Apa Travel Insurance & Takaful Terbaik di Malaysia?

Travel insurans ini ramai yang terlepas pandang. Dan kalau ada yang beli, tak baca teliti.

Kat sini kami share info pasal travel insurans, dan kami bandingkan secara ringkas travel insurans atau takaful yang ada kat Malaysia.

Kalau nak ke luar negara, travel insuran dikira tahap wajib ambil.

Sebab utamanya — kalaulah terjadi insiden tak diingini, kos di luar Malaysia lazimnya tinggi.

Travel Insurans Yang Terbaik : Travel insurans terbaik di Malaysia yang kami syorkan ialah Etiqa Tripcare 360 Takaful .

Apa Itu Travel Insurance

Pergi holiday memang seronok.

Tapi malang tak berbau.

Dan travel insurans dibuat untuk bantu anda dari segi wang ringgit kalau-kalau terjadi perkara yang tak anda ingini begitu.

Dari masalah kecil macam flight lambat, kepada masalah sederhana seperti luggage kena curi,  sampailah ke masalah besar macam berlaku kemalangan, masuk hospital atau kematian kat luar negeri. 

Tanpa insurans, cuti yang patut seronok bakal jadi mimpi ngeri. 

Tips : Nak tahu money exchange paling murah, paling mudah utk travel nanti ? Guna cara ini.

Mengapa Nak Beli Travel Insurance?

Untuk pampasan, dan untuk perlindungan.

Contoh untuk pampasan ialah kalau flight anda delayed, beg hilang, kena ragut dan masalah lain yang merosakkan holiday.

Anda akan dibayar pampasan dari beberapa ratus ke beberapa ribu ringgit. Tapi ini masih semua ini masih masalah tahap sederhana.

Perlindungan pula untuk masalah yang besar.

Contohnya anda masuk hospital sebab sakit, kemalangan teruk, hingga ke kematian masa anda di luar negara.

Ramai yang tak tahu, kos masuk hospital di luar negara, amat jauh tinggi dari di Malaysia — walaupun untuk negara jiran seperti Thailand atau Singapura.

Kos rawatan hospital di luar negara bukan sahaja mencecah puluh ribu tapi ada yang ke jutaan ringgit.

Kan AirAsia Dah Ada Insurans Perjalanan?

airasia psc charge klia2

Ya, bila anda naik dengan mereka, anda ada pilihan untuk ambil insurans dengan AirAsia. Tapi baca dan tengok sendiri kalau ianya sesuai untuk cuti anda.

Untuk masalah melibatkan kemasukan hospital, coverage Tune Travel dibuat secara “reimbursement”. Ini okay lagi, kalau masalah anda cuma masalah beg anda hilang atau flight lewat.

Tapi kalau melibatkan kemasukan ke hospital, bukan senang mengeluarkan bayaran dahulu (sebelum anda balik dan buat claim).

Ramai yang dapat menyediakan wang yang banyak secara tiba-tiba untuk keadaan sebegini.

Berapa Harga Travel Insuran Kat Malaysia?

Kos insurans perjalanan bergantung kepada apa perlindungan yang anda perlukan, dan berapa lama trip anda.

Kalau trip anda sekali sekala, dan anda ambil perlindungan untuk trip itu sahaja, harganya dalam RM 15 – RM 90 seorang.

Kalau anda selalu travel sebab memang hobi atau sebab kerja, boleh beli insurans yang cover untuk setahun. Harganya dalam RM 200 ke atas.

Cara Beli Travel Insurans

Anda boleh beli banyak travel insurans secara online sahaja sekarang.

Tapi kalau anda banyak masa lagi sebelum cuti, nak bertanya, dan nak mudah claim, beli dengan agen adalah lebih baik.

Cara Claim Insurans

Banyak syarikat insurans yang bolehkan anda claim online, dengan syarat semua dokumen untuk claim lengkap.

Tapi claim yang lebih besar dan serius (melibatkan kos hospital), anda atau waris mungkin perlu ke syarikat tersebut dan failkan sendiri di situ.

Travel Insurans Apa Yang Bagus?

Setiap travel insuran ada kelebihan sendiri.

Tapi pada kami, perkara paling penting dan bagus pada satu travel insuran ialah ialah kemasukan ke wad tanpa perlu mengeluarkan duit sendiri dahulu.

