Tarikan Untuk Kanak-Kanak di Melaka
Jom kita layan tarikan pertama.
A Famosa Resort
Kalau hangpa habiskan masa satu hujung minggu dengan anak-anak kat A Famosa Resort pun sudah cukup β sebab tempat ini luas, dan siap dengan Safari dan Taman Tema Air.
Cuma kami sarankan datang pada hujung minggu atau cuti sekolah. Sebabnya, tempat ini lengang pada hari biasa.
Dan kalau nak ke sini dengan keluarga, sediakan poket tebal. Bukan apa, hangpa mungkin letih dan mahu makan saja di resort, sebab tempat makan yang best kat Melaka pun jauh.
Lokasi : Simpang Ampat
Masa Terbaik Datang: Sepanjang Hari Minggu
Melaka Night Safari
Kalau hangpa ke Melaka dengan anak, Zoo Melaka memang tempat tarikan wajib tuju.
Tapi kalau hangpa datang masa cuti sekolah atau hujung minggu, datang pada waktu malam. Pi layan Melaka Night Safari.
Bila malam, haiwan lebih aktif. Cuma hangpa semua kena tahan nyamuk dan makan awal. Bukan apa, zoo ini besar. Night safari pun mula pukul 8 malam.
Lokasi : Ayer Keroh
Masa Terbaik Datang: Malam
The Shore
Kalau hangpa nak anak hangpa rasa berjalan atas jambatan kaca dari atas bangunan β datang kat Shore Tower.
Tapi selain dapat tengok pekan Melaka dan berselfie, tidak banyak yang boleh di buat di sini.
Tempat ini pun bukan untuk orang yang gayat. Jadi sebelum datang, pastikan anak hangpa okay. Kalau tak, rugi saja bayar duit tiket.
Lokasi : Bandar Melaka
Masa Terbaik Datang: Pagi/ Malam
River Cruise
Tak sah ke Melaka dengan anak kalau tak naik bot River Cruise.
Kami sarankan hangpa naik bot pada waktu malam. Sebab lampu-lampu dari Kampung Morten dan jambatan sepanjang sungai yang berkelip-kelip memang cantik betul.
Angin sungai pun lebih best, cuaca pun tak panas. Cumanya kalau datang dengan kanak-kanak yang aktif, anda kena jaga-jaga lebih. Takut ada drama terjun sungai pulak nanti.
Lokasi : Bandar Melaka
Masa Terbaik Datang: Malam
Planetarium
Kalau hangpa letih dengan tarikan Melaka yang kebanyakannya tarikan bersejarah, tapi hangpa mau tempat menarik kanak-kanak yang masih educational, ada Planetarium Melaka.
Kali ini, tarikannya bukan lagi bangunan lama, tapi planet atas sana.
Cuma lokasinya kat Ayer Keroh. Jadi kalau hangpa menginap di pusat Bandar, rancang ke sini elok-elok. Sebab jalan masa cuti sekolah selalunya jem.
Lokasi : Ayer Keroh
Masa Terbaik Datang: Pagi
Mamee House
Ha! Yang ini kena hati-hati, takut anak nak makan Mamee tiap-tiap hari.
Tapi kalau hangpa nak tengok sendiri macam mana snek Mamee dibuat, hangpa & anak-anak mesti seronok.
Kalau lapar, boleh rasa mee goreng segera yang original datang dari dapur Mamee House sendiri.
Tempat ini pun di kawasan Jonker Walk. Jadi alang-alang sudah ke sini, boleh saja shopping cenderamata kat kedai-kedai di tepi jalan.
Lokasi : Bandar Melaka
Masa Terbaik Datang: Pagi/Tengah Hari
Menara Taming Sari
Kalau The Shore menakutkan untuk anak hangpa, tapi hangpa nak depa tengok Melaka dari atas, cuba Menara Taming Sari.
Menara yang naik perlahan-lahan ini terasa lebih selamat, dan masanya pun tidak berapa lama. Jadi tiada masalah anak-anak menjerit gayat.
