Cari Tempat Untuk Family Day? Cuba 🌊Pantai Batu Layar

Orang tak ramai, kawasan jauh dari pekan. Boleh tidur puas-puas.

PENTING: Resort tidak dapat dipastikan samada masih aktif beroperasi. Artikel ini ditulis pada Oktober 2016. Sejak 2018 didapati sukar untuk menghubungi nombor yg tertera.

batu layar chaletComei je kan chalet pelangi kat Pantai Batu Layar, Johor ini?

Harga pun tak mahal. RM 90 saja semalam. Cuma kemudahannya biasa-biasa sahaja. Kita bagi 2 bintang.

batulayar-volley
Kalau bajet kecil atau tak mahu tidur dalam chalet, tiada masalah. Ada camping ground.

Untuk memasak, ada tempat BBQ. Dan kalau sudah bosan mandi laut, boleh main bola tampar.

Apa Yang Bestnya Pantai Batu Layar Ini?

Kredit

Kredit

Pantainya landai dan airnya jernih. Jadi kids-friendly kalau hangpa datang dengan family.

Tapi macam biasa, dengan laut, kena sentiasa berjaga-jaga.

Nak berselfie, pun syok.

Kredit

Kredit

Kredit

Kredit

Apa Yang Tak Best nya

Dalam pantai ada batu. Dan keliling pantai, sama macam kebanyakan pantai Malaysia, ada sampah.

Sekarang, kata orang dah makin teruk.

Kawasan Ini Terpencil

Kalau ke sini, siapkan barang makan. Sebab tempat ini cuma ada satu kedai makan, dan satu kedai runcit kecil.

Dan petrol isi siap-siap. Sebab kalau nak ke pekan, pekan Penawar pun 15km dari resort. Tak mau kandas tengah jalan.

Ada Yang Minat?

batu layar chalet

pantai batu layar

Batu Layar Resort
Harga: Dari RM 90++
Alamat : 13, Pusat Bandar, Bandar Penawar, 81900, Kota Tinggi, Johor
Tel: 07-8222044 / 017-7404773

  1. Iskandar Suhaimi says:

    Sejak artikel ini dibuat, nampaknya resort ini tak aktif sgt lg sis. Sejak 2018 lagi org x dpt nak book.
    Kami tak pasti samada beroperasi atau tak.

  2. Tu dulu..tp smnjk dh betukar ke PBT atau pihak berkuasa tempatan..segalanya berubah..xde lg semak samun..bersih..lg 1 kite kne thu..kebanyakan pantai kwsn batu layar ni adalah tanah persendirian..

  3. tempat nya sangat teruk..penuh sampah sana sini.. mcmane nak mandi..

  4. dlu kami pergi masa thn 90han , masa ikut family day anjuran UTM, mmg best tmpt dia masa tu, tp syg skrg dengar dh teruk.. hmm

  5. Iskandar Suhaimi says:

    Boleh. Tapi kt dalam. Kt luar kena sarung kurung moden ok?

  6. Iskandar Suhaimi says:

    Tempat ni dah terbiar. Tu report org2 yg baru2 balik.

  7. Biasa je..i selalu p sini mmmg agak terbiar iyala dh x jdi tumpuan sgt utk org bermlm kt sini just dtg main2 air pastu balik..xtau la lau org dri jauh myb dorg bermlm kot.

  8. Saya baru pergi minggu lalu. Pantai sangat2 teruk. Chalet sudah terbiar. Kawasan nak berkelah pun macam abandoned place.

  9. Iskandar Suhaimi says:

    Rahayu,

    Sis boleh call direct kat Tel: 07-8222044 / 017-7404773. Bkn apa, site diorg down & fb pun x aktif.

  10. Sharifah rahayu says:

    Boleh bagi pakej untuk 3h 2m for reunion dekat cni.. Untuk 21-23hb April 2017..

Comments are closed.

Jomjalan