Nak Honeymoon? Villa Pokok di Thailand Ini Janjikan Cuti Romantik Yg Luarbiasa

Hotel istimewa. Pantai depan mata. Hanya anda berdua.

Itu resepi honeymoon dan anniversary istimewa yang dalam impian sesiapa saja.

Dan pengalaman begitu sebenarnya tak jauh dari sini.

kawasan pool villa pokok koh yao villa bila malam

Ia ada kat pulau Koh Yao Noi, Thailand yang letaknya antara Phuket dan Krabi.

Villa kat Treehouse Escape ini hanya untuk dewasa.

suasana dalam koh yao villa

Jadi anda dan pasangan bakal habiskan masa berdua.

Tenang, romantik sepanjang cuti berdua.

bilik pool villa pokok koh yao villa

Setiap satu villa di Treehouse Escape ini 2 tingkat.

pool villa pokok koh yao villa

Tingkat bawah ada dek untuk rehat dan private pool sendiri.

Manakala tingkat atas untuk kamar peribadi.

pemandangan dari dalam bilik pool villa pokok koh yao villa
Booking.comTempah
Agoda.comTempah

Dan sebab villa pokok ini menghadap pantai, view bangun pagi dan senja dari bilik memang romantik lagi spectacular.

verandah tree house escape thailand

Tatahias bilik anda rusty, ala tropika.

Memang lawa untuk bergambar untuk memori berdua.

bilik air pool villa pokok koh yao villa

Pantai hanya kat depan mata.

Boleh jalan kaki untuk layan suasana pulau bila-bila masa.

Kalau nak datang ke sini kena naik speedboat dari Phuket.

pemandangan aerial pool villa pokok koh yao villa

Sekitar 50 minit perjalanan anda.

Memang untuk orang muda yang suka adventure, cocok sangatlah adanya.

Dan tak perlu risau bosan kat pulau ini.

3 treehouse escape villa di thailand

Sebab banyak aktiviti pulau yang boleh anda berdua ikuti.

piknik tepi pantai thailand

Pilih saja dari berkayak, diurut tepi pantai, ikut trip ke air terjun atau naik bot untuk island hopping dan jungle trekking.

Memang anda akan honeymoon macam king dan queen.

Harga? Untuk merasa secebis syurga di dunia memang premium harganya.

pemandangan pulau koh yao villa

Tapi untuk memori indah berdua, apa salahnya mula menabung dan kerja overtime sama-sama.

Lagipun, bukan ke si dia berjanji sanggup buat apa saja?

Harga : RM 2,700 ++

Booking.comTempah
Agoda.comTempah

Jomjalan