Tentang Tarikan Ini :
Kawasan lain selalunya lebih tersorok, sunyi ataupun jauh dari tempat makan.
1. Patut Ke Saya Pilih Hotel di Pantai Cenang?
Ya, kalau hangpa tak kisah tempat yang sibuk.
Siang ataupun malam, tempat ini tempat tumpuan orang. Ada yang nak mandi, cuci mata, shopping atau makan-makan.
Siapa Yang Sesuai Kat Sini?
- Orang muda yang nak ada dalam kawasan paling aktif kat Langkawi.
- Orang yang tak kisah bunyi bising.
- Orang yang bajet sederhana & nak dekat laut.
Apa Yang Bagus Kat Cenang?
- Ada pantai dekat dengan hotel
- Banyak pilihan hotel — dari hostel backpackers sampai ke hotel terbaik di Malaysia.
- Kedai makan banyak
Apa Yang Tak Bagus Kat Cenang?
- Jalan sesak weh
- Kedai makan lagi mahal dari kawasan lain Langkawi
- Hotel kat sini kebanyakannya tiada sarapan
- Bar dan arak ada merata.
2. Patut Ke Saya Pilih Hotel di Pekan Kuah?
Ya, kalau hangpa datang dengan feri dan tujuan utama datang ialah shopping, shopping dan shopping.
Sibuknya lebih kurang Cenang. Bezanya, ini tempat memborong dan bukan tempat mandi.
Siapa Yang Sesuai Kat Sini?
- Orang yang datang khas untuk shopping coklat dan Corelle.
- Orang yang nak hotel murah.
Apa Yang Bagus Kat Pekan Kuah?
- Senang shopping. Ada banyak kedai duty free.
- Balik dengan feri senang. Sebab jeti dekat.
- Kedai makan dan hotel lagi murah dari Cenang.
Apa Yang Tak Bagus Kat Kuah?
- Kawasan pekan. Sibuk dan bising.
- Pantai tak ada. Walaupun nampak laut, tak ada pantai nak mandi.
- Jauh dari airport.
3. Patut Ke Saya Pilih Hotel di Pantai Tengah?
Ya, kalau hangpa si Mr. Pilot yang baru frust bercinta. Atau novelis kaya yang cari idea tulis buku.
Kawasan ini ada pantai awam, tapi tak popular macam Cenang.
Siapa Yang Sesuai Kat Sini?
- Orang berduit yang datang untuk berehat.
- Orang yang nak breakfast, lunch, supper dengan mat saleh.
Apa Yang Bagus Kat Pantai Tengah?
- Kawasan lebih tenang
- Pantainya kurang orang.
Apa Yang Tak Bagus Kat Pantai Tengah?
- Nak ke sini, perlu tempuh sesak jalan Cenang.
- Tak ada tempat shopping.
- Tak ada tarikan selain pantai
- Makanan/minuman kedai di sini selera mat saleh.
4. Patut Ke Saya Pilih Hotel di Pantai Kok?
Ya, kalau hangpa datang ke sini dengan kapal terbang. Ataupun errr … kapal layar.
Dan tujuan datang sini sebab nak bersantai kat hotel mewah, bukan shopping periuk buat masak siakap stim.
Siapa Yang Sesuai Kat Sini?
- Honeymoon couples yang ada wang bertingkat-tingkat.
- Keluarga berduit yang nak jauh dari orang ramai.
Apa Yang Bagus Kat Pantai Kok?
- Dekat dengan tarikan utama — kereta kabel Langkawi
- Pantainya kurang orang.
- Ada pemandangan kapal berlabuh yang rare di Malaysia.
Apa Yang Tak Bagus Kat Pantai Kok?
- Kedai makan & shopping tak semeriah di Kuah/ Cenang
- Kebanyakan hotel bukan untuk kebanyakan rakyat Malaysia.
5. Patut Ke Saya Pilih Hotel di Datai Bay?
Ya, kalau hangpa datang dan nak berehat kat resort eksklusif, dari hari pertama sampai hangpa balik.
Dan hangpa nak makan, minum & buat semua aktiviti kat kawasan terpencil ini.
Siapa Yang Sesuai Kat Sini?
- Hangpa la, kalau hangpa rasa RM 1500 untuk satu bilik sehari itu murah.
- Honeymoon couple yang tak mahu keluar resort.
Apa Yang Bagus Kat Datai?
- Pantai peribadi
- Resort ada fasiliti lengkap. Tidak perlu keluar dari sini untuk berseronok.
- Resort sini siap ada dengan swimming pool peribadi dalam villa.
Apa Yang Tak Bagus Kat Datai?
- Jauh dari pekan.
- Hanya untuk golongan super kaya.
- Tiada tarikan lain yang dekat.
6. Patut Ke Saya Pilih Hotel di Padang Mat Sirat?

Ya, kalau hangpa nak dekat dengan airport. Dan hangpa nak rasa suasana tempatan.
Apapun, ini bukan tempat favourite orang-orang yang bercuti kat Langkawi.
Siapa Yang Sesuai Kat Sini?
- Orang yang tidak kisah jauh dari pantai
- Orang yang tidak kisah drive jauh bila nak pergi ke tarikan utama Langkawi.
Apa Yang Bagus Kat Padang Mat Sirat?
- Dekat dengan Makam Mahsuri.
- Kawasannya santai.
Apa Yang Tak Bagus Kat Padang Mat Sirat ?
- Jauh dari tempat shopping di Kuah
- Tempat menarik jauh antara satu sama lain.
Ha, jadi hangpa pilih duduk mana? Ada hotel best kat Langkawi yang hangpa nak share?
p/s Kalau tgh plan nak cuti, tengok dulu promo Agoda (utk hotel) dan AirAsia kalau plan nak naik flight.
[static_content id=”17956″]
Nak tanya.. kalau naik flight, sampai airport langkawi pukul 11.30mlm (kalau tak delay). Nak tido mane yer??? !st time gi Langkawi ni… Couple with 3 kids
hotel helang dekat je airport , jalan kaki je. besar bilik hotel tu.