lebuhraya timur barat jeli grik

Nak Pergi Ke Kelantan Ikut Gerik, Perak? Ini 15 Tips Untuk Anda

Nak ke Kelantan ikut laluan Gerik, Perak?

Kalau anda pertama kali lalu, Lebuhraya Timur Barat ini berbeza dari yang dibayangkan dalam kepala.

Ini tipsnya kalau anda belum pernah lalui jalannya.

Kena Faham Ini Dulu

lebuhraya timur barat malaysia
Kredit : jetlat

Nama laluan ini memang Lebuhraya Timur Barat. Tapi ia sebenarnya cuma laluan jalan lama.

Kebanyakan perjalanan anda di sini melalui laluan satu lorong.

Kawasannya berbukit. Selekoh pun banyak.

Tiada Tol

lebuhraya timur barat jeli grik
Kredit : thesegilima

Highway Timur Barat ini tak ada tol.

Cuma jangan samakan ia dengan lebuhraya Utara Selatan PLUS atau lebuhraya lain yang selalu anda lalu.

Sebab kualiti jalan berbeza. Dan tak ada RNR macam biasa.

Isi Minyak Awal-Awal.

Sepanjang jalan sejauh 150 km ini, tak ada stesen minyak.

Jadi isi minyak anda sebelum masuk ke highway ini — samada di Gerik, Perak atau pun di Jeli, Kelantan. 

lebuh raya timur barat
Kredit : hanafiemohd

Pastikan tank penuh, lagi-lagi kalau waktu perayaan.

Ada 2 Tempat Rehat

Dalam sepanjang perjalanan anda, ada 2 tempat berehat.

Satu di tepi tasik Banding. Ini Hentian Royal Belum.

jeti tasik banding
Kredit : zulfadhlihamidi91

Parking kat sini besar, dan ada pemandangan tasik.

Kawasan shoplot untuk kedai pun besar. Tapi kebanyakan nya selalu tutup.

Kawasan ini juga ada jeti.

rumah bot belum temenggor tasik banding
Kredit : belum_temenggor

Jeti ini tempat mereka yang nak explore Tasik Banding dan Royal Belum ambil rumah-rumah bot mereka.

Tempat rehat yang kedua ada kat atas banjaran Titiwangsa. 

RNR titiwangsa
Kredit : u_qman

Namanya Kawasan Rehat Puncak Titiwangsa. Kawasan tempat rehat ini biasa saja, tapi ia sejuk. Ia juga ada surau dan kedai makan. 

Untuk anak, antara benda yang best kat sini ialah rama-rama saiz tapak tangan yang selalu ada banyak kat kawasan ini.

Dan untuk lepas penat, boleh makan nasi, pau sambil layan kopi.

hentian puncak banjaran titiwangsa
Kredit : idayuisa

Ada panorama bukit bukau dari sebab anda kat kawasan tanah tinggi.

Untuk makluman, bas selalunya tidak berhenti di kedua-dua tempat rehat ini.

Tips : Anda dinasihatkan tidak rehat lama di Kawasan Rehat Puncak Titiwangsa (terutama bila hari menjelang petang). Sebab kalau nasib tak baik, ada gajah liar masuk menumpang.

Ada 1 Hotel Dalam Laluan

Kalau memang nak rasa tidur mewah sepanjang laluan memang boleh.

Tempahlah hotel Royal Belum Rainforest Resort di Tasik Banding. 

Hotel ini betul-betul kat tepi tasik Banding. Dekat tepi jambatan.

Keadaan Jalan Raya nya

Kat kawasan Gerik-Jeli ini jalannya memang banyak selekoh. 

jalan grik jeli
Kredit : burning_cmos_1989

Dan kat tepi laluan anda ialah gaung. Cuma disebabkan tepi anda banyak pokok-pokok, anda tak berapa sedar keadaan ini.

Anda akan naik jalan berbukit ke arah Banjaran Titiwangsa.

Bila anda lepas dari kawasan rehat di Titiwangsa, akan bermula pula perjalanan turun bukit pula.

jambatan tasik banding
Kredit : abuhassanali69

Anda juga akan lalu jambatan penghubung yang melalui Tasik Banding.

Tak perlu tunjuk hebat untuk drift atau bawa laju. Sebab jalan pun banyak berlubang dan menggerutu. 

Tips : Kalau anda sudah lepas kawasan Rehat Puncak Titiwangsa, itu tanda yang anda sudah mengharungi lebih kurang separuh highway ini.

Berapa Kelajuan Sepatutnya?

Bergantung kepada kawasan, kelajuan 50 – 90 km/h pun sudah mencukupi. Lebih dari 100 km/h mengundang tragedi.

Kalau hujan, anda tak patut bawa lebih dari 40 km/h pun. Sebab air yang turun dari lereng bersebelahan mungkin bawa lumpur dan buat jalan licin. 

Kemungkinan anda terbabas itu besar.

