OMG! 10 Tempat kat Malaysia Ini Dah Macam Overseas – v2

Teringin kan, nak merasa cantiknya holiday kat oversea? Lagi-lagi sebab dah lama PKP.

Tak apa Kak Ayu, kami faham. Cumanya kak, nak fly overseas pun rasanya lambat lagi. Jadi jom kita layan dulu tempat kat Malaysia yang nampak seakan luar negeri. Buat ambil feel dan untuk post kat IG.

Kalau terlepas, ini versi  koleksi pertama tempat kat Malaysia yang seakan kat luar negara. Dan kalau belum cukup, boleh juga book hotel gaya macam oversea tapi kat Malaysia.

Okay, stop bebel. Jom layan koleksi kedua, tempat menarik Malaysia macam luar negara yang kami kumpul awal 2021 ini.

Taman Botani Putrajaya macam kat Europe

taman saujana hijau putrajaya yang macam luar negeri
Kredit : Taman Awam Putrajaya

Tempat ini siap ada bunga matahari dan pagar kayu. Dan memang macam kat Eropah bila tengok keliling siap banyak pokok rhu.

Kalau datang sini, setakat berjoging memang tak sah. Mesti nak bergambar berjemaah.

piknik di taman saujana nampak tak macam malaysia tapi macam kat luar negeri
Kredit : @_ftnzaini

Untuk itu, janganlah cuma berdua dengan abang Dolah. Datang ramai sikit. Boleh berkelah dan snap gambar yang buat jealous jiran sebelah.

Toppen TGV macam kat Amerika

suasana retro TGV toppen yang macam di USA

Cafe lawa ini dalam TGV Toppen, JB. Tapi panggung wayang kan tenat masa PKP. Jadi harapnya masih ada selepas ini.

Apapun, ini kafe Coke pertama dalam dunia. Gaya memang macam kat USA sana. Dan nak bagi complete gaya 1950an, kat sini jukebox pun ada.

Kalau cafe yang ini tutup boleh pergi ke Retro A &W PJ. Pun gaya sama. 

boleh bergambar tema retro oversea kat sini

Kalau tutup, jangan sedih. Boleh pergi kat alternatif ketiga, KFC Bukit Raja.

kfc bukit raja yang retro dan macam di USA
Kredit : o2DesignAtelier

Ladang Bunga Matahari macam kat Thailand

Ini ladang bunga matahari. Tak payah ke Thailand masa Covid ini kalau setakat nak bergambar kat tempat tanam bunga yang buat biji kuaci.

sunflower garden di perak yang macam kat thailand
Kredit : fazieyy.aljaroh

Sini pun ada. Cuma saiz ladangnya cenonet saja.

Akak yang duduk utara boleh layan ladang kat Taman Ular, Perlis.

ladang bunga matahari ini kalau bergambar tak macam di malaysia
Kredit : dayatyat

Yang duduk KL, Melaka, boleh gerak pergi Sunflower Garden Bagan Dato, Perak.

Tak payah naik flight kalau nak gambar power dengan bunga macam kat Siam sana.

Masjid Sendayan, N9 macam kat Tanah Suci

masjid sri sendayang macam luar negara waktu malam
Kredit : anissyfqh_

Ada kata masjid ini putih melepak macam Taj Mahal. Ada kata macam Masjidil Haram. Tak kisah yang mana satu, yang penting masjid ini memang cantik dan kat Malaysia, antara masjid terbaru.

Masjid Sendayan ini datang dari duit wakaf dari tokey RHB. Dan kalau tengok ruang dalamnya memang penuh luxury. Kata orang sebab tukang2 nya pun diimport dari Mesir, Morocco dan Turki.

jalan ke masjid sendayan
Kredit : _atyat

Sebab lawa, dengar cerita, memang pening kadi. Ramai sangat pengantin nak akad nikah kat sini. 

Train E & O macam kat Europe

eastern oriental train yang mewah

Kalau kak Munah rasa kaya, dan selalu kata naik keretapi tak selesa, cuba naik train ini yang cukup istimewa.

