😲 Cuti Kat Kenyir? Tempat Menarik Apa Ada Kat Tasik Kenyir Bang Oi?

Jom mandi dan memancing, dan hilangkan lelah dengan si kelah.

tasik kenyir boathouse

Oleh : EJ Lim (Utk tugasan Universiti Malaysia Kelantan)

Apa yang terlintas dalam kepala anda kalau kawan anda ajak bercuti kat Tasik Kenyir?

Mesti anda cakap no! no! Sebab anda ingat ini cuma tasik, membosankan dan aktiviti yang menarik kat sini confirm yillek kan?

Tapi salah tu bang. Sebabnya kat Tasik Kenyir ada banyak aktiviti menarik yang boleh anda buat, walaupun dengan harga bajet pelajar!

Meh, Kami Report Sikit Pasal Kenyir

[mappress mapid=”340″]Ini cerita trip 3 hari 2 malam kami semasa kami pergi dari 30 Mac sampailah ke April 2018.

Yang ikut, 40 orang student dengan 2 orang pensyarah Universiti Malaysia Kelantan di bawah Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesihatan (FHPK). Ini field trip kami ke ke Tasik Kenyir dan kami nak kongsi pengalaman serta aktiviti yang kami buat kat sini.

Manalah tau ada manfaat kalau anda yang tengah menimbang-nimbang nak ke sini.

Tidur Kat Tasik? Macam Mana Tu?

boathouse tasik kenyirJangan risau. Bila kat sini, bukan tidur dalam sampan bang!

Abang akak semua boleh tidur dalam houseboat. Kemudahan tip top. Rasa pun macam dalam rumah!

houseboat kenyirArowana Kenyir Houseboat yang kami pilih kat atas ini lebih besar dari houseboat yang biasa. Tempat pun selesa.

Kalau nak bercuti dengan keluarga, jangan risau tentang tempat tidur sebab houseboat ini ada 8 buah bilik tidur serta surau. Satu bilik boleh muat sampai 4 orang.

Nak rasakan angin malam yang segar? Tidur kat tingkat atas, sebab kawasan ini terbuka dan luas.

Nak buat tempat ceramah? Setakat ceramah atau atau aktiviti berkumpulan, tak ada masalah.

Tandas juga sangat bersih dan besar.

karaoke kenyirKalau yang nak melalak, bilik karaoke pon ada juga. Memang anda semua boleh berkaraoke sampai pagi lah jawabnya. Lagu jangan risau. Nak lagu lama, lagu baru semua ada.

Dapur dan peralatan pun semua disediakan untuk anda semua memasak. Yalah, dah 3 hari 2 malam, kalau tak ada dapur nak makan apa bang?

Yang paling penting, bila masuk malam anda semua boleh layan BBQ dengan tenang sambil menghayati keindahan malam di tasik!

Apa Yang Boleh Dibuat Kat Houseboat Tasik Kenyir Ni?

mandi manda tasik kenyirHah! Bagi yang nak tingkatkan keyakinan diri dalam air tu, anda boleh join aktiviti water confident.

Jangan risau. Life jacket ada. Bukan water confident sahaja, banyak lagi aktiviti air yang boleh dibuat. Contohnya, pertandingan renang, timbang bola dalam air dan banyak lagi lah.

aktiviti air di kenyirNak berendam dalam air berapa lama pun boleh. Jangan sampai cramp sudah.

Bukan aktiviti air sahaja, atas houseboat pun boleh buat aktiviti. Ruang di tingkat atas houseboat cukup luas dan selesa untuk membuat aktiviti berkumpulan.

Tapi kalau sudah ke Tasik Kenyir tak sah kalau tidak singgah di tempat-tempat yang menarik sekitar Tasik Kenyir. Contohnya …

Layan Air Terjun Kat Tasik Kenyir

air terjun lasir

Kredit

Kalau anda nak tahu, Tasik Kenyir ada air terjun yang viewnya cantik tau.

Tak sah lah kalau ke Kenyir, tapi tak ke Air Terjun Saok dan Air Terjun Lasir sebab dua air terjun ini memang sinonim dengan tasik ini.

Kalau nak tengok pemandangan cantik, kena berjalan naik tangga yang tinggi untuk sampai ke atas.

