO

orchestra muzik di dpo klcc

Kalau minat lagu, dan terfikir nak buat apa kat Menara Berkembar ini malam-malam, apa kata upgrade sikit taste anda? Pi layan Malaysia Philharmonic Orchestra (MPO).

Sebelum adanya MPO dan dibuat DFP (Dewan Philharmonic Petronas) yang gah, Malaysia sebenarnya tak ada dewan konsert yang bertaraf dunia, apa lagi kumpulan orkestra yang mahir muzik.

Kumpulan MPO ini sebenarnya kumpulan ahli muzik dari 20 negara. Persembahan yang selalu ada, muzik klasik. Tapi ada juga waktu lagu jazz, pop dengan rock dalam DFP ini.

Betul lah kalau ada yang marah sebab 90% ahli muzik dalam ini bukan orang Malaysia. Apapun, ini tempat anda nak dengar persembahan berkualiti dengan harga murah.

Cuma pastikan pakai segak. Walaupun abang Dolah minat rock kapak, jangan pulak cuba nak masuk pakai jeans rabak.

Tiket bermula dari RM 50 (separuh harga untuk yang masih belajar).

Rasa Makanan Dari Seluruh Dunia kat Foodcourt

foodcourt tingkat 2 klcc
Macam macam ada kat food court KLCC ni. Credit: Suria KLCC

KLCC ini banyak restoran mewah-mewah. Tapi itu tak bermakna orang marhaen macam kita patut makan kat luar bila perut dah berkeroncong.

Bila kat sini, singgah ke Foodcourt nya kat tingkat 2.

Kat sini, tak kisahlah kalau anda jenis cerewet ke tidak, insyaallah ada makanan yang kena dengan tekak. Nak teppanyaki Jepun ada, tom yum Siam ada, nasi kandar Mamak tak ada masalah, kebab Arab pun ada.

Rasa nak telan burger? McDonalds sedia dirasa.

Pendek kata, apapun citarasa anda, apapun bajet anda, tempat ini mesti kena tuju dulu.

Tips: Harga air minum kat sini mahal. Samada anda beli kat Cold Storage kat tingkat bawah, ataupun beli kat McDonalds. Datang sini sebelum pukul 11, dan duduk kat tepi tingkap. Boleh layan pemandangan taman KLCC.

Berlatih Hayun Kayu Golf

main golf dengan simulator golf dalam mandarin oriental klcc

Bercuti kat KLCC bukan maksudnya nak biar darah golf dalam badan tu cair. Kat kawasan ini ada sekurang-kurangnya 3 tempat yang ada golf simulator.

Pilihan pertama kat Mandarin Oriental. Hotel ini ada 3 indoor simulator buat anda layan golf dalam bilik ber aircond.

Alternatif kedua kat ISETAN dalam Suria KLCC. Ada Golf Studio kat tingkat 3. Cuma bila kat sini, mungkin duit tambah mengalir sebab tempat ini siap dengan bermacam barang golf — dari kayu sampailah baju yang datang dari Jepun.

Pilihan ketiga, kalau anda datang dengan geng kaki golf juga mestilah tempat yang khas untuk main golf. Layan Golf Club KLCC kat hotel Novotel. Ini lounge golf premium pertama kat KL.

Depa buka 7 hari seminggu, dari 11 pagi sampai malam buta. Jangan risau kalau lapar. Ada tempat makan dalam lounge ini.

Bagi Badan Seronok dengan Massage kat Mandarin atau Impiana

bilik spa dalam mandarin oriental kuala lumpur

KLCC memanglah tempat hebat kalau nak bercuti, makan atau bekerja. Dan satu lagi, tempat hebat untuk manjakan badan cik adek puteri-puteri kayangan sekalian.

Tempah sesi urut kat Mandarin hotel yang sebelah saja dengan KLCC, dan rasakan urut Melayu nya.Boleh pilih pakej dari facial treatment saja, ataupun manjakan badan habis-habisan dengan urut Melayu satu badan.

Alternatif kedua, Swasana Spa kat Impiana KLCC Club Tower. Yang ini depa gabungkan rawatan spa dari bermacam negara kat Asia Tenggara ini.

Cuba Urut Swasana — yang guna teknik urut Melayu, Siam dan Bali dalam satu masa. Minyak urut boleh di custom untuk sesi anda.

Harga rawatan kat dua tempat ini memang tinggi. Tapi dengan suasana, kepakaran tangan dengan hasilnya, mungkin buat cik adek semua teringat-ingat untuk datang lagi berulang kali.

Jadi, antara 20 benda menarik kat area KLCC, yang mana satu pilihan hati?

JomJalan Seluruh KL

Senarai tarikan best di Kuala Lumpur
Hotel terbaik pilihan kami
Promo hotel, tarikan KL
Layan kedai makan sedap kat KL
Jomjalan