Best Ni! 31 Tempat Menarik di Kuala Lumpur Utk Bawa Anak Masa Cuti

Tempat menarik di KL untuk kanak-kanak memang banyak.

Kalau bajet ada, boleh pergi ke taman tema. Kalau tak pun, pergi saja ke tempat-tempat percuma.

Okay, jom pilih yang sesuai untuk si manja.

Taman Tema

KL ada banyak taman tema. Kat bawah ini taman tema best yang boleh anda pilih untuk bawa anak sama-sama.

i-City

icity shah alam
Kredit : ros_ariffin__

Anda cuma ada masa waktu malam saja? Tak mengapa. 

Datang saja ke taman tema iCity. Malam kat sini warna-warni dek lampu LED.

icity shah alam
Kredit : journeyoftwinkletoes

Kalau nak sejukkan diri, ia juga ada rumah salji. Bolehlah rasa macam kat oversea.

Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara
Waterworld4035
SnowWalk6555
Red Carpet 210050
Pelancong Asing
Waterworld5045
SnowWalk7565
Red Carpet 2150100
Beli Tiket Murah Waterworld
Beli Pass Murah iCity
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 2 Jan 2024
Book Hotel Dekat iCity

Sunway Lagoon

Ini raja taman tema Malaysia. Sesuai datang masa cuti sekolah.

Kat sini, mereka boleh naik ride, beri burung makan di petting zoo, masuk rumah hantu, main air atau cuba aktiviti ekstrem yang ada.

sunway lagoon mini zoo

Bila balik, memang bakal tidur lena dalam kereta.

Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara165140
Pelancong Asing225190
+ Express Lane
(Quack Xpress)
+ 90+ 90
Beli Tiket Murah Sunway Lagoon
Beli Tiket Murah + Express Lane
Harga tiket dikemaskini : 2 Jan 2024

Taman Tema Berjaya Times Square

carnival games berjaya times square kl

Hoteal anda kat area Bukit Bintang? Kalau ya, ini taman tema yang paling senang nak datang,

Ia tempat permainan indoor. Dalam shopping mall Berjaya Times Square.

cosmos world fantasy garden in berjaya times square kl

Kat sini ada roller coaster untuk anak remaja. Tapi si kecil tak perlu muncung sebab ada ride juga untuk mereka cuba.

Harga Tiket AsalDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara6050
Pelancong Asing7570
Beli Tiket Murah Taman Tema Berjaya
Harga dikemaskini sehingga : 2 Jan 2024

Kidzania KL

kanak-kanak jadi bomba di kidzania

Ini pula tempat untuk anak anda rasa bermacam jenis kerja.

Dari jadi professional seperti doktor bedah, sampai lah ke kerja berbahaya seperti bomba.

Mereka boleh dapat gaji dalam matawang Kidzania dan guna di dalam kawasannya.

Kalau sudah ke sini, anda nak ke IKEA Damansara pun senang saja.

Umur2 – 3 tahun4 – 17 tahun18-59 Tahun
Harga Tiket Walk-In (RM)5812069.52
Beli Tiket Murah Kidzania
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 3 Jan 2024

Tips : Masa pandemik dulu, ada ura-ura tempat ini nak ditutup. Jadi kalau belum pernah ke sini, datanglah sebab kita tak tahu berapa lama lagi ia bakal dibuka. Lagi pun cawangan Kidzania lain seperti di Singapura pun telah tutup dek Covid.

Bangi Wonderland

bangi wonderland waterpark
Kredit : ohmedia

Nak bawa anak kecil mandi-manda? Cuba Bangi Wonderland ini.

Ia ada beberapa pool besar dan slide yang sesuai untuk anak umur sekolah rendah.

Cuma kat sini, ride dewasanya terhad untuk yang bawah 80kg. Kalau badan anda besar, mungkin dapat tengok main air dengan anak sahajalah.

Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara5545
Pelancong Asing6656
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 10 Jan 2024

iCity Waterpark

Kredit : mr.ridwan.x

ICity bukan saja ada lampu LED, tapi ia juga ada taman air untuk mandi manda dan bersukaria.

