Ramai yang kata, tarikan di Malaysia ini tak sama macam di overseas. Tapi betul ke?
Sebenarnya ada tempat menarik di Malaysia ini, yang pemandangannya dekat sama macam di luar negeri tu.
Tentang Tarikan Ini :
- 1 Selfie Sakan – Macam Di Bolivia
- 2 Tenangkan Jiwa – Macam Di Taman Jepun
- 3 Layan Hidup Kublai Khan – Macam Di Monggolia
- 4 Kagum Tengok Rumah A Shape (Macam Di Australia)
- 5 Jimat Duit Pi Pulau Gojes (Macam Di Maldives)
- 6 Rasa Makan Scones Sambil Cakap Sejuknya – Macam Di England
- 7 Bergaya Macam Puteri Cerita Aladdin di Astaka Morocco
- 8 Menangis Tengok Gunung Hijau – Macam Di New Zealand
- 9 Rasa Demam Kpop – Macam Di Korea
- 10 Minum Kopi, Layan Bangunan Cantik – Macam Di Perancis
- 11 Buka Puasa Kat Kafe Mewah Perancis
- 12 Tidur Dalam Teepees – Macam Di Amerika
- 13 Feel Amerika Kat Kampar
- 14 Langut Tengok Kurma – Macam Di Dubai
- 15 Nganga Tengok Air – Macam Di Kemboja
Jom tengok satu-satu.
Selfie Sakan – Macam Di Bolivia
Tempat ini macam di Bolivia — Salar de Uyuni. Bila tangkap gambar, dah tak nampak mana langit, mana bumi.
Tempatnya? Dekat dengan Kuala Selangor, 1 jam dari KL.
Specialnya tempat ini sebab scene macam kat atas cuma ada 5 hari sebulan.
Nak ke sini, kena naik bot. Sebab ini bukan tepi laut. Orang sini panggil scene aneh ini Mirror In The Sky.
Trip ke sini selalu penuh, sebab fenomena ini bukan hari-hari ada.
Kos : RM 75 (15 orang ke atas)
Tenangkan Jiwa – Macam Di Taman Jepun
Ada beberapa tempat menarik di Malaysia yang pemandangannya macam di Jepun. Ada yang bermusim, ada yang sepanjang tahun.
Tapi kalau yang sentiasa macam di Jepun, kena pergi ke Colmare Tropicale.
Sewa Kimono, lepas tu bergambar puas-puas.
Perut lapar? Makan sushi. Badan letih? Rasa urut gaya Jepun kat Tatami Spa.
Kos : RM 60 seorg
Cara Ke Sini: Naik bas pergi balik dari Berjaya Times Square KL ke Colmare.
Kalau setakat pemandangan macam di Jepun, tunggu musim bunga Sakura.
Merata view pink ada di Malaysia – Penang & Parit Buntar, Kemaman & Alor Setar antara tempat yang famous.
Bezanya kita ada lembuuuu ….
Kos : Percuma
Layan Hidup Kublai Khan – Macam Di Monggolia
Nak merasa tidur dalam rumah orang Monggol? Datang ke Kundasang.
Tempat ini sejuk ya amat (17 darjah Celcius). Sesuai sangat kalau hangpa mahu ke Sydney tapi bajet cuma ke cukup ke Sabah.
Satu yurt boleh muat 4 orang. Tapi tak sesuai untuk keluarga atau honeymoon ya?
Sebab memasak sendiri. Yurt pun mungkin berbau sebab cuaca sejuk tapi lembab.
Aihh .. kata nak rasa jadi Monggol kejap?
Kos : RM 300 satu yurt
Cara Ke Sini : Tempah di MrSabah
Kagum Tengok Rumah A Shape (Macam Di Australia)
Nak tengok orang surfing di Bondi Beach, Sydney sambil makan fish and chips tepi laut?
Maaf. Malaysia belum ada tarikan tahap begitu. Tapi kalau setakat rumah homestay gaya rumah pantai Australia, boleh lah ke tempat menarik Melaka ini.
Ini Masbro Paya Rumput. Satu rumah boleh muat sampai 6 orang.