Walaupun rasa bergetar lutut tapi berbaloi. Sebab airnya yang sejuk ya amat memang boleh buat penat anda tu hilang.

air terjun kenyir

Dengan air tasik yang hijau, memang tak rugilah ke sini kalau setakat nak berselfie, mandi manda ataupun berkelah.

Masuk Cantik, Keluar Bersepah kat Gua Bewah

depan gua bewah tasik kenyirLepas air terjun, tempat seterusnya yang kami sempat teroka di Tasik Kenyir ialah Gua Bewah.

Nak ke sini memang penat. Sebab nak sampai ke gua kami perlu daki 99 anak tangga.

Nasib lah bila kita sampai ke pintu masuk gua, pemandangannya memang syok. Tambah dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa, berbaloi rasanya naik tangga curam, yang memenat dan dan menakutkan.

Cuma satu kena tahu. Gua ini tempat tinggal kelawar. Jadi janganlah buat muka kelat sebab baunya tengik. Lagipun Gua Bewah ini orang panggil Gua Tahi Kelawar sebab ada memang penuh dengan kelawar dan sekaligus tahinya di mana-mana.

Kata orang masuk wangi, keluar geli-geli sebab baju seluar melekat tahi.

gua bewahTapi selain cerita kelawar ini, gua ini ada 1001 kisah unik lain. Antaranya ialah, umur gua batu kapur ini sudah mencecah 270 juta tahun.

Dan nak jadi batu kapur pun bukan senang. Setiap milisentimeter mineral batu kapur perlukan beribu tahun untuk terbentuk. Dan bila proses pembentukan itu terganggu ( sebab tangan manusia, macam biasa) proses ini akan terbantut. Pendek kata,  gua dah merajuk cakap lu.

gua kelawar kenyirGua ini juga ada kesan peninggalan manusia purba zaman Neolitik. Kalau masuk, anda boleh tengok serpihan tembikar dan kapak batu dalam gua ini.

Semasa kami masuk ke dalam gua ini, memang ramai yang teruja. Sebab tak siapa yang gua ini memang luas. Patutlah orang dulu duduk dalam gua. Tak payah pening buat atap kan?

Layan Kelah Sanctuary kat Kenyir

kelah sanctuary di tasik kenyirIni lagi satu tempat best yang perlu tenaga dan kaki yang kuat.

Kelah Sanctuary ni tempat ikan kelah dijaga, dan kalau nak pergi ke sana anda semua mesti mengikut arahan yang diberi. Jangan tunjuk sangat perangai orang Malaysia anda tu.

Jarak ke Kelah Sanctuary pun dalam 30 minit dan memang perlu naik  dan turun berpuluh anak tangga. Tapi ada bonus awal — anda boleh merasa lalu di jambatan gantung yang cukup best.

jambatan gantung ke kelah sanctuaryBila sampai saja di Kelah Sanctuary, anda diberi masa hanya 30 minit untuk masuk ke dalam sungai dan memberi ikan kelah makan.

Ini pengalaman paling seronok. Sebab bila anda bagi ikan makan, semua ikan datang kerumuni anda macam anda celebrity comel mulus Korea yang datang Malaysia.

Hah tadi dah penat turun naik tangga kan? Inilah masanya untuk rehat. Order satu foot massage dari ikan-ikan di Kelah Sanctuary ni.

kelah sanctuary kenyir lakeWaktu itu memang macam-macam perasaan datang. Geli, takut, excited pon ada. Yang penting jangan lupa beli makanan ikan. Kalau tak, duduk berendam sorang-sorang sebab ikan sebenarnya tak ingin datang dekat dengan anda pun sebab anda tak ada apa-apa. Lumrah alam lah kan?

Tentang makanan ikan, memang ada dijual disana. Dan harganya pun RM 2.00 sahaja. Banyak dan berbaloi sangat pelaburan 2 ringgit untuk jadi celebriti setengah jam ini.

rombongan student kenyirOkey, untuk 3H2M itu saja tempat yang sempat kami explore. Waterpark Kenyir tak sempat pergi. Mungkin satu hari nanti.

Apapun, siapa lagi kat sini yang pernah pergi Kenyir ni? Ada cerita best (atau misteri) nak kongsi dengan kami?

Comments are closed.

Jomjalan