Ini Dia ! 6 Tempat Best Untuk Kanak-Kanak kat Cameron Highlands Yg Wajib Bawa Anak Nanti

Cameron Highlands bukan sahaja untuk mak-ayah tapi best untuk anak-anak juga.

Tak percaya?

Ini antara tempat menarik kat Cameron untuk mereka.

Sheep Sanctuary

sheep sanctuary - antara tempat menarik kanak -kank di cameron highlands @nurulfarahaqilah
Kredit : nurulfarahaqilah
Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara127
Pelancong Asing127
Beli Tiket Tarikan Ini
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 15 Jan 2024

Ini antara tempat menarik kat Cameron yang kebanyakan anak-anak suka.

Sebab boleh belai, beri makan dan tengok kambing biri-biri yang lazimnya ada kat oversea.

Dan ada juga llama — binatang yang jarang jumpa kat Malaysia.

Cuma kalau datang dengan mak ayah yang berusia, lebih baik mereka tunggu saja di kereta.

Tempat ini bertangga. Dan agak curam kawasannya.

Takut meraung lutut sepanjang cuti kat sini pula.

Greenview Garden

greenview garden cameron
Kredit : randompostsbyrara

Ini pun tempat yang ada kambing, arnab dan itik untuk mereka beri makan.

Bezanya selain binatang, mereka juga boleh naik pelampung kat dalam kawasan kolam kecil.

Bila sudah puas main dan bergambar, boleh bawa mereka ke cafe kat sini.

aiskrim greenview garden cameron
Kredit : qhal_rif

Sebab selain ada tempat makan, mereka bakal senyum sakan bila tengok aiskrim warna warni.

Memang leleh walaupun hari masih pagi.

Lata Iskandar

lata iskandar - antara tarikan cameron untuk kanak-kanak
Kredit : afiq.azroy

Kalau anda ikut jalan Tapah untuk perjalanan ke Cameron, boleh singgah kat sini.

Bolehlah anak main celup-celup air kat kawasan air terjun ini.

Air kat ini memang sejuk walaupun Tanah Rata 1 jam lagi perjalanan ke atas dari kawasan air terjun ini.

Memang best — lagi-lagi sebab masuk pun free.

Taman Rama-Rama

taman rama rama cameron @syukcukk
Kredit : syukcukk

Tempat ini pula menarik untuk kanak-kanak sebab ia bukan saja ada rama-rama.

Tapi juga ada kangaroo, kambing biri-biri sampailah ke ayam belanda walaupun tak besar mana kawasannya.

taman rama rama cameron @bynnahussein
Kredit : bynnahussein

Senang cerita, jangan fikir ia hanya taman rama-rama.

Fikirkan yang ia zoo mini Cameron Highlands dengan harga tiket yang termurah kalau nak dibandingan dengan zoo-zoo lain kat Malaysia.

Mini FunFair

mini funfair nova cameron @bawalmektudung
Kredit : bawalmektudung

Kalau anak dah bosan tengok binatang dan bunga, datang ke sini pula.

Kat sini ada bumper car, merry go round dan juga jengkaut untuk anak layan.

Tempat ini memang kecil saja.

Dan bayaran dikenakan untuk setiap ride bermula dari RM 6 ke atas.

Tapi buka waktu malam dan dekat saja dengan tempat makan di sekitar mall Cameron Square.

Animal Feeding Rainbow Garden

Kredit : rainbow garden
Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara105
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 17 Jan 2024

Kalau anda nak bawa anak ke petting zoo, ini tarikan kat Cameron Highlands yang sesuai untuk itu.

Anak boleh beri makan biri-biri, arnab sampailah ke burung-burung yang jinak.

Harganya pun sederhana. Sesuailah dengan saiz tempatnya yang kecil saja.

Tapi tempatnya bertangga.

Atuk dan opah sebaiknya tunggu saja di kereta.

Okay, cukup kat sini senarai tempat yang best untuk kanak-kanak yang ada kat Cameron Highlands.

Kebanyakannya berbayar, tapi ada yang percuma.

So — anda nak pergi yang mana?

JomJalan Seluruh Cameron

Senarai tarikan best di Cameron
Promo hotel, tarikan Malaysia
Layan kedai makan sedap kat Cameron Highlands
Jomjalan