Rumah dalam kawasan berpagar. Siap dengan microwave, air-cond dan peti sejuk.
Nak mandi ada swimming pool.
Kos : RM 280 sebuah rumah
Cara Ke Sini : Tempah di Masbro Village
Apa? Melaka panas?
Kalau nak rasa lebih sejuk, datang yang di Sabah ini.
Tapi ini untuk yang suka adventure. Sebab ini tempat camping. Sejuk nya? Adohai tak perlu cerita lah bila pagi-pagi.
Cuma harganya… batuk! batuk!
Kos : RM 680++
Cara Ke Sini: Tempah di Airbnb
Jimat Duit Pi Pulau Gojes (Macam Di Maldives)
Ramai isteri yang buat suami pecah hati sebab asyik cakap — bila lah kita nak pi Maldives bang?
Adek sayang, kalau setakat suasana laut macam Maldives, ada kat Malaysia.
Banyak pulau Malaysia yang airnya jernih sampai nampak dasar laut – macam Maldives. Tioman, Langkawi, Semporna. Aiseh, banyak lagi sebenarnya.
Jadi kita ambil contoh sikit saja.
Yang di atas, view Japamala Resort, Tioman. Dalam negeri Pahang ni.
Ingat Pahang asyik Cameron sahaja ye?
Kos : Dari RM 750++ sebilik
Cara Ke Sini: Naik bot dari Jeti Mersing, Johor
Kalau Terengganu, ada Pulau Redang.
Dah kat sini, buat apa lagi? Menyelam lah.
Kos : Dari RM 700++ sebilik
Cara Ke Sini: Naik bot dari Jeti Syahbandar, Kuala Terenggganu.
Kalau Sabah, jangan cakaplah. Banyak pulau dan pantai yang menganga kita tengok. Sebab airnya aduhai mempesona sungguh.
Jadi kita ambil sikit saja contoh kawasan Sabah yang macam Maldives — Bohey Dulang.
Pulau Bohey Dulang ini tak ada resort. Cuma orang datang untuk tengok pemandangan yang macam kat bawah ni …
Nak ke sini, kena cergas sebab nak daki bukit. Dan kos pun tak murah. Tapi pemandangan memang lumayan.
Kos : RM 600++ satu bot
Cara Ke Sini: Ambil bot di jeti Sempoerna.
Rasa Makan Scones Sambil Cakap Sejuknya – Macam Di England
Tarikan di Malaysia yang macam England pun banyak juga. Cuma salji tak ada. Tapi kalau setakat nak rasa feel kat sana tu boleh sangat.
Ini 2 contoh tempat menarik kat Malaysia yang nampak macam di England.
Dan yang kat bawah .
Orang kata hotel ini yang terbaik di Lembah Bertam …
Tak mampu tidur di sini, minum petang sahajalah ya?
Kos : RM 78 untuk minum petang
Cara Ke Sini : Tempah di Lakehouse
Nak lebih class? Satu lagi hotel gaya British di Cameron. Tapi ini jauh lebih mewah sebab di bawah YTL.
Ada yang nak piknik? Atau ambil tour teroka Cameron?
Kos : RM 500
Cara Ke Sini : Tempah bilik di Cameron Highlands Resort
Cukup je dua. Walaupun sebenarnya ada banyak lagi yang gaya macam di England.
Bergaya Macam Puteri Cerita Aladdin di Astaka Morocco
Walaupun tak ada karpet terbang, cik adik masih boleh berangan jadi princess Aladdin sehari kat Astaka Morocco ini.
Pakai lawa-lawa, ala Arab sikit, angle kasi cantik, tak siapa tahu kat mana dah cik adik.
Kos : RM 3
Menangis Tengok Gunung Hijau – Macam Di New Zealand
Tu – brader tu kat Malaysia tau. Bukan New Zealand.
Sebab sama macam England, banyak tempat tarikan Malaysia yang macam di New Zealand.
Kalau nak bergambar macam dalam iklan Fern Leaf memang perkara enteng!
