river tubing gopeng

šŸ¤©Cari Tempat Team Building Best Kat Perak? Cuba Gopeng!

night hiking camp perak di gopeng

Oleh: Muhd Asyraf (Universiti Malaysia Kelantan)

Ha! First impression hangpa mesti cakap macam itu. Mesti tertanya-tanya apa yang best sangat dekat sini kan?

Nak cerita lah ni.

Jom kita teroka apa yang ada dekat Gopeng, Perak. Jom ikut perjalanan kami kat Gopeng selama 3 hari 2 malam.

Siapa Yang Ikut Ekspedisi Gopeng Ini?

Ekspedisi ni disertai 40 orang pelajar Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan 2 orang pengiring iaitu pensyarah UMK dan alumni UMK.

Kami beraktiviti di Gopeng ini dari 23 Mac hingga 25 Mac 2018. Dalam blog ini, kami kongsikan sedikit pengalaman menarik kami ke Bukit Batu Putih, Gua Tempurung dan Kellieā€™s Castle.

Trip Jauh Dari Kelantan Sampai ke Gopeng

[mappress mapid=”342″]
Perjalanan dari UMK ke Gopeng mengambil masa kira-kira 7-8 jam.

Dalam perjalanan semua tidur macam dah bertahun-tahun tak tidur. Kesian kena bangun awal pagi kan?

Memandangkan trip kami ini di bawah pihak Universiti, setiap pelajar hanya mengeluarkan kos sebanyak RM 180 seorang termasuk penginapan, makan minum dan lain-lain.

Ulu Village Camp – Lokasi Aktiviti Kami di Gopeng

ulul village gopeng - tempat aktiviti lasak Bila sampai di Gopeng, kami menginap di Ulu Village Camp.

Yang mengejutkan, bilik di sini ada aircond. Wuu ā€¦ dah lah murah, tak panas pulak tu.

Bila sampai-sampai je, kami terus berpecah ikut kumpulan, masing-masing pakat cari ā€˜spotā€™ nak bergambar. Walaupun perut lapar berbunyi-bunyi, bergambar tu penting! šŸ˜‚

Selesai ambil gambar, selfie bagai, baru makan. Perghh! masing-masing kebulur habaq kat hangpa. Perempuan, lelaki sama saja.

Kat sini, sehari makan 3 kali. Dan makan memang sedap. Sebab itu juga ramai yang mula terbayang kenaikan berat badan –terutama yang perempuan. Mula-mula malu, lama-lama sebab lapar, depa yang sapu bertalu-talu.

Habaq sikit ni, tengok macam biasa biasa je kem ini. Tapi ada swimming pool. Walaupun cetek saja, kami terjun juga supaya puas hati.

Jangan kata lelaki, yang perempuan pun join sekali. Cumanya bila yang perempuan masuk, kami lelaki keluarlah, bagi depa mandi sakan pula.

Bila malam memang sejuk. Tak payah buka aircond pun tak mengapa.

Pekerja, owner kat sini semua sporting. Boleh duduk borak-borak macam kawan-kawan.

Ha! Lagi satu nak beritahu. Nak masuk ke kem ini, kami naik lori angkut lembu tu. Haha! pengalaman baharu lagi ini. Memang best.

Night Hiking? Boleh Saja

night hiking perakFirst aktiviti kami, malam pertama kami dah kena redah sungai nak pergi hiking Bukit Batu Putih.

Ayaq sejuk dah la sungai deraih, kesian budak-budak perempuan yang badan kecil nak pegang tali. Terhuyung-hayang.

Dari kem nak ke Bukit Batu Putih mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih bergantung kepada pergerakan dan kelancaran peserta.

Masa yang kami ambil? Dekat 2 jam.

night hiking camp perak di gopengMana tidaknya, bila pacat lintah menyerang, yang perempuan siap menangis. Dan sebab majority daripada kami adalah perempuan, memanglah kalut. Seorang check kaki, semua nak check kaki.

Tapi pengalaman ni memang best sebab tak semua orang berani nak hiking tengah malam.

Masa mendaki naik, adalah yang sampai menangis penat, tak larat. Siap kena escort. Bayangkan, dia seorang saja, tapi escortnya sampai 5-6 orang lelaki.

Yang lelaki, biasalah tak menyakat kaum hawa ini, memang tak sah. Itu yang buat ada yang menangis sampai kata “Tak mau kawan!

Tapi apapun, semua kena faham-faham lah tengah malam ada apa dalam hutan. Mulut kena jaga ye.

Nak naik ke bukit ada yang menangis. Nak turun bukit pun ada lagi yang menangis. Biasalah takut dalam hutan, malam pula tu.

panjat bukit malam gopengWalaupun lelaki tak ramai, semua berjalan lancar. Time ni la kaum adam nak jadi hero. Disaat terdengar saja perempuan menjerit, akan ada hero muncul untuk menyelesaikan keadaan. Cehh gitu!

Memang rugi kalau tak mai sini. Padu dengan nak naik curam, baru lepas hujan pula tu. Memang terbaiklah.