Tempat ini lebih kepada anak umur 2 hingga 6. Saiz taman air ini kecil tapi cukup untuk mereka.

Di sini, ride dewasa cuma ada beberapa saja. Tapi sesuailah dengan harganya. 

Tarikan Percuma

Nak buat anak happy tak semestinya perlu belanja. Ini tempat percuma untuk bawa anak-anak anda sekitar ibukota.

Taman Tasik Titiwangsa

tasik titiwangsa kl
Kredit : thelittle_koty

Taman ini ada tempat permainan dengan kawasan splash park kat sebelah.

Kalau nak ronda keliling tasik Titiwangsa, boleh sewa basikal untuk mereka. Untuk tenangkan jiwa, cuba laluan kanopinya.

Apapun, baik bawa topi. Kawasannya kurang pokok. Takut hitam balik nanti. 

Nota : Parking kat sini selalunya sukar dicari.

Taman Metropolitan Kepong

taman layang layang kepong
Kredit : romperovic

Taman ini besar – dan terkenal sebab boleh main layang-layang bila petang.

Tak perlu bawa layang-layang sendiri sebab ramai penjual kat sini. Dan yang nak main basikal pun boleh sewa saja.

Kalau malas bermain, hampar tikar tepi tasik. Boleh berpiknik. 

Taman Botani KL

bamboo playground tasik perdana
Kredit : Marc Tey , M Suhaimi

Kat taman tengah KL ini anak boleh masuk ke bamboo playhouse kat tengah tasik atau tengok sunken garden.

Kredit : saidah_asilah

Tapi kalau anak nak bermain, boleh terus ke dinosaur park.

Ada beberapa tarikan lain yang dekat dengan taman ini.

Ada Taman Burung KL, Taman Rama-Rama, Muzium Kesenian Islam, Muzium Polis sampailah ke Planetarium Negara.

Tips : Kedai makan popular macam restoran Chef Ismail atau Nasi Lemak Tanglin ada di pesisir taman ini.

Taman KLCC

tempat menarik utk kanak-kanak kuala lumpur - di pool klcc
Kredit : Kuaby

Taman KLCC ini pula sederhana besar. Tapi ada kolam randuk dan taman permainan dengan slide dan buaian untuk anak kecil anda.

taman klcc
Kredit : _lester.ho_

Untuk anak yang umurnya sekitar 4 – 7 tahun, tempat ini cukup untuk buat mereka gembira.

Anak remaja pula boleh berselfie dengan latar belakang KLCC untuk IG.

Taman Tasik Permaisuri

taman tasik permaisuri
Kredit : eekhor

Kawasan dalam taman ini berbukit, jadi bagus untuk anda sekeluarga keluarkan keringat.

Untuk anak kecil, ada beberapa taman permainan kecil untuk mereka.

Bagusnya kat sini, taman permainan di tepi tempat letak kereta saja. Senang kalau anda pun tak banyak masa nak redah kawasan tamannya.

Tarikan Berinformasi

Untuk anda nak bawa anak pergi ke tempat menarik yang juga berinformasi, ini antara tempat yang boleh dilawati.

Petrosains

dinosaur di aquaria klcc dengan tiket aquaria murah
Kredit : ayam__motoshiblog

Tempat menarik wajib pergi kat KLCC kalau ada anak kecil ialah Petrosains ini.

Kredit gambar  : emy_chachacha

Muzium interaktif ini luas. Si kecil boleh layan simulasi kereta Formula 1, masuk pelantar minyak ataupun main permainan berkonsep geo-sains sama-sama.

Sesuai untuk anak tadika sampailah darjah 4, 5.

Harga Tiket Walk-InKanak-Kanak (RM)Dewasa (RM)
Hari Biasa
Warganegara1022
Pelancong Asing2035
Hujung Minggu & Cuti
Warganegara1225
Pelancong Asing2540
Beli Tiket Murah Petrosains
Harga walk-in dikemaskini sehingga : 2 Jan 2024

Muzium Matawang

muzium matawang kuala lumpur  - tempat menarik di KL untuk kanak-kanak
Kredit : yushaneez

Muzium milik Bank Negara ini pula tempat mengajar anak fasal duit.

