Selepas 2 tahun terperap kat rumah, rasa nak rehat kat hotel mesti jadi antara salah satu benda dalam list kebanyakan kita.
Tapi tidur kat hotel sejak adanya Covid dah berbeza. Hotel atau pasar atau tempat kerja bukan lagi tempat selamat untuk semua.
Ini kami senaraikan 10 tips untuk anda yang nak buat staycation atau holiday masa Covid-19 belum reda.
Bawa dan Gunakan Disinfectant

Sepanjang anda di hotel, bawa hand sanitizer.
Perkara pertama yang perlu disanitasi ialah kad bilik atau kunci yang anda dapat. Dan juga sanitasi semula ic dan kad kredit anda yang dipulangkan oleh staff front desk.
Kedua, sanitasi bilik anda. Ya, bilik anda telah disanitasi. Tapi bersihkannya sekali lagi. Sanitasi kawasan selalu disentuh — dari tombol pintu, suis lampu, remote tv, sehinggalah ke kawasan letak tangan di meja dan kerusi.
Tingkap boleh dibuka? Buka sebentar. Beri udara segar masuk sekali-sekali.
Minta Bilik Lama Tak Pakai

Masa check-in, tanya bila kali terakhir bilik anda digunakan.
Bukan apa, kalau ikut Journal Perubatan New England, Coronavirus boleh hidup di atas permukaan selama 72 jam.
Jadi kalau ada bilik hotel yang telah kosong lebih dari 3 hari, minta bilik itu.
Book Hotel Baru

Kebanyakan hotel baru ada ventilasi dengan standard terkini dan juga fasiliti yang baru. Ada yang dilengkapi dengan sistem penapis HEPA.
Walaupun pakar tidak sepakat tentang kadar jangkitan Covid disebabkan sistem ventilasi, lebih baik untuk anda tinggal di hotel baru dari yang berusia.
Book Hotel Rangkaian Antarabangsa

Kami juga sarankan anda tempah hotel rangkaian antarabangsa. Hotel begini lazimnya serius dengan tahap kebersihan semasa Covid. Bukan apa, mereka ada jenama di seluruh dunia yang perlu dijaga.
Aloff KL Sentral dan Hilton contohnya membolehkan anda masuk keluar bilik, tanpa kunci, tapi dengan aplikasi. Dorsett meletakkan stiker seal di pintu bilik yang akan terkoyak jika ada yang masuk selepas ia disanitasi, dan Hotel Maya KL dari dulu lagi ada air sanitizer di bilik-biliknya.
Hotel sebegini juga ada doktor yang dilantik khas oleh hotel jika ada sebarang kecemasan. Staff mereka juga lebih terlatih untuk kes yang melibatkan Covid dibandingkan dengan hotel bajet milik keluarga.
Elak Hotel Ada Masalah Aircond

Membaca review hotel penting, tapi mandatori masa Covid.
Bila anda baca review, tengok kalau ada yang merungut tentang air aircon yang menitik, berbau atau tidak sejuk. Kalau ada, cari hotel lain.
Ada kemungkinan aircond hotel itu tidak diservis dengan baik, penuh habuk tebal dan jadi tempat merebak kuman dan virus dalam penapisnya.
Duduk Resort

Resort yang luas, di tepi kawasan pantai dan yang ada kawasan hijau yang luas lebih selamat dari hotel yang hanya terdiri dari bangunan bertingkat. Ini disebabkan ia ada tempat terbuka yang ada banyak angin segar.
Tapi kalau anda mahu juga tempah hotel sebegini (nak staycation di Bukit Bintang contohnya), kurangkan duduk lama dan bersembang kosong semasa makan di restoran hotel. Jangan bersantai di lobi dan di kawasan awam hotel lain.
Elakkan gym, spa dan kolam renang — walaupun ia dibuka.
NOTA : Gambar di atas adalah dari glamping resort milik aktres, Tiara Jacquelina — iaitu Tiarasa. Kami letakkan ia antara hotel Malaysia yg nampak macam di luar negeri.
Glamping? Ingat SOP Penting

Glamping lebih selamat dari tidur di hotel.
Tapi, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika (CDC), menasihatkan yang kalau kena berkongsi khemah/ caravan, hanya kongsi dengan mereka yang telah divaksinasi, atau dengan ahli isi rumah sendiri.
NOTA : Gambar di atas adalah di Tegudon Village, Sabah
Elak Tidur Hostel

Di hostel, anda tidur bercampur dalam satu bilik dengan beberapa backpacker lain yang tidak anda tahu tahap kesihatan mereka.
Dan disebabkan harganya yang murah, tingkap yang jarang ada, jumlah tetamu dalam satu dorm yang ramai, mensanitasi dan memastikan katil dan bilik air hostel bersih dari Covid hampir mustahil.
Kurangkan Guna Fasiliti

Biasa gunakan valet parking? Ini masa untuk anda park kereta sendiri.
Untuk yang betul ingin berjaga-jaga, beritahu pekerja front desk yang anda tidak perlukan housekeeping. Bukan apa, sebelum ke bilik anda, staf housekeeping telah masuk ke banyak bilik lain. Dia mungkin terdedah kepada virus itu.
Anak-anak, enjoy pool dan biasa layan Kids Club? Sekarang, skip aktiviti sebegitu.
Dan kalau makan, lebih baik order room service.
Jaga SOP, Jaga SOP

Di Malaysia, anda disuruh menjaga jarak 1 meter. Tapi di negara-negara yang berjaya mengekang Covid (macam New Zealand), jaraknya lebih jauh — 6 kaki atau hampir 2 meter.
Sayangnya ramai yang ambil mudah SOP ini. Ketiadaan peringatan menyebabkan jarak fizikal selepas 2 tahun Covid melanda, sudah hampir tiada.

Mohon jangan tidur di hotel kalau anda rasa kurang sihat, atau anda tinggal di dalam rumah yang ada mereka yang bergejala. Duduk di rumah adalah cara terbaik untuk anda mengelak dari dijangkiti, atau menjangkitkan orang lain dengan virus ini.
Tapi kalau anda sihat dan nak tidur di hotel sebab lemas di rumah semasa PKP, ikut saranan WHO dan 8 tips yang kami beri kat atas tadi.
Semoga kita semua dilindungi dari wabak ini.
p/s Perlu ujian Covid? Dapatkan ujian swab test di rumah atau secara di drive thru