😱[GILA!] 15 Tempat Menarik Di Malaysia – Tapi Macam Overseas ✈.

Ramai yang kata, tarikan di Malaysia ini tak sama macam di overseas. Tapi betul ke?

Ramai yang kata, tarikan di Malaysia ini tak sama macam di overseas. Tapi betul ke?

Sebenarnya ada tempat menarik di Malaysia ini, yang pemandangannya dekat sama macam di luar negeri tu.

Kredit
Kredit

Kalau setakat nak ambil feel overseas, kat Malaysia pun boleh.

Jom tengok satu-satu.

Selfie Sakan – Macam Di Bolivia

Tempat ini macam di Bolivia — Salar de Uyuni. Bila tangkap gambar, dah tak nampak mana langit, mana bumi.

Kredit
Kredit

Tempatnya? Dekat dengan Kuala Selangor, 1 jam dari KL.

Specialnya tempat ini sebab scene macam kat atas cuma ada 5 hari sebulan.

Nak ke sini, kena naik bot. Sebab ini bukan tepi laut. Orang sini panggil scene aneh ini Mirror In The Sky.

Kredit
Kredit

Trip ke sini selalu penuh, sebab fenomena ini bukan hari-hari ada.

Lokasi : Sasaran, Kuala Selangor
Kos : RM 75 (15 orang ke atas)

Tenangkan Jiwa – Macam Di Taman Jepun

Kredit
Kredit

Ada beberapa tempat menarik di Malaysia yang pemandangannya macam di Jepun. Ada yang bermusim, ada yang sepanjang tahun.

Tapi kalau yang sentiasa macam di Jepun, kena pergi ke Colmare Tropicale.

Kredit
Sewa Kimono, lepas tu bergambar puas-puas.

Perut lapar? Makan sushi. Badan letih? Rasa urut gaya Jepun kat Tatami Spa.

Lokasi : Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia
Kos : RM 60 seorg
Cara Ke Sini: Naik bas pergi balik dari Berjaya Times Square KL ke Colmare.

Kalau setakat pemandangan macam di Jepun, tunggu musim bunga Sakura.

Merata view pink ada di Malaysia – Penang & Parit Buntar, Kemaman & Alor Setar antara tempat yang famous.

Kredit
Kredit

Bezanya kita ada lembuuuu ….

Kredit
Kredit
Lokasi : Parit Buntar, Kemaman, Alor Star dll
Kos : Percuma

Layan Hidup Kublai Khan – Macam Di Monggolia

the-mongolian-yurt-sabah2

Nak merasa tidur dalam rumah orang Monggol? Datang ke  Kundasang.

Tempat ini sejuk ya amat (17 darjah Celcius). Sesuai sangat kalau hangpa mahu ke Sydney tapi bajet cuma ke cukup ke Sabah.

Kredit
Kredit

Satu yurt boleh muat 4 orang. Tapi tak sesuai untuk keluarga atau honeymoon ya?

Sebab memasak sendiri. Yurt pun mungkin berbau sebab cuaca sejuk tapi lembab.

Aihh .. kata nak rasa jadi Monggol kejap?

Lokasi : Kundasang, Sabah
Kos : RM 300 satu yurt
Cara Ke Sini : Tempah di MrSabah

Kagum Tengok Rumah A Shape (Macam Di Australia)

Nak tengok orang surfing di Bondi Beach, Sydney sambil makan fish and chips tepi laut?

Maaf. Malaysia belum ada tarikan tahap begitu. Tapi kalau setakat rumah homestay gaya rumah pantai Australia, boleh lah ke tempat menarik Melaka ini.

Kredit
Kredit

Ini Masbro Paya Rumput. Satu rumah boleh muat sampai 6 orang.

masbro2

Rumah dalam kawasan berpagar. Siap dengan microwave, air-cond dan peti sejuk.