Cuma kalau anak hangpa tidak boleh duduk diam, ia mungkin merunsingkan, sebab semua orang diberi tempat duduk sendiri.
Lokasi : Bandar Melaka
Masa Terbaik Datang: Pagi
Muzium Kesultanan Melaka
Kalau anak hangpa umurnya bawah 10 tahun, tempat ini mungkin membosankan.
Tapi ini tarikan Melaka yang ilmiah kalau anak hangpa sukakan sejarah dan hangpa pula pandai bercerita.
Kami sarankan ke sini selepas makan di Mahkota Parade. Bawa juga air mineral sebab hangpa bakal banyak berjalan.
Lokasi : Bandar Melaka
Masa Terbaik Datang: Tengah Hari
Rumah Terbalik
Untuk generasi yang suka berinstagram dan berselfie, bergambar di rumah terbalik memang best. Banyak aksi untuk anak hangpa posing-posing di sini.
Tapi kami sarankan datang awal pagi atau jangan datang langsung. Bukan apa, saiznya terhad. Sudah tu, bila tempat ini mula sesak dengan orang, peluang bergambar pun kuranglah kan?
Lokasi : Bandar Melaka
Masa Terbaik Datang: Pagi
Muzium Lebah Sedunia
Kalau ke Melaka dengan anak, jangan lupa ke Muzium Lebah Sedunia.
Pertama sebab harga tiketnya percuma, dan kedua sebab tak banyak muzium begini di Malaysia.
Kalau hangpa dan anak cuma tahu lebah dan madu, muzium lebah bakal buka mata semua. Ada madu dan cuka epal madu kalau hangpa mahu produk yang datang terus dari ladang.
Lokasi : Bandar Melaka
Masa Terbaik Datang: Tengah Hari
Bas Hop On Hop Off
Ramai anak-anak sekarang yang tak pernah merasa naik bas. Jadi kalau ke Melaka, apa kata hangpa naik bas Hop On Hop Off dan bawa depa ke tingkat 2 London Bus yang tak berbumbung.
Kalau hangpa mahu ronda pekan, boleh naik pada waktu petang.
Tapi kalau hangpa cuma mahu bersantai mahu melihat suasana malam, pun tiada masalah sebab bas ini ada beroperasi sampai pukul 10 malam.
Harga tiket pun murah — cuma RM 2.50 saja untuk kanak-kanak.
Lokasi : Bandar Melaka
Masa Terbaik Datang: Petang
Pantai Klebang
Datang bercuti dengan anak meletihkan. Jadi kalau hangpa nak tarikan anak-anak yang mana hangpa boleh duduk berehat, dan depa bebas berlari ke sana-sini, datang ke Pantai Klebang.
Untuk anak kecil, ada dataran dengan permainan kereta bateri. Tapi kalau anak hangpa sudah pandai ber IG, ada kawasan pasir putih luas untuk depa berlari puas-puas atau bermain layang-layang berselfie.
Lokasi : Bandar Melaka
Masa Terbaik Datang: Petang/Malam
Muzium Kapal Selam
Akhir sekali kami tutup tempat menarik di Melaka untuk kanak-kanak dengan muzium rare yang ada hanya satu saja di Malaysia β Muzium Kapal Selam.
Alang-alang dah di Klebang, jangan lupa lawat kapal perang ini.
Kalau awalnya dulu hangpa cuma boleh tengok dinding luar, sekarang hangpa dengan anak-anak boleh masuk melihat ke dalam. Kalau nak adventurous lagi, boleh tidur dalam tempat ini (Cuma kena booking dulu).
Lokasi : Bandar Melaka
Masa Terbaik Datang: Petang
Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik di Melaka untuk kanak-kanak. Tapi kami saring betul-betul supaya tarikan ini praktikal untuk anda yang datang dalam masa yang singkat semasa cuti sekolah.
