Mak-Mak! Tempat Permainan Kanak-Kanak Ini Kena Pergi Bila Cuti ke Penang Nanti.

Plan nak cuti dengan anak kecil kat Penang nanti?

Kalau anak anda umur sekolah rendah atau tadika, Kids CEO Playland ini antara tempat boleh di shortlistkan untuk pergi.

Lasak ke tak lasak, malam nanti hampir pasti anak lena. Sebab ini tempat main kanak-kanak ini paling besar kat Penang — mungkin juga kat Malaysia.

4 Tingkat Tempat Permainan

Kids CEO Playland ini 4 tingkat tempat mainnya. Cuma tingkat paling atas itu khas kalau anda nak sambut harijadi atau party. Jadi ada 3 tingkat tempat anak bermain.

Kat tingkat paling bawah ada kolam bola besar, trampolin dengan video game yang ada sensor.

Dah puas berenang dan melompat, anak boleh ke tingkat 1.

Kat sini ada slide pelangi, tempat rock climbing kecil, jungle gym.

Bila naik ke tingkat 2, boleh main dengan toys pula.

Anak nak sarung costume pun boleh — boleh jadi spiderman atau cinderella kejap.

Kat sini juga ada cafe untuk rehat sambil jamu selera.

Kalau datang petang ada dessert comel-comel untuk tea.

Kalau ikut FBnya, makananan sini halal certified.

Camna? Teruja?

Tempatnya pun warna-warni dan ada prop sana sini.

Jadi memang haven untuk snap gambar-gambar buat upload ke IG.

Harga Tiket dan Booking

Buat masa ini, kalau nak masuk Kids CEO Playland wajib book dulu. Sebab ada limit 50 orang setiap sesssi. Jadi jangan redah walk-in saja masa cuti.

Selalunya seminggu sebelum cuti dan fully booked tempat ini.

Nak pergi? Jangan tangguh-tangguh lagi.

Beli tiket & book slot anda kat sini.

Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara3828
Beli Tiket Kids Ceo Playland
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 16 Jan 2024

JomJalan Seluruh Penang

Layan senarai tempat tarikan best di Penang
Tidur kat hotel terbaik Penang
Promo hotel, tarikan Penang
Makan kat kedai makan sedap Penang
Jomjalan