Nak mandi ada swimming pool.
masbro3

Lokasi : Paya Rumput, Melaka
Kos : RM 280 sebuah rumah
Cara Ke Sini : Tempah di Masbro Village

Apa? Melaka panas?

Kalau nak rasa lebih sejuk, datang yang di Sabah ini.

Kredit
Kredit

Tapi ini untuk yang suka adventure. Sebab ini tempat camping. Sejuk nya? Adohai tak perlu cerita lah bila pagi-pagi.

Cuma harganya… batuk! batuk!

Lokasi :Mount Kinabalu Training Camp, Sabah
Kos : RM 680++
Cara Ke Sini: Tempah di Airbnb

Jimat Duit Pi Pulau Gojes (Macam Di Maldives)

Ramai isteri yang buat suami pecah hati sebab asyik cakap — bila lah kita nak pi Maldives bang?

Adek sayang, kalau setakat suasana laut macam Maldives, ada kat Malaysia.

Banyak pulau Malaysia yang airnya jernih sampai nampak dasar laut – macam Maldives. Tioman, Langkawi, Semporna. Aiseh, banyak lagi sebenarnya.

Jadi kita ambil contoh sikit saja.

Kredit
Kredit

Yang di atas, view Japamala Resort, Tioman. Dalam negeri Pahang ni.

Ingat Pahang asyik Cameron sahaja ye?

samadhi-website-japamala-background-tioman-island-scene-05
Lokasi : Japamala Resort, Pulau Tioman, Pahang
Kos : Dari RM 750++ sebilik
Cara Ke Sini: Naik bot dari Jeti Mersing, Johor

Kalau Terengganu, ada Pulau Redang.

pemandangan laguna redang - dengn air jernih macam maldives

Dah kat sini, buat apa lagi? Menyelam lah.

tarikan pulau Malaysia sudah tentu menyelam
Lokasi : Laguna Redang Resort, Pulau Redang, Terengganu
Kos : Dari RM 700++ sebilik
Cara Ke Sini: Naik bot dari Jeti Syahbandar, Kuala Terenggganu.

Kalau Sabah, jangan cakaplah. Banyak pulau dan pantai yang menganga kita tengok. Sebab airnya aduhai mempesona sungguh.

Jadi kita ambil sikit saja contoh kawasan Sabah yang macam Maldives — Bohey Dulang.

bohey dulang sabah yg cukup cantek
Kredit

Pulau Bohey Dulang ini tak ada resort. Cuma orang datang untuk tengok pemandangan yang macam kat bawah ni …

jelas nampak dasar di ini
Kredit

Nak ke sini, kena cergas sebab nak daki bukit. Dan kos pun tak murah. Tapi pemandangan memang lumayan.

Lokasi : Pulau Bohey Dulang, Sabah
Kos : RM 600++ satu bot
Cara Ke Sini: Ambil bot di jeti Sempoerna.

Rasa Makan Scones Sambil Cakap Sejuknya – Macam Di England

Tarikan di Malaysia yang macam England pun banyak juga. Cuma salji tak ada. Tapi kalau setakat nak rasa feel kat sana tu boleh sangat.

Ini 2 contoh tempat menarik kat Malaysia yang nampak macam di England.

lakehouse-cameron
Dan yang kat bawah .

Orang kata hotel ini yang terbaik di Lembah Bertam …

tea
Tak mampu tidur di sini, minum petang sahajalah ya?

Lokasi : 30th Mile Ringlet, Bertam Valley, Cameron Highlands
Kos : RM 78 untuk minum petang
Cara Ke Sini : Tempah di Lakehouse

Nak lebih class? Satu lagi hotel gaya British di Cameron. Tapi ini jauh lebih mewah sebab di bawah YTL.
cameron high;ands resort milik ytl yang mewah

Ada yang nak piknik? Atau ambil tour teroka Cameron?

piknik di cameron hghland resorts

Cukup je dua. Walaupun sebenarnya ada banyak lagi yang gaya macam di England.

