15 Tempat Sarapan di Langkawi Yg Best Utk Makan Puas Hati

Nak explore tempat makan pagi sedap untuk sarapan kat Langkawi nanti?

Kami kumpul senarai kedai best kat sini.

Jom kita tengok apa ada.

Pekan Kuah

Ini lokasi kedai sarapan best kat area pekan Kuah.

Warung Roti Canai Penarak

warung roti canai penarak
Kredit : warungroticanaipenarak

Kat tempat ini, menu makan pagi yang orang selalu order ialah roti sarang burung dan roti balak.

Kalau tak mahu roti canai, ada juga nasi lemak dan kuih Melayu.

Nak tenang makan, datang awal.

Sebab pukul 8 pagi pun dah ramai yang sedang makan kat situ.

Lokasi : Jalan Inderaloka, Kuah, 07000 Langkawi

Arts Cafe

kedai sarapan langkawi arts cafe
Kredit : artscafelangkawi

Arts Cafe ini tempat makan pagi Melayu dan Western.

Ia popular kat kalangan pelancong luar negeri.

Dan sebab lauk dan saiz hidangannya besar, harga memang agak tinggi.

Kafe ini banyak lukisan.

Boleh layan sementara anda menanti.

Lokasi : 54, Jalan Pandak Mayah 5, Taman Bendang Baru, 07000 Langkawi

Nasi Atan

nasi kandar atan langkawi
Kredit : asmiera_cik_as

Suka makan sarapan berat pagi-pagi? Meh datang sini.

Sebab kat kedai ini orang layan nasi kandar dengan kari.

Gaya Melayu, bukan gaya mamak Penang mari.

Boleh try nasi kuning dengan lauk macam paru, ayam merah atau ayam kampung sampai puas hati.

Cuma nak parking tu payah. Kena rajin jalan kaki.

Lokasi : Pusat Dagangan Kelana Mas, 07000 Langkawi

3 Tarikan Paling Top Kat Langkawi

Restoran Sinaran

restoran sinaran pulau langkawi
Kredit : Sinaran FB

Ini satu lagi tempat makan nasi lemak ayam atau nasi minyak pagi-pagi.

Memang lauk berat gaya Melayu. 

Kalau datang lambat, boleh terus makan tengahari lauk campur kat sini.

Lokasi : Jalan Pandak Mayah 5, Pusat Bandar Kuah, 07000 Kuah

Nasi Lemak Kelibang

kedai nasi lemak kelibang
Kredit : Doniyana.chenon

Warung ini antara satu lagi spot sarapan pagi kat Kuah, Langkawi.

Highlight kat sini ayam goreng dan juga sambal untuk nasi lemaknya.

Harga pun standard biasa.  

Lokasi : 8, Jalan Padang Matsirat, Taman Sri Langkawi, 07000 Langkawi

Pantai Cenang

Ini pula senarai tempat makan pagi area Pantai Cenang. Ada kat jalan besar, ada yang masuk ke dalam kawasan orang kampung juga.

Warung Coffee 

warung coffee pantai cenang yang ada menu Melayu dan Western untuk makan pagi
Kredit : auntiedoris_eats

Nak makan American breakfast dan juga nasi lemak pagi nanti?

Kafe kecil ini ada kedua-duanya.

Harga memang sedikit tinggi.

Mungkin sebab lokasinya kat area jalan besar sini.

Lokasi : Hadapan AB Motel, Jalan Pantai Chenang, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi

Bella Restaurant

restoran bella cenang
Kredit : p__danny

Bella Restaurant ini satu lagi tempat makan Western breakfast dan lauk Melayu.

Kalau tekak Melayu, ada lontong, soto, nasi lemak dan roti canai.

Harga pun agak murah untuk kedai makan pagi kat area ini.

Lokasi : Jalan Pantai Chenang, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi

Smiling Buffalo Cafe

Smiling Buffalo Cafe
Kredit : Smilingbuffalocafe

Cafe hipster ini pula port breakfast untuk anda yang nak sarapan pagi yang lawa untuk upload kat social media.

Kat sini ada bermacam jenis toast, waffle dan kopi. 

Harga agak tinggi. Sesuai dengan suasananya yang cozy.

Kalau hujung minggu kadang-kadang ada live band waktu pagi.

Boleh chill kejap sebelum mula teroka Langkawi.

Lokasi : 965, Jalan Pantai Chenang, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi

Roti Canai Black Pepper

roti canai penarak - antara warung roti canai famous langkawi
Kredit : suzieyahmad

Roti canai kat sini antara yang paling special kat Langkawi.

Sebab dalam roti canai black pepper, akan ada kobis dan carrot, dan disalut telur.