Bila anda beli travel insurans, perkataan yang wajib anda tengok pada polisi mereka ialah perkataan “reimbursement”. 

Maksud reimbursement ialah, kalaulah anda masuk hospital, anda yang bayar dulu. Bila balik ke Malaysia, boleh claim dan mereka bayar. Bayar sendiri dulu, claim kemudian.

Hampir semua travel insurans di Malaysia menggunakan konsep ini. Dan kalau terjadi kemalangan yang buat anda masuk hospital, anda kena keluarkan duit sendiri atau cari jalan bayar dulu.

Ini tak bagus.

Syarikat Travel Insurans Bayar Terus Rawatan

Tapi nasib warganegara Malaysia agak baik.

Di Malaysia sebenarnya ada 2 syarikat yang akan bantu anda dapatkan rawatan hospital luar negara tanpa bayar dulu (cashless).

Syarikatnya ialah Etiqa dengan Tripcare 360 Travel Takaful dan Malaysia Airlines dengan MHInsure (kalau anda naik MAS).

Lagipun kedua-dua travel insurance ini yang berkonsep Takaful, jadi wang pembiayaan tak perlu anda gusar status halal haramnya.

Untuk perlindungan lain, masih bayar dulu, claim kemudian.

Nota: Maklumat ini tepat sehingga 30 Oktober 2020. Ia mungkin ditukar pada bila-bila masa.

Kad Kredit Sebagai Backup

Apapun, kami syorkan juga anda ada kad kredit semasa bercuti di luar negara.

Walaupun anda ada insurans perjalanan yang cashless, anda mungkin perlu membayar beberapa kos dahulu, sendiri. Contohnya deposit pendaftaran wad, ambulans, ubat dan lain-lain.

Kad kredit bakal membantu untuk perbelanjaan di luar dugaan sebegini.

Berapa Coverage Yang Cukup?

Itu bergantung kepada anda sebab anda sendiri tahu tahap keselamatan anda, risiko tempat yang anda pergi dan berapa yang perlu.

Perlindungan insurans RM 400,000 mungkin bunyinya banyak. Tapi ada kes pelancong Malaysia yang dimasukkan ke hospital di USA, dan kos perubatan beliau hampir RM 1 juta

Untuk makluman, kos perubatan di USA adalah yang paling mahal di dunia.

Di Malaysia, kos ambulan sekitar RM 50 – 200 di Malaysia. Di sana, puratanya RM 4500.

Manakala untuk pembedahan, kalau anda perlukan angioplasty contohnya, kosnya dalam RM30,000 di Malaysia. Tapi RM 130,000 di Amerika.

Kredit : Statista

Apa Yang Patut Saya Cari Dalam Travel Insurans Saya?

Saranan kami, pliih yang berikut, mengikut urutan kepentingan.

  1. Cari travel insurans atau takaful yang cover anda untuk perbelanjaan perubatan di hospital jika anda sakit dan juga bantuan untuk bawa anda pulang. Pilih yang memberi menggunakan konsep rawatan dibuat secara cashless. 
  2. Cari yang cover kos jika berlaku kemalangan — samada terjadi disebabkan kecuaian anda atau orang lain.
  3. Cari yang cover kehilangan barang, kerosakan atau kecurian barang anda.
  4. Cari yang cover masalah flight — batal, delayed dan lain-lain.

Nak Memandu? Ambil Yang Cover Personal Liability

Ramai yang memandu masa bercuti di luar negeri.

Tak kisahlah naik motor di Bali, caravan di Melbourne atau kereta sewa di Turki.

Anda mungkin pernah dengar beberapa kes kemalangan di Thailand melibatkan pelancong Malaysia.

Dalam kes-kes itu, pelancong Malaysia yang melanggar mangsa diminta membayar sejumlah wang kepada keluarga mangsa.

Kalau anda ada insurans perjalanan yang cover personal liabiliti, beban anda membayar pampasan berkemungkinan kurang. 

AIG contohnya menanggung personal liabiliti jika anda terlibat dalam kemalangan menyebabkan kematian, atau kerosakan harta benda sehingga RM500,000.

Tapi ambil perhatian.

Tak semua travel insurans ada personal liability cover.

Jika mereka ada liability cover, mohon tanya ia melindungi anda untuk liabiliti apa.