Tempat ini bukan sahaja ada lembu-lembu susu macam di New Zealand, tapi siap dengan pemandangan gunung dan kabus.
Bila perut sudah lapar, boleh minum susu lembu segar atau beli aiskrim kat sini. Terbaek dari ladang.
Kos : RM 5
Cara datang: Contact FB Desa Dairy Farm
Yang di atas itu ladang.
Yang ini pula kawasan Kampung Himbaan, Bundu Tuhan, Ranau Sabah — Hounon Ridge Farmstay & Camping yang sangatlah femes.
Duduk minum teh petang-petang.
Kos : RM 160++ (rumah utk 4 orang)
Cara datang: Contact FB Hounon Ridge
Ada yang hampir sama kat Kluang, Johor.
Cuma tak berkabus. Dan gunung tak sehebat di Sabah.
Dan bukan lembu New Zealand. Tapi kambing.
Kluang
Kos : RM 48 seorang (tour 3 jam)
Cara datang: Contact Laman UK Agro Resort
Rasa Demam Kpop – Macam Di Korea
Dulu demam Winter Sonata. Lepas tu demam Running Man.
Sekarang demam sebab selalu makan meggi saja sebab menabung nak pergi ke Korea.
Tak mampu tak mengapa. Jom cuti-cuti Malaysia kat tempat ini.
Kata orang macam di Manami Island.
Sayangnya yang datang, perangai tak macam orang Korea. Tapi macam orang Malaysia.
Akibatnya, sampah dah mula bersepah.
Kos : Percuma
Minum Kopi, Layan Bangunan Cantik – Macam Di Perancis
Bandar seperti pekan Perancis ini lebih bersih. Sebab tempat ini kepunyaan Kumpulan Berjaya.
Namanya Colmar Tropicale.
Cuaca lebih sejuk dari di KL. Jadi, ada sikit rasa macam di Perancis.
Siap dengan clown busking kat tengah jalan.
Bila sudah ke sini, pakai baju sejuk. Lepas tu lilit shawl.
Macam brader sorang ni.
Kos : RM 60 seorg
Cara Ke Sini: Naik bas pergi balik dari Berjaya Times Square KL ke Colmare.
Buka Puasa Kat Kafe Mewah Perancis
Ini tempat makan buat korang yang nak merasa jadi raja Eropah zaman dulu-dulu.
Tengok kiri emas, tengok kanan emas emas, tengok toilet pun emas. Ye! Tak tipu.
Kalau setakat nak berbuka puasa, nak lunch, no problemo.
Kopi Belgium ada, pasta ada, steak ada. Tapi kalau tekak masih tekak orang Melayu, boleh order nasik (dari RM 26)
Cara Ke Sini: Naik Grab dari LRT Bukit Jalil
Tidur Dalam Teepees – Macam Di Amerika
Tempat menarik di Port Dickson ini macam Amerika — zaman koboi lawan Red Indian.
Nak merasa tidur dalam khemah Red Indian boleh. Nak naik kuda boleh.
Siapa yang dah ke sini angkat tangan!
Kos : RM 150 ++
Cara Ke Sini: Tempah dengan Eagle Ranch Resort
Feel Amerika Kat Kampar
Kalau setakat nak bergambar macam oversea, kat kawasan perumahan pun boleh dik.
Tak caya? Pi Kampar, Perak.
Tu brader tu kat Disney Avenue. Kawasannya kecil dan tak ada banyak benda nak dibuat. Tapi setakat nak menyakat kawan dengan selfie glamer, boleh aje.
Patut tahun 2017 dah ada istana ala Disneyland kat sini. Kalau nak tau dah siap belum, boleh la pi terjah.
Kos : Free
Langut Tengok Kurma – Macam Di Dubai
Kali ini kita pergi ke destinasi macam di Timur Tengah. Sebab siap ada pokok kurma yang segar bugar.
Ini Masjid Al-Bukhari di Alor Setar, sumbangan dari Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari.
Bila dah datang, jangan selfie saja. Masuk solat ye?