Mereka boleh tengok sejarah duit kat Malaysia, dari cengkerang dan kupang sampailah ke zaman fintech sekarang.

Anak yang remaja boleh lah berselfie kat dua tiga tempat lawa kat sini, macam tangga spiralnya yang viral kat IG.

Tips : Setahu kami anda kena buat temujanji sebelum datang. Jangan walk-in begitu saja.

Muzium Negara

Muzium Negara - tempat menarik yang murah untuk rombongan sekolah

Muzium yang ikonik dan murah ini pula tempat belajar sejarah.

muzium negara kuala lumpur
Kredit : faizradzi

Ada duit, ada keris. Kat luar muzium pula ada kenderaan lama macam gerabak keretapi dan kapal terbang ringan.

Kawasan dalam muzium ini selesa. Dan kalau waktu cuti, ada pameran yang berbeza-beza.

Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara2Percuma
Pelancong Asing52
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 10 Jan 2024

Pusat Sains Negara

dinasour alive di pusat sains negara
Kredit : bundaandhiqamaya

Ini lokasi nak tengok ikan, robot dan juga demonstrasi sains pada harga murah.

Kalau ada duit extra, boleh masuk ke pameran dinosaur.

pengunjung bergambar di pusat sains negara
Kredit : timmy727

Bangunan pun warna-warni. Sebelum balik, cantik berselfie untuk memori.

Harga Tiket Walk InDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Tiket Biasa63
Tiket Pameran Obscura86
Harga tiket dikemaskini sehingga : 10 Jan 2024

Planetarium Negara

layan replika planet marikh di planetarium
Kredit : shyla_bakar

Ya, projek angkasa Malaysia tak segah Amerika, atau Rusia. Tapi kita masih ada tempat untuk pupuk minat anak pada ilmunya.

angkasawan di planetarium negara malaysia
Kredit : zulhelmimohdisaM

Kat sini anak boleh tengok baju yang dipakai angkasawan dan pod angkasa.

Diluar pula ada klon jam matahari. Bolehlah anda ajar si kecil sedikit ilmu astronomi.

Harga WarganegaraDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
GaleriPercumaPercuma
Tayangan Planetarium64
Space Pod128
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 2 Jan 2024

Muzium Telekom

muzium telekom kuala lumpur
Kredit : foongpc

Untuk cikgu-cikgu, ini tempat untuk tunjukkan pada anak murid telefon zaman dulu.

Dari zaman operator yang kerjanya menyambungkan panggilan, dan telegram untuk pesanan manual sampailah ke sistem telekomunikasi hari ini.

Cuma maklumat pada bahan pameran tak cukup penerangan. Jadi anda perlu jadi tukang cerita pada si kecil anda.

Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara63
Pelancong Asing115
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 21 Jan 2020

Tempat Permainan

Bagi anak cergas sikit. Buat mereka tinggalkan telefon dan gerakkan badan paling kurang sewaktu hujung minggu.

Gua Damai

Untuk orang bandar nak merasa memanjat bukit atau masuk gua, ini antara lokasi paling dekat ada kat ibukota.

gua damai extreme park budak budak

Ya, ia popular untuk orang dewasa.

Tapi anak-anak pun sebenarnya boleh ikut sama.

Harga Pakej BiasaDewasa (RM)Remaja (RM)
Rock Climbing @ Top Rope140140
Adventure Caving100100
Zipline5050
Beli Pakej Gua Damai
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 2 Jan 2024

Windlab Skydiving

air rider wind tunnel

Ini tempat nak bawa anak rasa terapung kat udara – macam orang buat skydiving nun tinggi di atas sana.

air rider kuala lumpur 2 players

Cuma yang ini lebih selamat, lebih murah dari yang sebenarnya.