Bergaya Macam Puteri Cerita Aladdin di Astaka Morocco

astaka morocco
Kredit : syaaidris

Walaupun tak ada karpet terbang, cik adik masih boleh berangan jadi princess Aladdin sehari kat Astaka Morocco ini.

Kredit : Albeee_t

Pakai lawa-lawa, ala Arab sikit, angle kasi cantik, tak siapa tahu kat mana dah cik adik.

Lokasi : Moroccan Pavillion, Presint 1, Putrajaya
Kos : RM 3

Menangis Tengok Gunung Hijau – Macam Di New Zealand

kundasang sabah yang macam new zealand
Kredit

Tu – brader tu kat Malaysia tau. Bukan New Zealand.

Sebab sama macam England, banyak tempat tarikan Malaysia yang macam di New Zealand.

Kalau nak bergambar macam dalam iklan Fern Leaf memang perkara enteng!

Kredit
Kredit

Tempat ini bukan sahaja ada lembu-lembu susu macam di New Zealand, tapi siap dengan pemandangan gunung dan kabus.

Bila perut sudah lapar, boleh minum susu lembu segar atau beli aiskrim kat sini. Terbaek dari ladang.

Lokasi : Desa Dairy Farm, Kundasang, Sabah
Kos : RM 5
Cara datang: Contact FB Desa Dairy Farm

Yang di atas itu ladang.

Yang ini pula kawasan Kampung Himbaan, Bundu Tuhan, Ranau Sabah — Hounon Ridge Farmstay & Camping yang sangatlah femes.

Kredit
Kredit

Duduk minum teh petang-petang.

Kredit
Kredit
Lokasi : Hounon Ridge Farmstay & Camping, Kg. Himbaan, Bundu Tuhan, 89308 Ranau, Sabah
Kos : RM 160++ (rumah utk 4 orang)
Cara datang: Contact FB Hounon Ridge

Ada yang hampir sama kat Kluang, Johor.

Cuma tak berkabus. Dan gunung tak sehebat di Sabah.

ukfarm2
Dan bukan lembu New Zealand. Tapi kambing.

Kredit
Kredit
Lokasi : Plot 8, Projek Pertanian Moden Kluang, KM13, Jalan Batu Pahat
Kluang
Kos : RM 48 seorang (tour 3 jam)
Cara datang: Contact Laman UK Agro Resort

Rasa Demam Kpop – Macam Di Korea

Dulu demam Winter Sonata. Lepas tu demam Running Man.

Sekarang demam sebab selalu makan meggi saja sebab menabung nak pergi ke Korea.

Tak mampu tak mengapa. Jom cuti-cuti Malaysia kat tempat ini.

Kredit
Kredit

Kata orang macam di Manami Island.

Kredit
Kredit

Sayangnya yang datang, perangai tak macam orang Korea. Tapi macam orang Malaysia.

Akibatnya, sampah dah mula bersepah.

Lokasi : Taman pokok Rhu di Pantai Senok, Tawang, Bachok, Kelantan
Kos : Percuma

Minum Kopi, Layan Bangunan Cantik – Macam Di Perancis

Bandar seperti pekan Perancis ini lebih bersih. Sebab tempat ini kepunyaan Kumpulan Berjaya.

Namanya Colmar Tropicale.

colmare tropicale di bukit tinggi yang gaya di perancis
Kredit

Cuaca lebih sejuk dari di KL. Jadi, ada sikit rasa macam di Perancis.

Kredit
Kredit

Siap dengan clown busking kat tengah jalan.

Kredit
Kredit

Bila sudah ke sini, pakai baju sejuk. Lepas tu lilit shawl.

Kredit
Kredit

Macam brader sorang ni.

Lokasi : Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia
Kos : RM 60 seorg
Cara Ke Sini: Naik bas pergi balik dari Berjaya Times Square KL ke Colmare.