Kos : Percuma
Nganga Tengok Air – Macam Di Kemboja
Kita tutup senarai ini dengan tarikan yang out of this world yang selalunya ada di Kemboja. Dan beberapa tempat istimewa lain di dunia.
Tapi jarang nampak di Malaysia — ombak laut jadi biru.
Pemandangan ini ada terjadi di Pulau Sembilan, Pangkor, Perak.
Ada juga di Pantai Trusan Miri, Sarawak. Dan dengar cerita, ada juga kata selain Trusan, fenomena air laut membiru bila malam ada kat pantai lain di Miri.
Efek ini jadi bila malam. Kata orang, sebab plankton.
Jadi, nak tanya.
Antara banyak-banyak tarikan Malaysia kat atas itu, mana satu yang buat hangpa kagum sangat?
UPDATE : Dah masuk tahun 2021 kan? Kami ada update baru. Jom tengok versi ke-2 tempat-tempat Malaysia yg macam oversea.
Ismail says:
Terima kasih untuk senaraikan, sekarang adalah masa untuk cuti cuti Malaysia
nrjnna says:
biar la dia nk tunjuk, orang yang belum pergi boleh tahu. itu pun nak bising
Tehokaw.com says:
Terbaik perkongsian tu..teringin nk pergi tempat yg belum pernah di jejak lagi..
gfggfxg says:
bodoh acah bagus
Yaya says:
Riak nya
unknown says:
semua tempat tu saya dah pergi
buat pa nak tunjuk
dho
yati says:
ya sgt cantik dulu, tp sekarang disebabkan penuh dgn sampah sarap
Reem Doorgift says:
wowww cantiknyaaaaaa 🙂
HISHAMMUDDIN MUHAMAD says:
Just nak share 1 tempat yg cool kat Janda Baik Bentong..tepi sungai dan cuaca segar.
Amim Najmie says:
Perghh. Terbaik list ni. Memang tengah planning untuk bercuti dengan family hujung tahun ni.
Hani says:
yg herannya, kalo pi oversea, nk2 kt jepun korea pandai pulak org kita behave yer. bila lar nk berubah ni…
Humam says:
Terima kasih atas info yang terbaek! Sangat menarik dan informative.
Saiful says:
Very nice place and cheap to visit
YUSSINDA YUSOFF says:
Tak sangka kt Perak ada plankton biru tu, slama ni ingat kt Sarawak je..xyahlah kos bnyk sngt nk ke sana..
Tq Blogger
Iskandar Suhaimi says:
Maaf Citto,
Kerana gen halilintar banyak videonya, kami tak dapat bantu sebab kami tak tahu video yg mana ada lokasi camping gen halilintar.
Citto says:
Hallo, saya mau tanya boleh, beberapa waktu lalu saya lihat youtube gen halilintar, mungkin jom jalan tahu lokasi camping nya yang di youtube gen halilintar, mohon di jawab, terima kasih
Sani says:
Wow! Rupanya banyak lagi tempat yang best kat negara kita ni ya..
encikhafiz.my says:
awesome. sebijik macam overse ni. ada rezeki boleh bawa famili kesana
Areknow says:
Alahaiii… smlm tercari-cari mana tempat best nak p kat kedah ni. Singgah kat masjid Bukhari Solat Jumaat. Tp x amik gmbr pun huhu rasa menyesal 🤪🤪 . Selalunya la bila dah stay kat tempt tu jarang2 dah nak dtg nak bergambar ctu
Sheila says:
Wow .. cantik sungguh tempat-tempat local ini. Terima kasih untuk list ini.
Iskandar Suhaimi says:
Our pleasure sis Puteri 🙂
Insyaallah ..
Puteri Fhara Ryan says:
Mmg terbaik la..tqsm bg taw n klu ade lg tmpt yg mnarik bg taw ye n siap bg taw kos nye 😊😊
Iskandar Suhaimi says:
Sekarang ni betul. Sbb kami perasan yg tiket nak masuk ke sana-sini dah mula naik tak tentu arah.
Tapi bila kira-kira, duit byk habis kat makanan sebenarnya. Tu sbb baik lah ambil hotel yg mahal sikit tapi yg dtg dgn sarapan.
