Kereta Kabel Langkawi
Tentang Tarikan Ini :
Ini tempat no 1 wajib lawat kat Langkawi.
Sebab bukan saja kereta kabel ini yang paling curam dalam dunia, ada jambatan gantung lagi kat tengah tu.
Takut memang takut. Tapi confirm inilah pengalaman paling buat ramai senyum terbahak-bahak.
Bukan apa, seronok bila teringat kecutnya semua organ masa dalam gondola itu nanti.
Lihat Harga Tiket & Peta Cable Car Langkawi
Island Hopping
Lepas layan angin gunung, kita naik bot redah air pi Tasik Dayang Bunting.
Trip ini makan masa separuh hari. Jadi plan elok-elok. Takut badan letih, tak sempat layan tempat menarik lain.
Dan oh, jangan lupa pakai life jacket.
Gajet pun letak dalam plastik kalis air. Kalau masuk air, sah menangis kat bucu bot ….
Lihat Harga Tiket & Peta Aktiviti Island Hopping Langkawi
Underwater World Langkawi
Nak tengok penguin? Ini tempatnya (selain dalam channel National Geographic lah kan?)
Lihat Harga Tiket & Peta Underwater World Langkawi
HIG Mall
Ha! Apa cerita pergi Langkawi kalau tak memborong kan? Sebab coklat, pinggan mangkuk memang murah dari biasa.
Dulu, orang masuk ke kedai Haji Ismail Group kat pekan Kuah. Tapi tempatnya macam kedai biasa.
Sekarang, Haji Ismail sudah pun ada shopping mall sendiri — siap dengan hotel di sebelahnya. Tidur sini, shopping kat tepi.
Pantai Cenang
Ini tempat bersantai paling popular di Langkawi.
Ada pantai landai yang panjang dan luas untuk hangpa ambil angin.
Ada juga banyak gerai jual baju I Love Langkawi yang kecut lepas sekali basuh, dan kedai-kedai makan yang bermacam jenis untuk hangpa yang kuat makan.
Restoran Wan Thai
Cerita tentang makan, hangpa boleh terjah restoran Siam ini.
Tempat ini memang jadi favourite ramai orang. Sebaiknya hangpa tempah dulu seat.
Rasa lauknya, kalau ikut orang yang pernah rasa — sedap lagi padu beb!
Nest Rooftop
Penting: Tempat ini telah ditutup. Ia di sini untuk rujukan sahaja.
Kalau ada masa, dan hangpa nak layan movie tepi laut, boleh datang Nest Rooftop ini.
Tapi disebabkan tempat ini agak hip, mungkin kurang sesuai untuk keluarga. Tapi kalau hangpa muda, best juga layan view senja.
Ha! dah dapat tempat duduk tu, layan phone buat apa ?
Dataran Helang
Bila dah ke Langkawi, mesti nak upload selfie kat IG kan? Datang sini.
Ini tempat lepak, tempat wefie, tempat ambil angin petang-petang. Tak ada banyak benda di sini, tapi poket pun dah pokai, lebih baik wefie dan duduk santai.
Kalau nak wefie dengan view kapal, skip yang ini. Pergi Telaga Harbour.
Langkawi Wildlife Park
Ini tempat untuk hangpa yang datang dengan anak kecil. Sebabnya tempat ini banyak bintang, dan anak hangpa boleh beri makan sesetengah binatang di sini.
Kira ini macam zoo terbuka atau petting zoo lah ya?
Lihat Harga Tiket & Peta Langkawi Wildlife Park
Pulau Payar
Kalau hubby sanggup ratah maggi lepas balik Langkawi, apa kata hangpa syoknya snorkelling kat taman laut?
Ini tempatnya kalau hangpa holiday kat Langkawi. Cuma harga untuk seorang pun beratus ringgit la cik adik ya.
Lihat Harga Tiket & Peta Pulau Payar Snorkeling
Dengan adanya promo hotel Agoda dan promo flight Airasia, cuti jalan-jalan kat Langkawi bukan lagi semahal dulu. Jadi tak mengejutkan kalau ada yang dah ke sini dekat 5, 6 kali.
Jadi ada lagi tak antara semua tempat wajib pergi kat Langkawi ini, yang hangpa belum pergi lagi ni?
[ Artikel ini ditulis dengan kerjasama syarikat penyedia kereta sewa Wahdah ]