Buka Puasa Kat Kafe Mewah Perancis

kafe macam di perancis


Ini tempat makan buat korang yang nak merasa jadi raja Eropah zaman dulu-dulu.

Tengok kiri emas, tengok kanan emas emas, tengok toilet pun emas. Ye! Tak tipu.

Kalau setakat nak berbuka puasa, nak lunch, no problemo.

Kopi Belgium ada, pasta ada, steak ada. Tapi kalau tekak masih tekak orang Melayu, boleh order nasik (dari RM 26)

Lokasi : Cafe Ame Soeur, 20, Jalil Link Block 2, Jalan Jalil Jaya 2, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Cara Ke Sini: Naik Grab dari LRT Bukit Jalil

Tidur Dalam Teepees – Macam Di Amerika

Tempat menarik di Port Dickson ini macam Amerika — zaman koboi lawan Red Indian.

Kredit
Kredit

Nak merasa tidur dalam khemah Red Indian boleh. Nak naik kuda boleh.

Siapa yang dah ke sini angkat tangan!

Lokasi : Eagle Ranch Resort, Port Dickson
Kos : RM 150 ++
Cara Ke Sini: Tempah dengan Eagle Ranch Resort

Feel Amerika Kat Kampar

Kalau setakat nak bergambar macam oversea, kat kawasan perumahan pun boleh dik.

disney avenue kampar

Tak caya? Pi Kampar, Perak.

disney avenue kampar
Kredit Faiq Hanafi

Tu brader tu kat Disney Avenue. Kawasannya kecil dan tak ada banyak benda nak dibuat. Tapi setakat nak menyakat kawan dengan selfie glamer, boleh aje.

Patut tahun 2017 dah ada istana ala Disneyland kat sini. Kalau nak tau dah siap belum, boleh la pi terjah.

Lokasi : Disney Avenue, Kampar, Perak
Kos : Free

Langut Tengok Kurma – Macam Di Dubai

pemandangan masjid al bukhari waktu siang
Kredit

Kali ini kita pergi ke destinasi macam di Timur Tengah. Sebab siap ada pokok kurma yang segar bugar.

Ini Masjid Al-Bukhari di Alor Setar, sumbangan dari Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari.

masjid al bukhari kedah yang macam di dubai
Kredit

Bila dah datang, jangan selfie saja. Masuk solat ye?

Lokasi : Masjid Albukhary, Jalan Langgar, 05460, Alor Setar Kedah
Kos : Percuma

Nganga Tengok Air – Macam Di Kemboja

Kita tutup senarai ini dengan tarikan yang out of this world yang selalunya ada di Kemboja. Dan beberapa tempat istimewa lain di dunia.

Tapi jarang nampak di Malaysia — ombak laut jadi biru.

Kredit
Kredit

Pemandangan ini ada terjadi di Pulau Sembilan, Pangkor, Perak.

Ada juga di Pantai Trusan Miri, Sarawak. Dan dengar cerita, ada juga kata selain Trusan, fenomena air laut membiru bila malam ada kat pantai lain di Miri.

e102

Efek ini jadi bila malam. Kata orang, sebab plankton.

Jadi, nak tanya.

Antara banyak-banyak tarikan Malaysia kat atas itu, mana satu yang buat hangpa kagum sangat?

UPDATE : Dah masuk tahun 2021 kan? Kami ada update baru. Jom tengok versi ke-2 tempat-tempat Malaysia yg macam oversea.

  1. ya sgt cantik dulu, tp sekarang disebabkan penuh dgn sampah sarap

  2. HISHAMMUDDIN MUHAMAD says:

    Just nak share 1 tempat yg cool kat Janda Baik Bentong..tepi sungai dan cuaca segar.

