Pergi cuti overseas best – tapi bab duit tukar ringgit ke currency lain, ramai mengeluh.
Bukan apa, banyak duit terbuang masa tukar ringgit ke matawang asing. Antaranya sebabnya ialah exchange rate kat money changer teruk.
Dan kalau gunakan kad kredit, fee tersembunyi dan rate yang mengarut buat banyak duit habis tanpa sedar.
Tapi sekarang sudah 2023. Dah ada cara terbaru untuk jimat duit buat pertukaran wang asing dan berbelanja masa travel oversea.
Namanya Wise. Dan pada kami kad Wise ialah cara terbaik berbelanja masa travel kat luar negeri.
Wise Ini Apa?

Wise ini cara termudah, termurah untuk terima duit, hantar duit dan berbelanja dalam banyak matawang/currency.
Jadi kalau anda pergi India, anda gunakan duit tabung Rupee, ke Indonesia gunakan tabung Rupiah dan Australia guna tabung Australian Dollar dan sebagainya.
Ia support sampai 50 currency/ matawang.
Jadi anda boleh gunakan kat banyak negara.
Nota : Wise dulunya dikenali sebagai Transfer Wise.
![]() | Buka Akaun Wise. Percuma Je! |
Mengapa Guna Wise?
Ini 16 sebab mengapa Wise adalah cara terbaik untuk berbelanja masa travel overseas.
Boleh Tukar Matawang / Currency Anytime

Anda boleh tukar duit dari Ringgit Malaysia ke currency negara yang anda mahu 24/7.
Pertukaran serta merta.
Yang anda perlu cuma aplikasi Wise dan sambungan internet.
Dan bila anda sampai ke destinasi anda, gunakan kad Wise.
Semua pembelian kat negara destinasi anda akan ditolak dari tabung currency di situ.
Seolah-olah macam anda ada kad bank di negara yang anda lawati itu.
Tips : Kalau baki dalam currency itu habis, Wise akan convert secara automatik dari currency lain yang anda ada. Ia akan pilih matawang dengan conversion termurah untuk jimatkan anda.
Top Up Duit Cepat, Mudah

Anda boleh top up duit ke akaun Wise anda dengan senang.
Boleh guna FPX saja.
Duit yang anda transfer akan ada dalam akaun Wise serta merta, di dalam tabung Ringgit Malaysia.
Dari tabung Ringgit Malaysia, convert lah ke currency mana yang bakal anda guna.
Contohnya kalau anda nak ke London, boleh tukar duit di tabung Ringgit ke tabung Pound Sterling.
Jimat Masa,Tak Perlu Beratur Kat Money Changer
Setiap money changer ada rate sendiri.
Kalau kat airport dan tempat tarikan pelancong, rate lagi mahal, beratur pun lagi panjang.
Dengan Wise, anda tak perlu susah beratur.
Tukar saja wang anda dalam app dari Ringgit Malaysia ke currency yang anda perlu.
![]() | Buka Akaun Wise. Percuma Je! |
Nak Buat Bayaran Kat Overseas, Mudah

Lepas pandemik, hampir semua kedai lebih suka bayaran secara elektronik.
Kad Wise buat semua lebih senang.
Untuk bayar apa-apa, touch saja kad Wise ke terminal bayaran.
Wise akan tolak bayaran dari tabung wang matawang negara itu.
Boleh Withdraw Cash Juga

Nak juga cash? Sebab anda nak beri tips kat bellboy atau waitress lawa tu? Okay tak apa.
Masa oversea, pergi ke ATM yang ada Mastercard.
Gunakan kad Wise dan keluarkan cash.
Untuk orang Malaysia, sebulan maksima boleh keluar 2 kali, dengan total RM 1,000 secara percuma.
Tips : Bawa keluar duit di ATM dengan currency negara itu. Contohnya, bila bawa keluar duit di Jepun, keluarkan duit dari tabung Yen. Jika tidak ATM mungkin akan kenakan charge untuk conversion.
Jimat Duit

Ini yang paling penting sekali.
Kalau anda tukar di money exchange, ada mereka tambah rate di atas conversion rate sedia ada.
Jadi anda tak dapat rate yang anda tengok di online.
Lagi banyak duit anda tukar, lagi banyak anda rugi.
Guna kad kredit masa travel? Pun tak bagus. Conversion rate bank pun selalunya kerat leher.
Ini sebabnya. Bila mereka beli wang anda, mereka mahu beli dengan Buy Rate (yang murah).
Tapi bila anda beli dari mereka, mereka jual dengan Sell Rate (yang jauh lagi mahal).
Exchange rate yang sebenar ialah Mid-market rate.
Dan itu rate yang anda nampak di Google.

Wise gunakan mid-market exchange rate untuk tukar duit anda.
Ia adalah exchange rate paling adil yang ada dalam market.
![]() | Buka Akaun Wise. Percuma Je! |
Selamat & Jelas

Setiap kali ada transaksi, Wise akan beritahu anda tentang transaksi itu ke phone anda.
Dan kalau anda nak buat bayaran online – macam tempah hotel luar negara, beli tiket online untuk tarikan dan sebagainya, pun selamat.
Tak perlu risau maklumat kad kena curi.
Sebab Wise beri anda sampai 3 kad kredit virtual.
Maklumat kad kredit virtual Wise ini boleh anda delete saja bila habis cuti anda.
Akaun Bank Anda Selamat

Kalau anda gunakan kad kredit atau debit anda masa oversea, kalaulah terjadi sesuatu, anda telah buka masalah kepada akaun bank anda di Malaysia.
Tapi kalau anda gunakan Wise, dan kalaulah terjadi sesuatu kepada kad Wise anda (tertinggal dalam Uber atau kedai kopi), anda boleh freeze kad anda sebaik saja anda sedar.
Kalaupun anda tak sedar, dan kad anda telah diguna, anda akan diberi notifikasi bilamana ia diguna. Jadi anda boleh freezekan serta merta.

