Tercari-cari tempat menarik untuk anak yang boleh anda semua pergi waktu cuti kat Langkawi?
Tarikan Langkawi Untuk Kanak-Kanak
Kita bahagikan kepada dua. Satu untuk tarikan percuma dan keduanya tarikan berbayar — supaya senang nak pergi nanti.
Jom tengok semua tarikan best untuk anak kat Langkawi.
Tarikan Percuma
Pantai Cenang
Kalau anda menginap di Kuah atau kawasan lain dari Cenang, jangan lupa singgah ke kawasan Pantai Cenang ini masa cuti nanti.
Kat sini anda dan anak boleh mandi tapi laut, shopping cenderamata dekat gerai ataupun santai tengok matahari terbenam sama-sama.
Untuk makan-makan, ada McDonald dan Starbuck. Dan kalau malam inilah kawasan yang paling happening yang ada dalam pulau untuk ronda jalan kaki.
3 Tarikan Paling Top Kat Langkawi
Dataran Helang
Tak sah kalau datang Langkawi dan tak bergambar kat Dataran Helang ini.
Yang pentingnya tarikan ini percuma.
Dan tak kisahlah sama ada anak anda tu kecil atau remaja, kawasan Dataran helang yang ada kat tepi laut ini memang antara tempat paling popular untuk orang datang bergambar bila datang ke Langkawi.
Disebabkan cuaca, kawasan ini lebih ramai orang pada waktu petang dan malam daripada siang buta.
Pasar Malam
Satu masa dulu pasar malam memang ada di hampir semua daerah kat Malaysia. Tapi sekarang tarikan malam begini sudah hampir pupus.
Bila kat Langkawi kami sarankan anda bawa anak-anak ke pasar malam Langkawi.
Boleh mereka tengok sendiri cara shopping yang anda lalu masa tahun 70-an 80-an dulu. Tunjukkan juga pada mereka makanan-makanan yang orang muda sekarang sudah tak kenal — macam kerabu beronok, putu piring dan kuih dangai.
Laman Padi
Tak semua kita merasa main kat sawah padi. Tapi bila bercuti dengan anak-anak kat Langkawi anda boleh masuk ke kawasan sawah dengan percuma kat Laman Padi.
Boleh buka kasut, pijak selut dan bergambar dalam kawasan ini.
Dan kalau anak-anak anda memang nak tahu lebih lagi tentang padi dan petani, boleh masuk ke muzium yang ada kat sini.
Kompleks Kraf
Kompleks kraf ini mungkin tak popular di kalangan remaja. Tapi kalau anda cikgu-cikgu Ini kemungkinan tempat wajib tuju untuk mereka.
Macam biasa tempat ini ada macam-macam kraf yang boleh anda tengok hasil tangan orang Langkawi — dari batik ke kraf sampailah kepada lukisan dan juga kristal untuk cenderahati.
Masuk percuma. Tapi sediakan duit lebih. Manalah tahu ada kraf kat sini yang buat maknya terpesona.
Taman Lagenda
Taman Lagenda Langkawi sebenarnya nak dibuat macam Taman legenda di Indonesia. Sayangnya taman ini tak berapa sampai hasratnya.
Tapi kalau anda ada anak-anak kecil dan mereka kuat berlari ke sini ke sana, ini antara tempat untuk lepaskan. Bila letih, moga balik nanti tidur lena.
Macam taman-taman lain kat Malaysia, nak masuk percuma saja.
Oriental Village
Bila anda bercuti dengan anak, Oriental Village ini juga adalah tempat yang seronok untuk anda lawat masa cuti di Langkawi.
Kat sini bukan sahaja tempat bermulanya perjalanan kereta kabel Langkawi tapi tempat ni ada bermacam-macam tarikan lain lagi.
Masuk ke sini free. Dan kalau tak mahu masuk ke tarikan mana-mana atau beli apa-apa boleh datang saja untuk cuci mata.
Tarikan Berbayar
Kereta Kabel
Harga Tiket Walk-In (4 in 1) | Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) |
---|---|---|
Warganegara | 43 | 33 |
Pelancong Asing | 85 | 65 |
Beli Tiket Murah Kereta Kabel | ||
Penting: Tiket kereta kabel datang secara combo 4-in-1 ( Kereta Kabel Skycab + SkyDome + SkyRex + Muzium 3D) | ||
Harga dikemaskini sehingga : 10 Jan 2024 |
Kereta kabel Langkawi ini memang tarikan nombor satu kat Pulau Langkawi. Dan tak sah kalau anda dan anak-anak tak pernah naik walaupun sekali.
Kat sini bukan saja anda boleh rasa naik kereta kabel yang panjang berjela sampai ke gunung tertinggi yang ada dalam pulau lagenda, tapi anak juga akan merasa naik jambatan melengkung antara yang paling famous dalam dunia.
Senang cerita, ini tarikan untuk kanak-kanak paling best, wajib pergi untuk mereka bila cuti di Langkawi.
Taman Air Splash Out
Harga Tiket Walk-In | Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) | Warga Emas (RM) |
---|---|---|---|
Warganegara | 45 | 32 | 32 |
Pelancong Luar | 68 | 50 | 36 |
Beli Tiket Murah Splashout |
Waterpark ini tempat menarik terbaru kat Langkawi — khas untuk anda dan anak-anak yang suka main air masa cuti.
