PENTING: Resort tidak dapat dipastikan samada masih aktif beroperasi. Artikel ini ditulis pada Oktober 2016. Sejak 2018 didapati sukar untuk menghubungi nombor yg tertera.
Comei je kan chalet pelangi kat Pantai Batu Layar, Johor ini?
Harga pun tak mahal. RM 90 saja semalam. Cuma kemudahannya biasa-biasa sahaja. Kita bagi 2 bintang.
Kalau bajet kecil atau tak mahu tidur dalam chalet, tiada masalah. Ada camping ground.
Untuk memasak, ada tempat BBQ. Dan kalau sudah bosan mandi laut, boleh main bola tampar.
Apa Yang Bestnya Pantai Batu Layar Ini?

Pantainya landai dan airnya jernih. Jadi kids-friendly kalau hangpa datang dengan family.
Tapi macam biasa, dengan laut, kena sentiasa berjaga-jaga.
Nak berselfie, pun syok.


Apa Yang Tak Best nya
Dalam pantai ada batu. Dan keliling pantai, sama macam kebanyakan pantai Malaysia, ada sampah.
Sekarang, kata orang dah makin teruk.
Kawasan Ini Terpencil
Kalau ke sini, siapkan barang makan. Sebab tempat ini cuma ada satu kedai makan, dan satu kedai runcit kecil.
Dan petrol isi siap-siap. Sebab kalau nak ke pekan, pekan Penawar pun 15km dari resort. Tak mau kandas tengah jalan.
Ada Yang Minat?
Batu Layar Resort
Harga: Dari RM 90++
Alamat : 13, Pusat Bandar, Bandar Penawar, 81900, Kota Tinggi, Johor
Tel: 07-8222044 / 017-7404773
Ada swimming pool tak
UPDATE NUNBUR CALL AWAK BEACH RESORT BATU LAYAR 2018.TQ