Perbandingan Travel Insuran di Malaysia

Ini kami bandingkan beberapa travel insurans popular yang ada di Malaysia untuk anda pilih dan buat keputusan.

Perbandingan di bawah fokus hanya untuk masalah kemasukan hospital yang mahal.

Nama Travel InsuranceRawatan HospitalPersonal LiabilitiCoverage Sukan Lasak
Etiqa 360 TakafulCashlessHingga RM 1 jutaAda. Kos Tambahan
MHInsure (MAS) TakafulCashlessHingga RM 1.5 jutaTiada
AIG TravelBayar Dulu. Claim KemudianHingga RM 500 KAda. Hanya utk winter sports & scuba diving
AXA AffinBayar Dulu. Claim KemudianTiadaAda. Hanya utk winter sports & scuba diving
MSIG TravelBayar Dulu. Claim KemudianTiadaAda. Coverage banyak sukan lasak.
Allianz TravelBayar Dulu. Claim KemudianTiadaAda. Kos Tambahan
Berjaya Sompo TravelBayar Dulu. Claim KemudianKurang maklumatTiada
Tune Protect (AirAsia)Bayar Dulu. Claim KemudianHingga RM 500,000Ada. Kos Tambahan
Maklumat di atas hanya sebagai rujukan. Ia dikumpulkan pada 30 Oktober 2020 dan mungkin berubah pada bila-bila masa. Sebagai pembeli polisi, anda wajib membaca dan memahami polisi insuran anda sebelum membelinya. Kami tidak bertanggungjawab atas apa kerugian, kehilangan harta benda, nyawa dan lain-lain liabiliti dari maklumat ini.

Penting : Apa Yang Travel Insurans Tak Cover

Aktiviti Lasak : Anda wajib tahu yang hampir semua insurans perjalanan biasanya tak cover kalau anda pergi holiday dan buat aksi lasak atau benda yang mereka kira berbahaya. Contohnya macam scuba diving, water rafting, naik hot air balloon dan terjadi kemalangan.

Tapi, kalau anda memang bercadang nak buat aktiviti begitu, sesetengah travel insurans ada memberi pilihan untuk anda tambah coverage semasa buat aktiviti lasak. Kena bayar lebih sikit untuk tambahan coverage ini (dipanggil rider).

Penyakit : Ini sangat penting. Anda selalunya tak dilindungi kalau anda masuk ke hospital disebabkan sakit yang anda telah ada. Contohnya anda telah sedia ada penyakit jantung, dan nasib anda tidak baik, sebab dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung masa bercuti.

Kosnya tidak akan ditanggung oleh travel insuran anda. Jadi, pergi bercuti ke luar negara untuk mereka yang berpenyakit memang lebih berisiko. 

Tujuan : Kalau anda ke luar negara untuk menerima rawatan, dan bukan sebab bercuti atau bekerja, anda juga tidak dilindungi.

Semua ini biasanya ada ditulis (tapi dalam huruf kecil dalam polisi anda). Anda wajib baca apa yang anda beli, sebab setiap syarikat mungkin ada polisi berbeza.

Harga dan Perlindungan Travel Insurans Sama ke Seluruh Dunia?

Tidak. Setiap syarikat insurans ada pengiraan harga berbeza untuk negara, atau benua yang ingin anda pergi. Jumlah yang dilindungi juga mungkin berbeza.

Membeli travel insurans untuk ke negara Asia juga lazimnya lebih murah dari untuk ke negara Eropah atau Amerika/ Kanada.

Bonus: Travel Insurance Yang Cover Covid 19

Semasa artikel ini kami tulis, hanya Tune Protect milik Air Asia ada coverage jika rancangan cuti anda tergendala disebabkan Covid-19.

Boleh lihat polisi mereka, dan apa yang mereka cover di sini.

Apa pun travel insurans yang ada pilih, pastikan anda baca apa yang mereka cover.

Dan semasa cuti nanti, pastikan anda dapatkan dokumen yang patut untuk senang memproses claim anda nanti.

Membeli insurans perjalanan itu sangat penting. Tapi jangan terlepas pandang dan ingat semuanya dilindungi.

Baca dan tahu apa yang anda beli supaya kalau terjadi perkara tak diingini, anda tak menyesal di kemudian hari.

Jomjalan