Ini 3 Tempat Parking Kereta kat Jonker Walk, Melaka. Tips Yg Last Tu Baca

Semua orang tahu yang Jonker Walk Melaka lorongnya sekangkang kera.

Dan selalu sesak sebab semua nak lalu kat jalan yang sama. Dari beca sampailah kita tourist yang nak cuci mata.

Untuk anda yang datang Melaka dan nak masuk kawasan Jonker Walk, ini 3 tempat parking yang kami sarankan.

Parking Kota Laksamana

Ini lot parking depan Casa Del Rio Melaka. Kalau nampak pintu gerbang merah Casa Del Rio, dah betul lah tempat nya itu.

Masuk dikira per entry. Last kami check, RM 6 sekali masuk. Masih kena jalan kaki ke Jonker Walk tapi parkingnya luas dan tepi jalan besar.

Lokasi : Depan Casa Del Rio
Alamat : 10-J, Jalan Laksamana 2, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka

Hard Rock Cafe Melaka

Parking yang ini dah di dalam kawasan Jonker Walk. Jadi, tak perlu jalan jauh.

Tapi parkingnya mahal bang. Untuk anda yang bukan guest Hard Rock Cafe, harga parking 2 jam permulaaan ialah RM 10, dan selepas itu RM5 setiap jam.

Kalau anda nak beli t-shirt Hard Rock, ini alasan untuk parking kat dalam ini.

Lokasi : Hard Rock Melaka
Alamat : 28 Lorong Hang Jebat, Melaka

Parking Sebelah Makam Hang Kasturi

Parking ini betul-betul kat dalam Jonker Walk. Sebelum anda sampai ke Makam Hang Kasturi, boleh jumpa parking yang nampak macam kedai nak jual dessert ini.

Yang bagusnya parking kat sini ada kanopi.

Yang tak bagusnya, kawasan dalamnya sempit. Kalau baru belajar dan lesen P, baik cari tempat lain.

Lokasi: Lorong Sebelah Makam Hang Kasturi
Alamat : Jalan Hang Jebat, Melaka

TIPS BONUS – Grab Kan Ada?

Buat apa nak bersesak dengan orang kat Jonker Walk?

Daripada abang letak Mazda 3 abang tu tak tentu hala, sangkut jem atau kena calar dengan beca, baiklah tinggal sahaja kat dalam parking hotel.

Order Grab untuk pergi balik. Abang senang hati, orang Melaka tak serabut dan brader Grab pun dapat job.

Untuk kami ini cara terbaik nak teroka Jonker Walk. Tapi kalau abang jenis degil juga bawa kereta kesayangan ke mana-mana, kami sarankan yang parking Kota Laksamana.

Dah Book Hotel Untuk Trip ke Melaka?

Baca Juga :

JomJalan Seluruh Melaka

Senarai tempat tarikan best di Melaka
Hotel terbaik Melaka pilihan kami
Layan kedai makan sedap Melaka
Promo hotel, tarikan Melaka
Jomjalan