  3. yg herannya, kalo pi oversea, nk2 kt jepun korea pandai pulak org kita behave yer. bila lar nk berubah ni…

  4. YUSSINDA YUSOFF says:

    Tak sangka kt Perak ada plankton biru tu, slama ni ingat kt Sarawak je..xyahlah kos bnyk sngt nk ke sana..
    Tq Blogger

  5. Iskandar Suhaimi says:

    Maaf Citto,
    Kerana gen halilintar banyak videonya, kami tak dapat bantu sebab kami tak tahu video yg mana ada lokasi camping gen halilintar.

  6. Hallo, saya mau tanya boleh, beberapa waktu lalu saya lihat youtube gen halilintar, mungkin jom jalan tahu lokasi camping nya yang di youtube gen halilintar, mohon di jawab, terima kasih

  7. Areknow says:

    Alahaiii… smlm tercari-cari mana tempat best nak p kat kedah ni. Singgah kat masjid Bukhari Solat Jumaat. Tp x amik gmbr pun huhu rasa menyesal 🤪🤪 . Selalunya la bila dah stay kat tempt tu jarang2 dah nak dtg nak bergambar ctu

  8. Puteri Fhara Ryan says:

    Mmg terbaik la..tqsm bg taw n klu ade lg tmpt yg mnarik bg taw ye n siap bg taw kos nye 😊😊

  9. Iskandar Suhaimi says:

    Sekarang ni betul. Sbb kami perasan yg tiket nak masuk ke sana-sini dah mula naik tak tentu arah.

    Tapi bila kira-kira, duit byk habis kat makanan sebenarnya. Tu sbb baik lah ambil hotel yg mahal sikit tapi yg dtg dgn sarapan.

  10. Hafiz Hamzah says:

    Cuti di malaysia sangat mahal… cost nya dh sama macam pergi luar negara

  11. Kaki Holiday says:

    Penghujung 2018!! Dan aku masih di sini mencari cari tempat menarik untuk dikunjungi. hahahaha. Saat terbaca ayat ayat admin membuat hatiku tergelak kecil dan tertarik untuk meneruskan bacaan sehingga habis. Teruja woi nak g becuti. Thanks admin. Semoga pahalamu berpanjangan. hahaha
    #doneskema

  12. kenapa laa kundasang mahal sgt kos nya.. walaupun sabahan tapi terasa mcm org semnanjung pulasbb
    jarang g sabah

  13. Iskandar Suhaimi says:

    Ni betul traveller Malaysia. Kami angkat kopiah kat you Gee.

  14. Dah prgi ke kundasang,colmar tropical,sky mirror kat sasaran kuala slgor

  15. peh.

    serius..kalau aku bujang, dah lama aku nak pegi semua tempat lepas baca benda nih.

    syukur aku dah kahwin.

    haha

  16. Iskandar Suhaimi says:

    Betul tu Syamena. Aih! Camna la kami lupa nak letak dlm ni.

    Coming soon nanti insyaallah

  17. di Perak.. tp buat sementara waktu ni ditutup untuk pemulihan

  18. Informasi yang sangat berguna. Sila teruskan usaha menulis anda, terutama tentang tpt2 menarik dalam negara.

  19. Hi min.
    Salam kenal dari kami agent pekancongan bromo surabaya.

    Bole infokan pakej kinabalu ke min?

    Terima kasih

  20. Wahhhh… teringin juga la nak travel bagai ke luar negara.. tapi jalan-jalan malaysia pun belum habis lagi…tak sangka kat malaysia pun ada tempat yang super duper menarik macam ni !

  21. Assalamualaikum,

    Been there before, rasanya sewa keta adalah jalan yang terbaik. Saya dulu pun sahabat yg tinggal di Sabah bawa. memang a jln kesana mencabar. Tapi bila dah masuk kawasan kundasang disepanjang jalan dah terasa kesejukannya. mmg besh. ditambah dengan panorama lereng2 bukit yang dipenuhi dengan hasil tanaman. Rasa macam nak bawa balik segala hasil tanaman mereka huhuhuh sgt fresh. Bila sampai ke Desa Cattle Dairy Farm lagi lah seronok. macam ade kat Obersea heheheh. Rasanya cuti sekolah bulan 12 mungkin Sabah menjadi destinasi bercuti kami yang akan datang. Cuti sekolah bulan 3 haritu dah ke Perth, Australia & Guangzhou, China. Kali ini biarlah dalam Malaysia Je.

