Ramai yang beli strawberry kat Cameron Highlands tapi tak tahan buahnya.
Jadi kat sini kami nak share A-Z rahsia.
Ini cara untuk beli strawberry, lokasi terbaik untuk petik dan tips supaya buah sedap dan cantik untuk dimakan satu family.
Tips Beli Strawberry kat Cameron Highlands
Tips Beli Strawberry
Ini cara membeli strawberi yang betul kat Cameron Highlands ini.
Beli Pada Musim Ini

Strawberry kat Cameron Highlands ada hampir setiap masa.
Tapi kalau nak beli strawberry pada harga lebih murah, datang sekitar Julai – September.
Ini selalunya waktu buah banyak dan lebih cantik kualitinya.
Tempat Beli Strawberry

Tempat nak beli strawberry ada merata-rata.
Tapi ini boleh dijadikan panduan untuk anda.
Untuk strawberry yang manis, selalunya dikatakan ada di Raju Strawberry.
Untuk strawberry yang besar gred A dan segar, boleh ke S Corner.
Untuk pineberry (strawberry putih) boleh ke S Corner juga. Cuma ia tak sebanyak strawberry merah jumlahnya.
Kalau strawberry di pasar malam pula kami kurang gemar, sebab harga selalunya lebih tinggi dari biasa.
Cara Pilih Buah

Nak buah strawberry yang manis?
Pilih yang sudah ranum. Warnanya merah gelap.
Cuma buah yang warnanya pekat begini hanya tahan sekejap, dan sesuai untuk dimakan pada hari yang sama.
Untuk bawa balik, pilih yang merah terang. Rasanya sedikit masam. Tapi boleh tahan disimpan untuk dimakan selepas 2 hari.
Kalau nak lebih tahan lama, beli strawberry yang warnanya oren dan belum merah lagi.
Ia bakal bertukar warna ke warna merah dalam satu hari lazimnya.
Tengok Cara Buah Disimpan
Kalau boleh, pilih buah yang disusun 1 layer sahaja.
Elakkan beli buah kecil yg disusun terlalu padat, bertindih-tindih atau terlalu banyak dalam 1 bekas.
Bukan apa, anda tak boleh tengok buah di lapis bawah samada basah atau tidak.
Kalau basah, ia antara tanda buah yang anda beli bakal cepat rosak.
Tips : Aiskrim strawberri halal yang sedap ada di Taman Agro Al Mashoor, Taman Sedia.
Tempat Petik Strawberry
Kalau nak petik strawberry masa cuti kat sini, ikut panduan kami ini.
Tak Semua Masa Boleh Petik

Ada waktunya buah strawberry yang masak terhad jumlahnya.
Jadi walaupun ia masih dijual di sekitar Cameron, aktiviti memetik buah untuk orang awam akan ditutup buat sementara.
Kalau anda kebetulan datang masa ini dan masih ingin petik, cuba pergi ke kebun yang besar macam di Raju Hills atau Ladang Soon Cheong.
Tempat Petik Strawberry Yg Popular

Ini antara kebun yang ada dan kami syorkan berbanding yang lain.
Nama Kebun | Saiz Kebun | Milik Bumiputra? | Lokasi |
---|---|---|---|
YZ Agro | Kecil | Ya | Taman Sedia, Tanah Rata |
Opah Strawberry | Kecil | Ya | Taman Sedia, Tanah Rata |
KHM Strawberry | Kecil | Ya | Taman Sedia, Tanah Rata |
Aidilbadri Strawberry | Sederhana | Ya | Taman Sedia, Tanah Rata |
Ayahman Strawberry | Kecil | Ya | Taman Sedia, Tanah Rata |
Taman Agro Al Mashoor | Kecil | Ya | Taman Sedia, Tanah Rata |
Raju Hill’s Strawberry | Besar | – | Brinchang |
Kasimanis | Kecil | – | Brinchang |
Healthy Strawberry | Kecil | – | Brinchang |
Kak Engku Royal Berries | Kecil | Ya | Brinchang |
Hati-Hati Pilih Kebun
Tak semua kebun sesuai untuk anak dan keluarga.
Sebab ada yang di tepi tebing sungai dan di kawasan lereng yang berbahaya.
Dan sesetengahnya pula penuh dengan anjing peliharaan tuannya dengan najis merata-rata.
Jadi sebelum bayar, jenguk dulu dari luar, kawasan kebunnya.
Kebun Strawberry Melayu