Dan kuahnya kicap dengan mayo.

Boleh juga tambah kambing, ayam atau daging lagi.

Cuma harga roti canai boleh mencecah berbelas ringgit bila order begini.

Satu lagi, sila datang awal ya?

Sebab dari pukul 7 pagi pun sudah ada peminat yang tak sabar kedai buka.

Lokasi : Jalan Kedawang, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi

Ulu Melaka

Kalau anda kat area Ulu Melaka, ini tempat sarapan pagi menarik yang ada.

Ulu Melaka Kopitiam

ulu melaka kopitiam langkawi
Kredit : _rossyilaahamid

Untuk anda yang kat area Ulu Melaka, boleh layan nasi lemak, roti canai dan juga roti bakar kat sini.

Bagi anak, waffle pun ada. Nak bagi extra happy, ambil waffle aiskrim buat dia.

Untuk ayah yang berusia, boleh cuba order roti bakar kacang pool dan mee kicapnya.

Lokasi : Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi

Kg Tok Senik

Untuk yang ada sekitar kampung Tok Senik, boleh singgah tempat makan kat bawah ini.

Restoran Siti Fatimah

restoran siti fatimah
Kredit : thehazelrizal

Kedai makan yang satu ini bukan saja port famous untuk makan tengahari tapi sarapan sekali.

Boleh try roti goyang, roti adik special dan nasi lemak nya.

Tapi kalau datang lambat, nasi campur kat sini pun popular juga.

Suasana kampung. Harga pun biasa-biasa saja.

Lokasi : Batu 5 1/4, Jalan Kampung Tok Senik, Kampung Mata Air Mukim, 07000 Langkawi

Padang Matsirat

Kat area airport Langkawi, ini antara kedai-kedai makan best untuk sarapan pagi.

Nasi Dagang Pak Malau

nasi dagang pak malau matsirat langkawi
Kredit : icint4

Datang sini kalau nak sarapan dengan view sawah padi.

Memang tempat makan ini popular kalau orang cuti kat Langkawi.

Kat sini anda boleh makan nasi dagang – dengan 5, 6 pilihan lauk.

Dari gulai ikan ke ayam goreng dan daging kerutuk.

Harga sedikit tinggi.

Tapi berbaloi dengan suasana yang buat tenang hati.

Lokasi : Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi

Warung Kita Langkawi

warung kita langkawi
Kredit : kirah.khaira

Ini warung kecil tepi jalan.

Tapi ada menu macam nasi lemak, nasi kandar, dan nasi kerabu.

Warung ini dibuka awal pagi. 

Tapi kalau lambat no worries. Sebab ia masih buka dengan menu tengahari.

Lokasi : Jalan Pantai Chenang-Airport, Kampung Padang Mat Sirat, Langkawi

Ayer Hangat

Bagi anda ada kat kawasan yang dekat dengan kolam Ayer Hangat dan Kilim Geoforest Langkawi, ini kedai untuk sarapan yang best dan viral.

Nasi Dagang Mak Minah

nasi dagang mak minah
Kredit : awafiwa.pdf

Port makan pagi kat Langkawi ini ngam kalau anda nak lauk Pantai Timur masa pagi.

Selain nasi kerabu, boleh juga order nasi lemak dan laksam kat sini.

Tapi ia warung saja.

Janganlah turun satu bas serbu pula.

Lokasi : Jalan Ayer Hangat, Kampung Batu Gajah, 07000 Langkawi

Tanjung Rhu

Tempat makan kat sini memang jauh dari tarikan utama Langkawi. Tapi ini tempat breakfast kalau anda stay kat area ini.

The Kelapa Cafe

kelapa cafe tanjung rhu
Kredit : thekelapacafe_trv

Makanan kat sini memang insta worthy. 

Dan makan dalam kawasan ala taman sini pun buat anda semangat dan senyum masa makan pagi.

Plilihlah dari smoothie bowl sampai ke french toast tropika yang fancy. Kalau datang lambat, layan brunch pun okay kat sini.

Memang terangkat bila layan dengan kopi.

Lokasi : 61, Jalan Tanjung Rhu, Kampung Padang Lalang, 07000 Langkawi

Okay, lengkap sudah senarai tempat sarapan best kat Langkawi.

Kami cover dari lauk Western sampai Melayu. Dan dari pekan Kuah dan Cenang sampai ke Tanjung Rhu.

So, anda nak pi yang mana satu?

JomJalan Seluruh Langkawi

Senarai tempat tarikan best di Langkawi
Layan kedai makan sedap Langkawi
Promo hotel, tarikan Langkawi

Jomjalan