  22. Subhanallah cantek2nyeeeee view yg admin post..osem sgtttt..org yg amik gambar tu pon handal…br tau kt mesia ada tmpt2 indah mcm tu…tengkiu admin

  23. Jln2 kat sabah 5 jam tu xterasa sgt sbb jln dia lain dr sini..x bosan..samada anda akan kecut perut sbb jln naik bukit atau anda boleh nikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan..kompem xrasa lama sgt 🙄🤗

  24. Baguslah listing ni! Happy jugak sbb dah merasa pegi beberapa tempat diatas..lepasni nk try completekan semuanya skali..tp yg paling kagum yg pantai biru tu..yeke biru camtu? Ke efek kamera?

  25. Iskandar Suhaimi says:

    Nice tips. OTW balik baru singgah ye tak. Takde la penuh org sebab kita sampai awal. Tq sis Aliwen. Insyaallah kami cuba buat elok lagi bila2 ada post akan dtg.

  26. Blh bg mkn rumput n minum susu lembu n kambing di dairy farm kundasang jg sis…
    Betul la ms norma gtau tu, if byk singgah bru smpi 5 jam. Better gerak ke kundasang dlu utk elak jam bru ke rumah terbalik dll. Disarankan bermalam di kundasang bru dpt feel udaranya n explore suma tmpt area tu. Chalet pn byk yg murah2

  27. Sis hana, actually just 2 jam je dr kk town ke kundasang. Plus, blh pegi spa ikan tagal lg di kg luanti dlm 20 minit dr kundasang. Poring hot water pun area sana jg.
    Keep up da gud job admin. Byk lg tmpt menarik d sabah ni.

  28. Iskandar Suhaimi says:

    Jangan nanges cik Farah ye? Insyaallah dpt pi. Takyah naik flight pun. Naik kereta dgn bot je dah sampai ye?

  29. Srs nangis baca post nii sebab cantik sangat semua pemandangan tu. Memang nak pegi sangat2 laa. Lagi2 air laut yg mcm kat maldives tu. Ya allah cantik nyaaaaaaaa

  30. Iskandar Suhaimi says:

    Amboi Syu. Pagi2 ni dah puji2 kami. Kembang satu hari rasanya ni.
    Insyaallah kami cuba buat artikel2 lain yg lagi baik dari ni lagi nanti. Moga lagi baik, n lagi baik. Amiin

  31. Syu Eiza says:

    Info menarik. Gambar-gambar yang diambil memang cantik. Ayat-ayat yang digunakan membuat jiwa terasa muda dan ceria hingga membangkitkan keghairahan untuk melawat ke tempat-tempat ini. Tahniah admin.

  32. Iskandar Suhaimi says:

    Terima kasih Maman sbb suka dgn post kali ni.

    Itulah. Restoran Melayu kita dah ada kat London, Sydney etc — cuma rumah kampung Melayu belum ada lagi.

    Dulu masa 1997 taman tema Wonderland kat Sydney, tokey dia Sunway Group (yg buat Sunway Lagoon, Lost World Tambun). Ingatkan mungkin la ada harapan nak tengok tema ala Malaysia situ. Tapi tutup.

    Jadi lambat lagi la nak tengok benda2 ala budaya Melayu kat oversea kot?

  33. Tahniah Iskandar Suhaimi..sungguh menarik info nyer & gambar yg amat cantik. Teringin lak nak tengok identiti dlm negara kita ni pulak kat negara orang lain..mungkin suatu hari nanti…

  34. Iskandar Suhaimi says:

    Yeke??. Alhamdulillah. Insyaallah nanti kita cuba tulis dgn standard yg sama, atau tinggi2 lagi ye?