Kalau tak mahu pening dengan anjing atau memang nak senang petik strawberry boleh pergi ke mana-mana kebun Melayu di Taman Sedia.
Dari Opah Strawberry kepada KHM Strawberry, anda boleh petik strawberry dan makan nasi lemak strawberry atau scones kat cafe di dalamnya.

Kebun kat area Taman Sedia lazimnya landai.
Ngam untuk anak kecil dan warga tua.
Tapi buahnya lebih kecil dan harganya mungkin sedikit tinggi dari biasa.
Kalau nak datang dengan family, cuba elak waktu sibuk tempat ini ( 8 pg – 12 tgh hari).
Homestay Dalam Kebun Strawberry

Kat Taman Sedia, ada satu homestay yang dibuat dalam kebun strawberry kecil.
Namanya Agro Highlands Chalet.
Kalau sampai musim, dan ada buah, boleh lah menginap dan petik strawberry kat sini saja.
Jimat masa dari sangkut jem tak semena-mena.
Tapi nak petik, masih berbayar, bukan percuma.
Cara Simpan Strawberry
Ini tips simpan strawberry supaya segar dan tak cepat rosak buahnya bila balik rumah.
Jauhi Musuh Utama
Pastikan strawberry anda sentiasa kering.
Air musuh utama buah ini. Ia menyebabkannya cepat rosak.
Dan jangan tindih buah strawberry anda dengan barang-barang lain.
Buah yang lebam cedera selalunya tidak tahan lama.
Semasa Di Cameron
Semasa anda di Cameron Highlands, sebab suhunya yang rendah, strawberry tak perlu dimasukkan dalam peti ais.
Boleh di biar di suhu bilik saja.
Semasa Bawa Balik

Pastikan strawberry ada aliran udara. Kalau diletak dalam beg plastik, jangan diikat. Sebaiknya buka sedikit supaya udara bebas keluar.
Kalau beli banyak dan diletak dalam kotak, biarkan bahagian atas kotak terbuka.
Kalau kotak polisterin, boleh diletak ais di bawah dan tutup kotak supaya strawberry sentiasa sejuk.
Bila di masukkan ke dalam kereta, letak dalam kawasan penumpang supaya ia masih sejuk disebabkan aircond kereta.
Jangan letak dalam boot kereta.
Sebab boot kereta panas dan berkuap / berpeluh ia akan merosakkan buahnya.
Bila Di Rumah
Jangan terus makan buah selepas anda sampai sebab ia lazimnya masih masam.
Letak di dalan peti sejuk dan tunggu sehingga buah sejuk semula sebelum memakannya (2 jam ke atas) supaya dapat rasa manis macam di Cameron.
Cara Simpan di Rumah
Simpan strawberry anda dalam peti sejuk. Tapi pastikan buah tidak basah/ kena air.
Simpan di tempat biasa. Bukan freezer.
Dan tak perlu basuh. Kalau dibasuh akan cepat rosak dan berkulat.
Hanya basuh sebelum nak makan sahaja.
Okay, sampai kat sini saja tips kami.
Harap-harap sekarang anda sudah tahu cara memilih strawberry dengan betul, tahu lokasi nak memetik strawberry dan jelas cara menyimpannya supaya kekal segar di rumah nanti.
Share dengan kawan-kawan dan family.
Boleh kongsi manfaat bersama cuti kat Cameron Highlands nanti.