twinkle villa janda baik

Twinkle Villa – Penginapan Best Utk Cuti Macam Orang Kaya, Tapi Masalahnya Satu ..

Twinkle Villa kat Janda Baik ini viral sebab ia lawa.

Jarak dari KL pun tak jauh.

Cuma 45 minit memandu selalunya dari ibukota.

Menang Award

Villa ini sebenarnya pernah menang Anugerah Emas dari Institut Arkitek Malaysia pada 2017 dan diletak sebagai bangunan terbaik tahun itu.

Jadi ia bukan sahaja setakat rumah biasa-biasa.

Designnya praktikal.

Suasana rumah pun dapat pengiktirafan pakar Malaysia.

Lokasi Power

Ia kat Janda Baik.

Tempat jungle retreat yang popular di kalangan orang KL.

Tapi yang best lagi, ia dalam kawasan berpengawal dan berpagar di Tanarimba.

Jadi memang tak perlu risau orang luar keluar masuk kawasan ini selain dari pengunjungnya.

Ada 4 Villa

Penginapan ini sebenarnya ada 4 villa.

Kalau tempah tempat ini, memang boleh pilih mana-mana villa yang anda suka.

Tapi yang selalu orang idam-idamkan ialah Cengal House.

Cengal House ini ada 4 bilik dan boleh muat 10 orang tetamu.

Menariknya ia tiada aircond di mana-mana bilik.

Disebabkan designnya bijaksana, suhu dalam rumahnya kekal nyaman sekitar 24 darjah untuk siang dan sekitar 21 darjah bila malam tiba.

Tapi Ini Masalahnya

Sayangnya walaupun selalu keluar kat FB pelancongan dan lain-lain, untuk orang Islam ada masalah sebenarnya.

Kita tak kisah sangat yang ada penjaga yang tinggal sama-sama di dalam rumah Cengal.

Tapi ini sebenarnya masalah utama.

Villa kat sini ada anjing-anjing comel penjaganya.

Ia berkeliaran di sekitar kawasan, sekaligus menjadikan kawasan luar dan dalam rumah tak mesra muslim.

Memang payah nak duduk dalam rumah yang anda was-was untuk ibadah anda.

Apa lagi pinggan mangkuk dan kawasan BBQ nya.

Takkan anda cuti sambil menyamak pinggan mangkuk, ruang BBQ, dan lantai rumah orang pula?

Itulah ceritanya.

Walaupun banyak keluar di FB dan laman orang Melayu, mereka tak ceritakan masalah ini.

Kami kat JomJalan pula tak mahu buang duit dan masa anda masa cuti.

Jadi kami highlight masalah yang dalam pengetahuan kami.

Tapi kalau itu bukan masalah, dan anda nak book untuk member bukan Islam, silakan tempah.

Villanya memang lawa.

Dan untuk yang bukan Islam, kebanyakannya memang sengih puas hati tidur kat award winning villa ini.

Harga : RM 2200++ /malam

Agoda.comTempah
Airbnb.comTempah