  35. Iskandar Suhaimi says:

    Yup Jura. Yg kat belah Borneo sana belum habis terjah lg …

  36. Wow byk rupanya tempat menarik kt malaysia ni yg lbh kurang mcm kt oversea. Good info …tq
    X ckup wit nk g oversea bleh la g tmpat2 kt cni je

  37. Iskandar Suhaimi says:

    Adohai … bro dah byk tempat pergi dah bro .. Ni xdepe dah ni for you hihi

  38. Iskandar Suhaimi says:

    Hihi .. tak sia2 la kerja kami study & tulis entry nih. Greaaaat!

  39. Iskandar Suhaimi says:

    Yup sis. Sabah, Sarawak especially. Byk sgt yg kita belum layan

  40. siyesly tak tau byk tmpt yg sgt awesome kt malaysia nie.. beria suka tgk negara org, negara sendiri apa kurangnya.. will try.. insyaAllah.. gracias!

  41. Iskandar Suhaimi says:

    Huhu .. tak sangka saya pun kelakar? Cuma harapnya x lawak sama tahap mcm menteri2 kat Malaysia.

  42. Iskandar Suhaimi says:

    Ha. Yg tu xleh nak jawab. Sbb tu antara perkara ajaib yg jadi kat tempat2 istimewa macam Malaysia je.

  43. Rosmawati says:

    Alhamdullilah! Terimakasih. Good info. Mohon share nak forward kat kengkawan ya? Kadang ada yang mati akal tak tau nak ke mana, pusing pusing gi tempat sama jugak. 😄👍

  44. Bro…kat jepun ngan korea tong sampah lagi kurang dari tempat kita tapi kenapa nak jumpa sampah pun susah??

  45. oo ye ke. baru faham. actually ada adik ipar kat sabah. bolehlah plan trip tahun depan. anak2 saya suka tengok binatang, rasa baik kalau pi kundasang boleh tatap lembu

  46. Norma hashim says:

    X sampai 5 jam puan..kalau terus dari kk 2 jam jer puan (tue pun sbb duk belakang lori)…kalau berhenti2 kat rumah terbalik, jambatan tamparoli dan pekan nabalu tue yg sampai 5 jam

  47. Iskandar Suhaimi says:

    Kami pun kagum bila tengok tu. Tak sangka boleh jd cenggitu.

    Hihi .. yg Kundasang tu ramai juga kempunan pi sbb masalah sama.

  48. kagum yang part ombak jadi biru tu. baru tahu sebab plankton. dan rupanya banyak tempat di malaysia saya belum pi. yang dah pi: colmar tropical, yang lain mmg belumlah. teringin nak pi yang kundasang tu tapi bila dengar kena naik bas 5 jam, aduh senak perut jadinya. takde flight direct ke?

  49. Iskandar Suhaimi says:

    Byk Oja. Tu la masalahnya. Dan tong sampah pun selalunya kurang.

  50. Iskandar Suhaimi says:

    Kami pun bila pilih tempat2 yg nak kami letak sini, kagum dengan viewnya. No prob bro Perawat Sihir. Kalau ada yg kami tertinggal, bgtau ya?

  51. Tak sangka saya di Malaysia masih ada tempat-tempat yang sangat beautiful untuk dilawati. Lepas saya tengok gambar-gambar di atas, jadi kagum sekejap sebab saya tak pernah tengok tempat sebegini indah di negara kelahiran saya sendiri Malaysia. Terima kasih admin.

  52. Memang banyak tempat yang cantik di Malaysia nie kan. Sayangnya masih ramai yang suka buang sampah merata-rata. Harap-harap tempat-tempat tue akan terus terpelihara dan bersih dari sampah-sampah. Sama-sama kena jaga.

Comments are closed.

Jomjalan