Nak cari tempat untuk white water rafting?
Biar kami bantu.
Ini lokasi paling popular kat Malaysia untuk sukan lasak itu.
Lokasi White Water Rafting di Malaysia
Sungai Kampar
Harga Pakej (RM) | Dewasa | Remaja |
---|---|---|
Water Rafting | 180 | 180 |
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 12 Jun 2024 |
Kat Semenanjung, white water rafting yang paling terkenal ialah kat kawasan Gopeng, Perak.
Kat sini ada 14 jeram dari kelas I sampai III. Jadi sesuai untuk yang dah pandai, ataupun beginner.
Kawasan ini pun ada kem dan resort. Senang untuk anda yang nak bermalam dengan member dan keluarga.
Tips : Kalau dah kat sini, jangan lupa masuk Gua Tempurung, Gua Kandu dan jenguk air terjun Lata Kinjang.
Sungai Slim River
Ini satu lagi tempat water rafting kat Perak. Dan sungainya lazimnya selamat untuk rafting ada sepanjang tahun.
Jaraknya 8km. Jeramnya ada yang kelas II dan ada kelas III (kesukaran sederhana) jadi sesuai untuk yang dah pandai ataupun beginner.
Cuma kalau yang di Gopeng tak jauh dari jalan besar, yang ini masuk ke kawasan orang asli.
Tips : Kat area ini juga ada mata air panas yang berkemungkinan paling panas di Malaysia. Airnya dikatakan mencecah 100 darjah Celcius.
Kuala Kubu
Harga Pakej (RM) | Dewasa | Remaja |
---|---|---|
Water Rafting | 200 | 200 |
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 11 Sep 2024 |
Anda orang KL? Ini lokasi water rafting terdekat dengan anda (dalam 1 jam saja berkereta).
Aktiviti berakit kat sini jaraknya dalam 8 km. Dan aktiviti berakit sekitar 2 jam di atas sungai.
Kalau belum penat berakit, anda boleh juga belai ikan di Sungai Chiling atau terbang paragliding kat KKB Paragliding pula.
Tips : Sebelum balik KL, jangan lupa singgah pekena pau Yik Mun Tanjung Malim yang famous dari dulu (ada sijil halal).
Sungai Loh
Antara semua at sini, Sungai kat Dungun Terengganu ini yang paling tak dikenali.
Antara sebabnya ialah dalam Hutan Lipur Chemerong, dan jeramnya ada yang level IV (tahap advanced).
Jadi ia selalunya khas untuk kaki camping dan mereka yang suka layan outdoor. Dan bukan untuk beginner.
Sungai Sedim
Sungai kat Kedah ini dekat dengan Penang. Cuma 1 jam berkereta dari sana.
Kat sini ada 26 jeram. Dan panjang sungainya 16km.
Yang bagus lagi kat Sedim ini, ia juga ada canopy walk.
Jambatan tinggi ini panjangnya dekat 1km – dan dikatakan antara terpanjang dalam dunia.
Sungai Kiulu
Harga Pakej Biasa (RM) | Per Pax |
---|---|
Water Rafting | 135 |
Water Rafting + Return Transport | 175 |
Harga pakej biasa dikemaskini sehingga : 10 Jan 2024 |
Untuk beginner, Kiulu di Sabah ini antara tempat belajar white water rafting yang tenang-tenang saja.
Panjangnya pun cuma 7 km. Jadi memang mesra keluarga.
Kalau nak tambah aktiviti, kat tebing sungai Kiulu ada Zip Borneo – tempat memanjat antara menara kayu dan layan zipline merentas sungai Kiulu.
Dan sebab kawasannya tepi hutan, ada yang layan terus camping atau buat jungle trekking.
Tips : Ia dekat dengan Rumah Terbalik Sabah dan Jambatan Tamparuli.
Sungai Padas
Harga Pakej (RM) | Dewasa | Kanak2 |
---|---|---|
Rafting Sahaja | 250 | 250 |
Rafting + Return Transfer | 300 | 300 |
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 23 Sep 2021 |
Sungai Padas, Sabah ini antara tempat water rafting kat sungai yang paling mencabar dalam Malaysia.
Sungai ini cuma 9 km panjang. Tapi 7 jeramnya mencabar, sampai ada jeram yang dinamakan Washing Machine.
Yang best lagi, nak ke sini, anda akan naik keretapi lama Beaufort-Tenom yang antik. Memang rasa nostalgik.
Okay, guys. Kami berhenti kat sini dulu.
Semua tempat white water rafting dalam Malaysia yang kami list kat atas adalah yang paling popular dan ada professional guide untuk membantu.
So, anda nak baca saja, atau ada ada plan nak ke sana?