Hafiz Hamzah says:
Cuti di malaysia sangat mahal… cost nya dh sama macam pergi luar negara
Arenasukan says:
Terima kasih memberi informasi ini
Kaki Holiday says:
Penghujung 2018!! Dan aku masih di sini mencari cari tempat menarik untuk dikunjungi. hahahaha. Saat terbaca ayat ayat admin membuat hatiku tergelak kecil dan tertarik untuk meneruskan bacaan sehingga habis. Teruja woi nak g becuti. Thanks admin. Semoga pahalamu berpanjangan. hahaha
#doneskema
Budiman says:
kenapa laa kundasang mahal sgt kos nya.. walaupun sabahan tapi terasa mcm org semnanjung pulasbb
jarang g sabah
Baju renang comel says:
Banyaknya lagi tempat yang belum di teroka. Tak ada budget untuk ke oversea, malaysia pun boleh kan…
Iskandar Suhaimi says:
Ni betul traveller Malaysia. Kami angkat kopiah kat you Gee.
gee says:
Dah prgi ke kundasang,colmar tropical,sky mirror kat sasaran kuala slgor
titan says:
peh.
serius..kalau aku bujang, dah lama aku nak pegi semua tempat lepas baca benda nih.
syukur aku dah kahwin.
haha
Iskandar Suhaimi says:
Betul tu Syamena. Aih! Camna la kami lupa nak letak dlm ni.
Coming soon nanti insyaallah
Syamena says:
Mossy Forest di Cameron Highlands jg menarik utk dimasukkan dlm senarai ini.
Meeza says:
di Perak.. tp buat sementara waktu ni ditutup untuk pemulihan
Siti says:
Informasi yang sangat berguna. Sila teruskan usaha menulis anda, terutama tentang tpt2 menarik dalam negara.
Iskandar Suhaimi says:
Prasetyo, Pulau Sembilan ni di Perak
Prasetyo says:
Pulau sembilan itu di sabah atau di kl ya.
Maff tanya.
Prasetyo says:
Hi min.
Salam kenal dari kami agent pekancongan bromo surabaya.
Bole infokan pakej kinabalu ke min?
Terima kasih
Iskandar Suhaimi says:
Tu la kan. Redang pun dah buat leleh …
Syakilla Azam says:
Wahhhh… teringin juga la nak travel bagai ke luar negara.. tapi jalan-jalan malaysia pun belum habis lagi…tak sangka kat malaysia pun ada tempat yang super duper menarik macam ni !
jov says:
Ya. pantai biru tu betul ada. dan ada di tempat tinggal sy di miri
Siti says:
Wow!!! Cantiknya!
Lyza says:
Assalamualaikum,
Been there before, rasanya sewa keta adalah jalan yang terbaik. Saya dulu pun sahabat yg tinggal di Sabah bawa. memang a jln kesana mencabar. Tapi bila dah masuk kawasan kundasang disepanjang jalan dah terasa kesejukannya. mmg besh. ditambah dengan panorama lereng2 bukit yang dipenuhi dengan hasil tanaman. Rasa macam nak bawa balik segala hasil tanaman mereka huhuhuh sgt fresh. Bila sampai ke Desa Cattle Dairy Farm lagi lah seronok. macam ade kat Obersea heheheh. Rasanya cuti sekolah bulan 12 mungkin Sabah menjadi destinasi bercuti kami yang akan datang. Cuti sekolah bulan 3 haritu dah ke Perth, Australia & Guangzhou, China. Kali ini biarlah dalam Malaysia Je.
Naito says:
Subhanallah cantek2nyeeeee view yg admin post..osem sgtttt..org yg amik gambar tu pon handal…br tau kt mesia ada tmpt2 indah mcm tu…tengkiu admin
khairuddin says:
Seronok nya! mohon admin belanja !