Yang bagus lagi, ia di dalam mall. Lepas anak berseronok, giliran mak pula cuci mata.

Harga Tiket Walk-In2 Flights4 Flights10 Flights
Hari Biasa99169379
Sabtu, Ahad & Cuti Umum109179399
Beli Tiket Skydiving
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 2 Jan 2024

Escape Challenge

escape pj paradign mall
Kredit : escape.pj

Ini versi mini Escape Park Penang. Tapi dalam Paradigm mall.

Ia ada 50 jenis permainan. Dari rintangan tinggi bertingkat-tingkat sampai tempat buat aksi macam akrobat.

Kalau anak dan anak tak lasak, boleh skip yang ini. Lagipun kalau mereka bawah 12, masuk perlu ada penjaga menemani.

Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara107.6271.43
Beli Tiket Murah ESCAPE PJ
Harga tiket asal dikemaskini sehingga : 2 Jan 2024

Superpark Malaysia

superpark malaysia ride

Superpark dari Finland ini pula taman aktiviti. Ada 20 permainan indoor untuk dicuba nanti.

Kat sini boleh berbasikal, main basketball atau panjat dinding.

superpark malaysia foam area

Kalau hotel anda dalam kawasan KLCC, taman tema dalam mall ini memang senang nak pergi.

Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
1 Pax ( Slot 2 jam )53 ke 6053 ke 60
Beli Tiket Murah Superpark
Harga berubah mengikut slot dan hari. Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 16 Mac 2022

Camp 5

camp 5 one utama
Kredit : joyce_l_s

Satu lagi tempat nak bagi peluang anak memanjat ialah Camp 5.

Tempatnya dalam mall dan sesuai untuk mak ayah juga.

Kalau nampak anak ada minat memanjat, boleh daftar jadi ahli. Murahlah bila datang lagi.

Manalah tahu minatnya jadi karier. Bolehlah wakili Malaysia.

Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Junior (RM)Youth ( 8 -12 thn) (RM)
Pass 1 Hari
Off Peak31.5022.5013.50
Peak423018
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 11 Jan 2024

Jumpstreet Asia

jumpstreet-asia
Kredit : hughes.l.e

Anak tak pandai duduk diam? Bawa mereka ke sini. 

Kat Jumpstreet Asia ini mereka boleh buat aksi akrobatik kat kawasan indoor yang luas dan tebal spannya.

Senang cerita, ini syurga untuk anak yang extra hyper.

Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Sessi 2 jam5555
Sessi 2 jam (public holiday)6060
Grip-Sock66
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 10 Jan 2024

Taman Haiwan

Ini pula senarai tempat menarik untuk anak-anak di Kuala Lumpur yang ada binatang. Dari panda dari China sampailah ke itik dan rusa.

99 Wonderland

99 wonderland
Kredit : vonvonng

Tarikan yang di kawasan tasik ini pula tempat bersantai malam-malam.

Ia ada petting zoo kecil yang anak boleh beri makan binatang di dalamnya. Ada itik, kambing dan rusa.

99 wonderland firework

Kat tasik pula anda dan anak boleh naik bot. Boleh tengok pertunjukan bunga api sambil layan angin malam sama-sama.

Mini Zoo Menara KL

mini zoo menara kl
Kredit : nazrulhisham_

Kalau anda nak ke menara KL, anda boleh naik ke dek tinjau dan KL Forest Eco Park.

Tapi untuk anak kecil, ada juga petting zoo mini kat sini yang boleh anda bawa mereka.

mini zoo kl tower

Ada kura-kura gergasi, burung dan arnab jinak untuk dibelai manja.

Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara3529
Pelancong Asing4838
Beli Tiket Murah Zoo KL Tower
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 26 July 2022

Taman Rama Rama

tarikan best KL- taman rama-rama kl

Taman rama-rama KL ialah yang paling murah dalam Malaysia. Cuma jumlah rama-rama tak sebanyak di Entopia.

Kalau nak datang, pastikan masa hujung minggu dan cuti sekolah. Sebab ia tutup bila hari biasa.