Jelajah Gua Tempurung

Keesokannya pula kami pergi ke Gua Tempurung.

Dalam Gua Tempurung ni, memang banyak cabaran yang kami tempuh.

Contoh aksi-aksi yang berlaku dalam gua tu adalah merangkak macam Cicakman — sampai ada yang terhantuk kepala dekat batu-batu dalam gua tu. Sakit betul.

dalam gua tempurungSudah lah merangkak dalam air, basah kuyup, hangpa angkat kepala, mesti terhantuk.

Ada pula yang mengadu sakit kepala sampaikan tour guide kata, ā€œAnda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?” Buat lawak dalam gua. Sporting habis!

Ada satu kawasan, kami kena sliding ke bawah adalah dalam 5-7 meter seorang demi seorang. Tak ada jalan lain. Mahu tak mahu wajib turun juga. Kalau tak? tinggal la kome.

lubang gua tempurungBuat aktiviti ini pun ada yang menangis. Masa turun, disuruh dalam posisi baring, dia buat posisi duduk. Memang lajulah turun macam F1. Tahu-tahu sampai ke bawah. Sakit punggung!

Lepas sliding, kena masuk satu lubang ni. Masa itu saya sebagai lelaki jadi hero sekali lagi šŸ’Ŗ — meletakkan kaki untuk dipijak sebab jarak kaki nak mencecah tanah tu terasa jauh.

Jadi kenalah bagi pinjamkan kaki. 7-8 orang okay lagi. Masuk berbelas, dah nak bergegar kepala lutut. Berat-berat juga perempuan ini rupanya.

Tapi yang berisi-berisi tu saya tukar dengan kawan. Kalau tak, patah riuk kaki.

Ekspedisi Sungai Jahang

water activity gopengSelepas balik dari Gua Tempurung, petang itu kami terus pergi ke Sungai Jahang untuk aktiviti water confidence dan river tubing.

Sebelum buat aktiviti ini, semua orang macam takut air. Tapi bila dah buat, semua muka confident je.

river tubing gopengMasa river tubing, hangpa tak payah risau. Dan tak payah berebut. Sebab dapat pelampung sorang satu.

Risau lemas? Tak payah risau sebab ada life jacket kan?

selepas water tubing gopeng

Berat badan berlebihan? Takut tenggelam? Pun tak ada masalah sebab pelampung yang disediakan ada semua saiz.

Pendek kata, rugi kalau hangpa tak try aktiviti ni sebab memang best sangat! Tapi kalau duit ada lebih, try Kampar white water rafting pun okay.

Misteriā€¦ Kellieā€™s Castle

kellies castle batu gajahSemua orang mesti tertanya-tanya kan tentang misteri di Kellieā€™s Castle ni kan?

Istana ni memang banyak penampakan. Sebab itu lah waktu malam tak buka.

Ha! pergi lah rasa pengalaman itu sendiri. Kami datang ke sini masa tengahari, cuaca aduhai lecak tiak, habis cair makeup si gadis-gadis genit yang ada dalam trip kami.

Bagi mereka yang gemar sejarah, suka ambil gambar, ada banyak lokasi sesuai dari pintu masuk sampai ke atas bumbung — gigih tak gigih saja nak naik sampai atas. Sebab panas kan?

keadaan bangunan di kellies castleBila masuk, mulut pun kena jaga walaupun siang. Kawasan begini tak boleh dibuat gurau.

Tiket masuk pun murah. RM 5 seorang. Tunjuk I/C kemudian masuk. Jangan tinggal I/C, jadi pendatang asing, lain harganya. Kesian hangpa bayar mahal nanti.

Okay lah, itu saja pengalaman kami 3 hari 2 malam.

Sedih sebab tak dapat makan nasi ganja sebab masa mencemburui kami.

Tak boleh cerita banyak-banyak, sebab hangpa kena pi juga sana, sebab trip ke Gopeng ini memang menarik.

Marilah pakat-pakat mai ke Perak.

nak masuk ke gua tempurung

Rakaman Terima Kasih

Saya, Muhammad Fareed Asyraf dan ahli kumpulan saya, Syamiza Natasha, Mala, Ain Syamimi dan Nor Shafiza (kumpulan yang gila, payah nak kawal 4 orang ni) berterima kasih pada semua yang terlibat.

Terima kasih juga kepada ahli kumpulan saya dalam menyelesaikan tugasan yang diberi. Bukan apa, sambil berjalan-jalan bukan senang nak fokus, sebab ambil gambar saja sampai full memory.

Terima kasih juga kepada tuan page ini beri ruang kepada kami untuk publish artikel kami.

2 comments

  1. Siapa ye yg saya perlu contact untuk buat team building disini ye?

    1. Iskandar Suhaimi

      Sis Anis,
      Boleh check di FB Ulu Village kat sini : https://www.facebook.com/uluvillagecampgopeng/

      Nak call, boleh direct call 019-446 8908

Comments are closed.