Wawa says:
Jln2 kat sabah 5 jam tu xterasa sgt sbb jln dia lain dr sini..x bosan..samada anda akan kecut perut sbb jln naik bukit atau anda boleh nikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan..kompem xrasa lama sgt 🙄🤗
Wawa says:
Baguslah listing ni! Happy jugak sbb dah merasa pegi beberapa tempat diatas..lepasni nk try completekan semuanya skali..tp yg paling kagum yg pantai biru tu..yeke biru camtu? Ke efek kamera?
Iskandar Suhaimi says:
Nice tips. OTW balik baru singgah ye tak. Takde la penuh org sebab kita sampai awal. Tq sis Aliwen. Insyaallah kami cuba buat elok lagi bila2 ada post akan dtg.
Aliwen says:
Blh bg mkn rumput n minum susu lembu n kambing di dairy farm kundasang jg sis…
Betul la ms norma gtau tu, if byk singgah bru smpi 5 jam. Better gerak ke kundasang dlu utk elak jam bru ke rumah terbalik dll. Disarankan bermalam di kundasang bru dpt feel udaranya n explore suma tmpt area tu. Chalet pn byk yg murah2
Aliwen says:
Sis hana, actually just 2 jam je dr kk town ke kundasang. Plus, blh pegi spa ikan tagal lg di kg luanti dlm 20 minit dr kundasang. Poring hot water pun area sana jg.
Keep up da gud job admin. Byk lg tmpt menarik d sabah ni.
Faizal Fredley says:
wohaaa cantik2 lah pic dia…..
mrhanafi says:
wow..cantik2 tempat tersebut..ada masa nak pergi la
Iskandar Suhaimi says:
Jangan nanges cik Farah ye? Insyaallah dpt pi. Takyah naik flight pun. Naik kereta dgn bot je dah sampai ye?
Farah says:
Srs nangis baca post nii sebab cantik sangat semua pemandangan tu. Memang nak pegi sangat2 laa. Lagi2 air laut yg mcm kat maldives tu. Ya allah cantik nyaaaaaaaa
Iskandar Suhaimi says:
Amboi Syu. Pagi2 ni dah puji2 kami. Kembang satu hari rasanya ni.
Insyaallah kami cuba buat artikel2 lain yg lagi baik dari ni lagi nanti. Moga lagi baik, n lagi baik. Amiin
Syu Eiza says:
Info menarik. Gambar-gambar yang diambil memang cantik. Ayat-ayat yang digunakan membuat jiwa terasa muda dan ceria hingga membangkitkan keghairahan untuk melawat ke tempat-tempat ini. Tahniah admin.
Iskandar Suhaimi says:
Terima kasih Maman sbb suka dgn post kali ni.
Itulah. Restoran Melayu kita dah ada kat London, Sydney etc — cuma rumah kampung Melayu belum ada lagi.
Dulu masa 1997 taman tema Wonderland kat Sydney, tokey dia Sunway Group (yg buat Sunway Lagoon, Lost World Tambun). Ingatkan mungkin la ada harapan nak tengok tema ala Malaysia situ. Tapi tutup.
Jadi lambat lagi la nak tengok benda2 ala budaya Melayu kat oversea kot?
maman says:
Tahniah Iskandar Suhaimi..sungguh menarik info nyer & gambar yg amat cantik. Teringin lak nak tengok identiti dlm negara kita ni pulak kat negara orang lain..mungkin suatu hari nanti…
Iskandar Suhaimi says:
Yeke??. Alhamdulillah. Insyaallah nanti kita cuba tulis dgn standard yg sama, atau tinggi2 lagi ye?
rahayu says:
impressing…..suka cara saudara menulis. Keep it up.
Iskandar Suhaimi says:
Yup Jura. Yg kat belah Borneo sana belum habis terjah lg …
Jura says:
Wow byk rupanya tempat menarik kt malaysia ni yg lbh kurang mcm kt oversea. Good info …tq
X ckup wit nk g oversea bleh la g tmpat2 kt cni je
Iskandar Suhaimi says:
Adohai … bro dah byk tempat pergi dah bro .. Ni xdepe dah ni for you hihi
Faizal Fredley says:
wohaaa tergugat imam tgk pic nih semua..superb….