Dan plan untuk datang waktu pagi. Bila tengahari, rama-rama banyak yang bersembunyi.

Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara188
Pelancong Asing3018
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 10 Jan 2024

Taman Burung

taman burung kl
Kredit : adawiyahzakaria

Taman burung KL ini pula antara taman burung paling lama di Malaysia.

Kat sini, burungnya ada yang dibiar bebas terbang dan hinggap ke sini sana. Yang jenis jinak memang akan makan dari tangan anda.

tiket kl bird park
Kredit : liyanabakarudin_

Kalau lapar, ada Hornbill cafe untuk makan tengahari. Boleh makan ditemani burung enggang di sini.

Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara4520
Pelancong Asing8560
Beli Tiket + Transfer
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 2 Jan 2024

Farm in the City

farm in the city
Kredit : farminthecitymalaysia

Tak ramai anak sekarang pernah bersemuka dengan ayam, itik dan arnab – apa lagi nak memegang binatang-binatang sebegini.

arnab di farm in the city

Untuk anda yang lama duduk KL, ini tempatnya untuk pegang kambing sampailah ke rusa.

Tempat ini pun antara pelopor petting zoo kat Malaysia. Bila dah puas beri haiwan makan, boleh juga naik kuda.

Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara3932
Pelancong Asing5848
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 11 Jan 2024

Aquaria KLCC

aquaria klcc aquarium tiket

Aquarium di tengah bandaraya, itulah Aquaria.

Kat sini, anda boleh tengok haiwan marin, dari ikan nemo yang comel sampai ke jerung yang menggerunkan.

penyu di dalam akuarium aquaria klcc kl
Kredit gambar  : arefez

Kalau masa cuti sekolah, program Sleeping with the Sharks pun sedia ditempah.

Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Isnin - Jumaat
Warganegara5242
Pelancong asing7565
Hujung Minggu / Cuti
Warganegara5545
Pelancong asing7969
Beli Tiket Murah Aquaria
Book Hotel Dekat Aquaria KLCC
Harga dikemaskini sehingga : 2 Jan 2024

G2G Animal Garden

g2g animal garden serdang
Kredit : ewan_3781

Tak jauh dari Farm in the City ada pula G2G ini.

Ia pun tempat jenis petting zoo dan dipenuhi binatang yang boleh dipegang dan diberi makan.

g2g animal garden serdang
Kredit : syahirsaludin

Luasnya sederhana. Tapi ambil masa sejam dua juga untuk layan semua bintang yang ada.

Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara30.4525.20
Pelancong Asing60.9050.40
Beli Tiket Murah G2G
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 19 Jan 2024

Tips : Kalau anda lapar, boleh singgah kat restoran House Of Kambing. Layan lauk kambing yang segar dari ladang.

Zoo Negara

panda malaysia

Ini satu-satunya tempat menarik dalam Malaysia yang ada beruang panda.

Datanglah sebelum kontrak Malaysia dan China habis ( panda di zoo seluruh dunia sebenarnya disewa).

Zoo Negara - tempat menarik utk kanak-kanak di selangor
Kredit : Nadi0

Selain panda, jangan lupa tengok haiwan yang hampir pupus macam harimau Malaya. Atau ke dunia monyet untuk tengok orang utan bergayut sini sana.

Zoo ini luas. Sediakan kasut sesuai supaya boleh jalan puas-puas.

Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)Warga Emas (RM)
Warganegara451823
Pelancong Asing884388
Beli Tiket Murah Zoo Negara
Harga walk-in dikemaskini sehingga : 3 Jan 2024

Okay, lengkap sudah senarai tempat-tempat best untuk anak-anak kat KL.

Ada yang percuma, ada yang berbayar dan ada yang bakal buka mata dan mindanya.

So, anda nak bawa dia ke mana?

JomJalan Seluruh KL

Senarai tarikan best di Kuala Lumpur
Hotel terbaik pilihan kami
Promo hotel, tarikan KL
Layan kedai makan sedap kat KL
Jomjalan