Untuk anak remaja yang suka adventure, ada The Perfect Storm untuk mereka rasa luncur air yang tingginya 6 tingkat.
Dan untuk anak-anak yang sekolah rendah, mereka ada River of Life, Wave Pool dan juga beberapa permainan air lain lagi untuk mereka layan.
Langkawi Wildlife Park
Harga Tiket Walk-In | Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) |
---|---|---|
Warganegara | 45 | 30 |
Pelancong Asing | 60 | 40 |
Beli Tiket Murah Wildlife Park | ||
Harga dikemaskini sehingga : 10 Jan 2024 |
Ini pun antara tarikan di Langkawi ala mini zoo untuk kanak-kanak yang popular.
Kalau kat petting zoo lain anda hanya boleh bagi makan binatang kampung, macam itik atau angsa, kat Langkawi Wildlife Park memang lain.
Si kecil anda bukan saja boleh beri makan flamingo, tapi juga landak, sang kancil dan keldai. Kalau anak anda tak takut binatang, ini bakal jadi tempat yang seronok untuk mereka balik cerita kat member.
Muzium 3D Art in Paradise
Untuk anda yang ada anak remaja yang suka berposing sini sana, ini tempat menarik wajib tuju untuk mereka.
Muzium ini ada lukisan 3D untuk mereka berposing satu hari. Dan kalau pandai ambil gambar akan ada banyak gambar untuk post kat IG.
Dan bagusnya lagi, tiket masuk ke sini dah dikira sekali kalau anda beli tiket naik kereta kabel Langkawi.
Island Hopping
Harga Tiket Asal | Dewasa (RM) | Kanak2 (RM) |
---|---|---|
Warganegara | 45 | 40 |
Pelancong Asing | 45 | 40 |
Beli Tiket Murah Island Hopping | ||
Datang berkumpulan? Sewa 1 bot | ||
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 2 Jan 2024 |
Bila anda datang dengan anak-anak ke Langkawi kami sarankan anda ambil trip Island Hopping dengan mereka.
Bukan sahaja mereka bakal merasa naik bot, tapi juga dapat tengok helang Kawi kat tengah laut, dan mandi kat pantai yang airnya lebih jernih daripada Pantai Cenang.
Dan bila Tasik Dayang Bunting disebut oleh cikgu, mereka boleh katakan — ya cikgu saya dah rasa ikan kecil gigit kulit kaki, dan menyelam kat situ.
Taman Buaya Langkawi
Harga Tiket Walk-In | Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) |
---|---|---|
Pakej Adventure Combo | ||
Warganegara | 40 | 30 |
Pelancong Asing | 50 | 40 |
Beli Tiket Murah Taman Buaya | ||
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 1 Jan 2024 |
Ini tempat anak anda tengok orang masukkan kepala dalam mulut buaya.
Menakutkan? Tentu lah kak Mona. Tapi kalau ada satu taman buaya yang anda lawat di Malaysia, Taman Buaya Langkawilah tempatnya.
Sebab selain daripada elok terjaga, ini juga taman buaya paling besar yang ada kat seluruh negara.
Underwater World
Harga Tiket Walk-In | Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) |
---|---|---|
Warganegara | 43 | 33 |
Pelancong Asing | 53 | 43 |
Beli Tiket Murah Underwater World | ||
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 10 Jan 2024 |
Ini satu lagi tempat tarikan untuk anak-anak kalau mereka sukakan binatang.
Underwater World ini memang tak sehebat Aquaria KLCC ataupun Sealife kat JB. Tapi kalau nak tahu inilah akuarium pertama kat Malaysia.
Kat sini tarikan utamanya adalah penguin — yang selain kat sini, hanya ada kat Zoo Negara.
Pulau Payar
Harga Pakej | Dewasa (RM) | Kanak2 (RM) |
---|---|---|
Snorkeling Tepi Pantai | 200 | 200 |
Snorkeling di Platform | 315 | 250 |
Scuba Diving | 415 | 390 |
Beli Pakej Murah Pulau Payar | ||
Anggaran harga pakej asal/ walk-in tepat sehingga : 10 Jan 2024 | ||
Penting: Pulau ini ditutup setiap Selasa & Rabu. Dan juga Mac - May setiap tahun. |
Untuk anak-anak yang suka tengok ikan, Pulau Payar ini bakal jadi memori indah mereka di Langkawi nanti.
Mereka bakal menyelam sambil dikeliling mereka ada beratus-ratus ikan — satu pengalaman yang susah mereka nak lupakan.
Cumanya bajet kena lebih sebab tarikan Langkawi ini keras sikit harganya.
Lengkap sudah senarai tempat-tempat menarik di Langkawi untuk kanak-kanak yang boleh anda dan juga si kecil lawat waktu cuti nanti.
Kalau nak ke semua tarikan ini memang ambil masa berhari-hari. Dan kalau setakat datang ke Langkawi untuk 3 hari 2 malam memang tak habis semua ini.
Saranan kami pilih 3 sampai 5 tempat untuk pergi nanti. Tak perlu banyak-banyak sebab yang paling penting, aim anda bukan untuk cover layan satu pulau nanti.
Tapi yang penting, aim anda, mak ayah dan anak-anak semua senyum lebar bila ingat memori cuti kat sini.