Iskandar Suhaimi says:
Hihi .. tak sia2 la kerja kami study & tulis entry nih. Greaaaat!
Iskandar Suhaimi says:
Yup sis. Sabah, Sarawak especially. Byk sgt yg kita belum layan
alieya says:
siyesly tak tau byk tmpt yg sgt awesome kt malaysia nie.. beria suka tgk negara org, negara sendiri apa kurangnya.. will try.. insyaAllah.. gracias!
alieya says:
hahaha.. mmg lawak.. sy suke entry nie..
Iskandar Suhaimi says:
Huhu .. tak sangka saya pun kelakar? Cuma harapnya x lawak sama tahap mcm menteri2 kat Malaysia.
esan says:
Cara bro bercerita mmg kelakar, keep it up. Nice info
Sila says:
Tempat cantik, gambar-gambar pun cantik…
Iskandar Suhaimi says:
Ha. Yg tu xleh nak jawab. Sbb tu antara perkara ajaib yg jadi kat tempat2 istimewa macam Malaysia je.
Iskandar Suhaimi says:
Silakan, silakan. No problemo!
Rosmawati says:
Alhamdullilah! Terimakasih. Good info. Mohon share nak forward kat kengkawan ya? Kadang ada yang mati akal tak tau nak ke mana, pusing pusing gi tempat sama jugak. 😄👍
Jebon says:
Bro…kat jepun ngan korea tong sampah lagi kurang dari tempat kita tapi kenapa nak jumpa sampah pun susah??
harnani_dini says:
cantiknya..harap-harap tak musnah keindahan yang ada ni
raihanah says:
oo ye ke. baru faham. actually ada adik ipar kat sabah. bolehlah plan trip tahun depan. anak2 saya suka tengok binatang, rasa baik kalau pi kundasang boleh tatap lembu
riangria says:
Terbaik.. banyak juga tempat menarik dalam negara.. setanding tempat di luar negara..
Iskandar Suhaimi says:
Tu la. Cameron kat sini pun da x sejuk dah …
Reen Johari says:
Info yang terbaik! Teringin nak pergi Kundasang, rasa sendiri cuaca sejuk disana.
Norma hashim says:
X sampai 5 jam puan..kalau terus dari kk 2 jam jer puan (tue pun sbb duk belakang lori)…kalau berhenti2 kat rumah terbalik, jambatan tamparoli dan pekan nabalu tue yg sampai 5 jam
Iskandar Suhaimi says:
Kami pun kagum bila tengok tu. Tak sangka boleh jd cenggitu.
Hihi .. yg Kundasang tu ramai juga kempunan pi sbb masalah sama.
raihanah says:
kagum yang part ombak jadi biru tu. baru tahu sebab plankton. dan rupanya banyak tempat di malaysia saya belum pi. yang dah pi: colmar tropical, yang lain mmg belumlah. teringin nak pi yang kundasang tu tapi bila dengar kena naik bas 5 jam, aduh senak perut jadinya. takde flight direct ke?
Iskandar Suhaimi says:
Hihi .. Sayangnya org tak jaga kan?
Iskandar Suhaimi says:
Byk Oja. Tu la masalahnya. Dan tong sampah pun selalunya kurang.
Iskandar Suhaimi says:
Kami pun bila pilih tempat2 yg nak kami letak sini, kagum dengan viewnya. No prob bro Perawat Sihir. Kalau ada yg kami tertinggal, bgtau ya?
Perawat Sihir says:
Tak sangka saya di Malaysia masih ada tempat-tempat yang sangat beautiful untuk dilawati. Lepas saya tengok gambar-gambar di atas, jadi kagum sekejap sebab saya tak pernah tengok tempat sebegini indah di negara kelahiran saya sendiri Malaysia. Terima kasih admin.
Oja Samid says:
Memang banyak tempat yang cantik di Malaysia nie kan. Sayangnya masih ramai yang suka buang sampah merata-rata. Harap-harap tempat-tempat tue akan terus terpelihara dan bersih dari sampah-sampah. Sama-sama kena jaga.
siti hazreen says:
kagum dengan ala-ala nami island tu…sebijik!