Awas Bila Hujan

Kredit : firdaus_rookie

Bila hujan, kena lebih hati-hati.

Kat sini ada kawasan tanah runtuh. Itu sebab ada laluan yang ada berbumbung macam separa terowong.

Bila ada tanah runtuh, anda mungkin perlu lalu jalan lencongan yang sempit. Ada waktu juga jalan anda ditutup, dan anda perlu masuk ke laluan bertentangan.

Sedia Untuk Binatang Liar

gajah laluan grik jeli
Kredit : wfaizishak72

Sila tenang bila nampak gajah, monyet atau babi melintas.

Gajah biasanya ada di sini awal pagi atau menjelang malam.

Kalau ia melintas, jangan hon — melainkan anda mahu diserang olehnya.

Kekalkan jarak anda dan ia sejauh mungkin. Paling dekat pun 50 meter.

Nota : Kadang-kadang gajah juga mungkin berbaring di atas jalan tar bila waktu cuaca sejuk. 

Faham Isyarat Kenderaan Lain

Kalau kenderaan bertentangan beri high beam 2, 3 kali kepada anda, perlahankan kenderaan.

kawasan gajah lebuhraya timur barat
Kredit : liana1412

Kat kawasan ini selalunya high beam diberi sebab ada bintang melintas atau sebab ada kemalangan.

Kalau anda di belakang trailer, dan ia beri signal kiri, selalunya ia tanda yang anda boleh memotongnya. 

Tapi nak memotong atau tidak, anda putuskan selamat atau berbahaya.

Nota : Ada 2 pos pemeriksaan polis di laluan ini. Satu di Gerik dan satu lagi di Jeli. Kedua-duanya adalah lokasi pemeriksaan tetap (ada 24 jam).

Siapkan Ini Dulu

Tayar pastikan tip top. Bunga cantik dan angin ikut spesifikasi kereta.

Jek dan pembuka tayar wajib bawa. Tayar spare pastikan penuh angin.

Kredit : nasarudinmdnor

Jumper pun perlu, takut-takut kereta tak boleh hidup selepas berhenti rehat. 

Sediakan air dalam 2, 3 botol, kalau-kalau kereta overheat.

Bawa penumpang? Siapkan beg plastik atau beg kertas. Senang kalau ada yang nak muntah

Asam, minyak angin pun penting.

Tips : Nak drive malam? Pastikan fog lamp berfungsi sebab kabus kadangkala tebal kat sini.

Bagi Yang Naik Bas

Kredit : suhairi.ary

Kalau anda naik bas, ambil tempat duduk bahagian tengah atau depan (guna app macam Redbus supaya boleh pilih tempat duduk). 

Bas anda lazimnya berhenti rehat hanya sekali (selalunya di Gerik).

Waktu berehat kat sini sekitar 45 minit — untuk makan, solat dan ke tandas.Β 

Bas terbaik untuk laluan ini selalunya ialah Bas Perdana (mengikut pengalaman kami).

Bantuan Kalau Apa-Apa

Kat sini, line telefon, kejap ada kejap tiada. Jadi susah kalau anda ada masalah dengan kenderaan.

Dan hospital terdekat dalam 1 jam perjalanan. Jadi kalau ada kemalangan memang lambat dapat bantuan.

Jadi hati-hati memandu.  

Tips : Nombor telefon balai polis Jeli ialah ialah 09-9440204 manakala balai Bersia, Gerik ialah 05-7912034 .

Cara Memandu Yang Disarankan

Kredit : hikers_slumber

Pertama, jangan potong kenderaan yang sudah lalu kawasan ini tiap-tiap hari — macam bas, pickup dan lori tanpa muatan yang selalunya memang laju. 

Kedua, jaga jarak anda (ikut 2 seconds rule waktu biasa, 4 seconds rule bila hujan).

Ketiga, fokus lebih bila sampai kawasan selekoh, terutama jenis selekoh yang anda tak nampak kenderaan yang bertentangan.

Kalau Ada Kemalangan

Kredit : khai5787

Disebabkan bantuan lambat tiba, kalau ada kemalangan, sebaik-baiknya anda berhenti menolong.

Paling kurang untuk telefon ambulan, saudara mara mangsa atau jaga barang mangsa sementara bantuan tiba.

Kami tahu ada ramai yang suka lalu kawasan ini bila malam. Sebab waktu ini kenderaan pun kurang, jadi trip lebih cepat. Tapi bahayanya ialah ada waktu laluan ini penuh kabus tebal.

Jadi untuk kami, memang kami pilih awal pagi. Sebab senang kalaulah terjadi apa-apa nanti.

Okay guys, itu saja tips untuk memandu kat Lebuhraya Timur-Barat yang menghubungkan kawasan Kelantan dan Perak.

Selamat bercuti dan bawa kereta itu hati-hati! 

Dan jangan lupa share tips ini pada bakal menantu yang nak datang melawat anda nanti.