Nak freeze pun mudah. Guna app Wise saja.
Nak selamat lagi? Anda boleh set limit untuk jenis penggunaan – dari berapa limit untuk keluar wang di ATM sampailah ke bayaran touchless.
Dan katakanlah dengan semua ciri ini pun, anda memang jenis super duper leka, dan anda biar kad Wise anda diguna tanpa kebenaran anda.
Paling teruk masalah anda terhad kepada wang yang ada di dalam kad Wise saja.
Duit dalam bank Malaysia anda selamat keadaannya.
![]() | Buka Akaun Wise. Percuma Je! |
Block Unblock Senang
Ada orang yang pergi luar negara, tapi lupa aktifkan penggunaan luar negara.
Akhirnya kad sangkut. Terpaksa call customer service, dan buang masa.
Itu belum lagi bila kad hilang, atau kena curi.
Haru nak kena call hotline untuk block kad nanti.
Kalau dengan Wise, senang.
Anda boleh block dan unblock kad Wise anda dengan aplikasi di phone anda.
Buat sendiri. Senang dan jimat masa dari tunggu nak bercakap dengan operator.
Senang Transfer Duit Antara Akaun Wise

Kalau cuti dengan member, pastikan semua orang ada akaun Wise.
Kalau kawan tak cukup duit, anda boleh transfer duit dari akaun Wise anda ke akaun Wise kawan dengan senang.
Anda cuma perlukan alamat emailnya (yang dia gunakan masa buat akaun dengan Wise).
Dalam sekelip mata, anda sudah selamatkan serabut jiwa kawan anda – dan jimatkan duit dari conversion rate yang sia-sia.
Charge Tahunan : Percuma
Untuk kekalkan status aktif Wise anda percuma.
Baki minima pun tak ada.
Jadi memang jauh lebih jimat dari kad debit atau kad kredit bank anda.
Buka Akaun : Percuma Je !
Nak buka akaun Wise pun free saja.
Jadi boleh buka serta merta.
Cuma untuk dapatkan kad Wise, anda perlu membayarnya (sekitar RM 13.70).
Kad biasanya sampai dalam 2 minggu.
![]() | Buka Akaun Wise. Percuma Je! |
Nota : Untuk aktifkan kad, bagi transaksi pertama, anda perlu gunakan kad dan bayar guna pin yang anda set di aplikasi.
Transfer Semula Duit ke Bank Anda Senang
Bila habis cuti, anda boleh biar saja duit anda dalam kad Wise.
Mana tahu satu hari nanti nak pergi lagi.
Ataupun convert currency itu ke tabung Ringgit.
Kemudian, gunakan kat Malaysia macam kad debit biasa.
Nak juga transfer ke akaun bank Malaysia? No problem.
Boleh buat dari dalam app Wise saja.
Dikawal Selia bank negara

Wise ini syarikat dari Estonia. Servisnya pun digunakan meluas kat luar negara.
Dan masa 2015 lagi pun, ia diletakkan sebagai Aplikasi Paling Innovative di Apple Store.
Cuma ia baru masuk ke Malaysia hujung 2021.
Kat Malaysia, ia dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.
Jadi boleh guna dengan tenang, dengan gembira.

Support Apple Pay dan Google Pay

Kad Wise boleh ditambah ke Apple Wallet dan juga Google Wallet.
Jadi anda boleh gunakan telefon ataupun jam tangan pintar anda untuk buat pembayaran.
Kalau nak bandingkan dengan kad lain macamnya (BigPay, TouchnGo, EnrichMoney dll) memang ia paling kehadapan sebab ia kad prepaid pertama dalam Malaysia yang support ciri-ciri ini.
Boleh Guna Kalau Duduk Lama Overseas
Kalau anda terlajak duduk lama overseas, sebab kutip epal kat Sydney bekerja atau apa saja, kad Wise masih boleh diguna.

Dan untuk dapat gaji anda (katakan dalam Australian Dollar) anda boleh beri majikan anda akaun bank Wise yang juga di bank Australia.
Anda akan dapat duit anda dalam tabung dollar Australia.
Senang cerita, kad Wise ini memang no brainer kalau anda nak cuti overseas – sebab anda jimat masa, lebih murah dari guna kad kredit bank sedia ada, dan mudah nak guna.
Dan kadar tukaran wang asingnya antara termurah yang ada.
Kalau ada member yang masih nak beratur kat money changer Mid Valley, ingatkan dia.
Dunia dah mula nak kurangkan duit kertas.
Kaedah touchless pun lebih pesat kat seluruh dunia selepas Covid-19.
Tips : Ini perbandingan antara kad Bigpay AirAsia dengan Wise — mana yang lebih berbaloi.
Okay, plan sekarang.
Buka akaun, dan dapatkan kad anda sebelum cuti oversea anda bermula.
Kalau lambat, takut-takut dah nak pergi, kad Wise belum sampai pula.
Nak buka akaun Wise pun percuma.
Tunggu apa? Bukalah sekarang juga.
![]() | Buka Akaun Wise. Percuma Je! |