Memang tak macam keretapi kat Malaysia. Kecuali kalau tengok pemandangan kat luar dan tengok orang tepi jalan muka sawo matang macam kita.

Gaya dalam train memang macam train yang famous kat Europe. Mewah, mewah, mewah kak Munah.

Kota Iskandar, Johor macam kat Sepanyol

bergambar di kota iskandar
Kredit : shamroslee

Tempat ini besar. Dan banyak bangunan cantik-cantik buat bergambar.

Dan sebab saiznya, dan jumlah orang yang datang ke sini pun tak macam yang pergi Legoland, kawasan ini best untuk OOTD berkali-kali.

masjid kota iskandar

Gaya bangunan ada yang macam istana Al Hambra kat Spain sana tu. Tapi kat sini dah puas OOTD dengan BFF you, boleh pula main air kat Desaru.

Pantai Kekabu macam kat Jepun

pantai kekabu macam kat jepun
Kredit : fezrinagan

Kalau abang belajar kat Okinawa atau Hokkaido dan pernah ke tepi laut, mesti pernah nampak benteng dengan tetrapod.

Kat Malaysia, benda ini rare. Tapi kalau nak rasa view macam Jepun, boleh ke Pantai Kekabu.  

pembelah ombak macam luar negara -- terutama jepun
Kredit : izzairizulkifli

Kalau kat Jepun, tetrapod diguna buat perisai ombak dan tsunami. Tapi sini, viral sebab orang buat bergambar masuk IG. 

Jerami Gulung macam kat Texas, US

jerami gulung kedah macam kat kawasan pertanian amerika
Kredit : dayana_anaff

Nak bergambar macam Texas? Jom jalan ke Kedah. Cari kampung Kuala Dulang Kechil.

Orang kampung sini rajin beli jerami gulung buat hias kawasan mereka. Tapi tak rugi. Sebab habis buat prop, mereka guna buat makanan lembu, kambing bila habis masa menanam padi.

koboi melayu di jerami gulung kedah - macam kat texas
Kredit : danial_cross

Untuk buat lagi power, orang sini siap bawa kuda dan ATV. 

Tapi suasana ini cuma ada 3 bulan saja, bila sampai waktu kemarau setiap setahun. Jadi nak ke sini, plan hati-hati.

Beach Street Penang macam London

Tak siapa tahu anda berphotoshoot tudung baru kat Penang kalau betul pandai ambil gambar kat kawasan ini.

bergambar di ocbc beach street penang yang macam oversea
Kredit : hanshenglow

Bangunan tinggi-tinggi. Warna pula kelabu-kelabu. Memang tak macam bergambar kat Penang. Tapi macam pi London masa cuti atau study dulu.

ocbc beach street penang yang macam luar negeri
Kredit : fgelynn_travelgram

Untuk yang nak meriah lagi, datang awal pagi. Pakai baju tebal sikit, confirm ramai yang kata aik, masa Covid pun berjaya pi oversea? Macam taraf menteri.

 Masjid Wilayah macam kat Turki

Untuk ambil berkat, kita tutup senarai ini dengan masjid sekali lagi.

kawasan luar masjid wilayah kl yang seperti di istanbul turki
Kredit : coupleofcoordinates

Orang KL mungkin sudah biasa solat sini. Tapi kalau anda dari luar KL, singgah ke sini kalau nak tengok contoh masjid moden yang bergaya macam kat Turki.

kawasan dalam masjid wilayah kuala lumpur yang macam di negara arab sana
Kredit : december19

Kawasan luarnya kalau dari atas, nampak macam masjid biru. Bila dalam, rasa tenang, rasa sejuk boleh hilang segala runsing dan boleh tenang hati yang lubang libu.

Okay bang. Cukup 10 ini buat masa ini. Dari yang ada dalam senarai ini, mana satu yang anda sudah pergi, dan mana yang bakal jadi lokasi nak pergi lepas Covid reda nanti?

Jangan diam. Jom share hajat hati kat bawah ini.

Jomjalan