Kalau harga tiket tarikan yang mahal masalah hangpa, kami sarankan hangpa dan anak habiskan masa di Pantai Klebang, naik bas London dan masuk ke muzium lebah Sedunia saja.
Ataupun rehat kat hotel Melaka yang sesuai untuk family. Sebab ada yang datang dengan pool yang cukup best untuk anak.
Hangpa ada idea lain? Jom share dengan kami.
Iskandar Suhaimi says:
Ya sis Hannah,
Setuju yg Melaka byk tarikan yg bukn sahaja tempat bersejarah. Cuma Jonker Walk tak kami letakkan sebagai tarikan kanak-kanak sbb byk tarikan lain yg lebih sesuai utk mereka dari kawasan pasar malam itu.
Kalau ada yg nak tengok tarikan lain, kami ada siapkan senarai tempat-tempat menarik di Melaka dengan harganya (dan harga diskaun kalau ada). Boleh terus rujuk pada senarai direktori JomJalan di bawah
https://www.jomjalan.com.my/listings/melaka/tempat-menarik/ .
Kalau untuk tarikan yang sis katakan, boleh klik di link pada tarikan masing-masing. Ia akan buka info lebih banyak tentang tarikan tersebut, sekali dengan tiket, peta, gambar dll.
Hannah Rose says:
Skrg Melaka mmg banyak tempat pergi, bukan sahaja tempat bersejarah. Jonker Street adalah salah satu tempat menarik, semacam pasar malam.
Nak tumpang tanya, tuan tahu tak harga ticket utk menara taming sari, rumah terbalik dan the shore? Ataupun semua tempat2 menarik ni free?
Iskandar Suhaimi says:
Sama-sama sis Farah. Our pleasure π
Dan moga Allah memberkati sis juga dgn lebih2 lagi. Amiiinnnn …
Farah says:
Terima kasih untuk info yang menarik untuk kanak-kanak. Semoga encik diberkati selalu.
noor ain ismail says:
bagus gak ada link ni..senang buat perancangan perjalanan ke melaka..cuti2 hujung tahun
Iskandar Suhaimi says:
Setahu kami ya. Boleh di menara Taming Sari atau muzium samudera etc.
Ini list tempat boleh tunggu
https://panoramamelaka.com.my/london-bus
Noraime Salmee Ibrahim says:
Bus hop on hop off tu still operasi ke? Nak tunggu di mana?
mas balqis says:
Firt time nk bwk anak2 pegi jln2 di melaka cuti sek akan dtg ni..byk jgak tpt2 menarik nk kena pegi ni..
mas balqis says:
Firstime nk bwk ank gi jln2 melaka cuti sek ni..byk jgak tpt menarik yg nk pegi ni..
peminat melaka says:
terima kasih atas artikel yang bermanfaat. memang tengah cari untuk bawa anak2 jalan ni π
Homestay Murah Melaka says:
Memang macam-macam tempat menarik di melaka.. Makanan pun sedap-sedap
Iskandar Suhaimi says:
Kami tgh cuba siapkan list penginapan family. Tapi belum dpt release lagi dlm masa terdekat. Insyaallah x lama lagi ya cik Atyn
Atyn says:
boleh x suggest tmpt penginapan yang afrdble utk fmly vacation kat melaka??
Iskandar Suhaimi says:
Ye Ed, cuma sygnya harga tempat2 ni dah naik mencanak2 2-3 tahun kebelakangan ni
Ed says:
Bole pergi..tq
Iskandar Suhaimi says:
No prob sis Nani. Barakallah fikum. Kalau info kami ada membantu, itu dah capai misi kami. Enjoy your holiday sis π !
Nani Syahidah Ninggal says:
Terima kasih beri info yang bagus utk bawa anak2 bercuti di Melaka. Jazakallah khaira kasira..π
umminani says:
Rumah terbalik jer belum singgah
Iskandar Suhaimi says:
Sama2 bro. Boleh lah share info ni kat family ye?
berkahkhair says:
informasinya menarik bngt, makasi telah berbagi informasi