Anda digital nomad yang berjaya?
Nak kerja kat tepi pantai Kuta, makan di cafe lawa, kemudian pergi surfing dan balik tidur kat hotel tiap-tiap hari?

Selama 10 tahun.
Kat pulau seindah Bali?

Kalau anda digital nomad dan ringgit berkepuk-kepuk dalam bank, ia bukan lagi mimpi.
Anda sekarang boleh tinggal di Bali selama 10 tahun dengan visa terbarunya ini.

Visa Second Home ini khas untuk mereka yang ada sekurang-kurangnya US130,000 (RM 615,000) dalam akaun bank mereka.

Senang cerita, boleh layan pulau Bali dan cuti tiap-tiap hari kat pulau indah Indonesia ini.
Sama macam lifestyle influencer yang anda selalu tengok kat IG.

Alternatif Kedua – Visa Nomad
Kalau duit hasil kerja freelance tak banyak mana, tak mengapa.

Jangan sedih-sedih.
Sebab kalau anda freelancer yang boleh kerja kat mana-mana, ada satu lagi visa kat Bali untuk anda.
Pilih digital nomad visa.

Anda boleh tinggal kat Bali 60 hari.
Kalau tak cukup, boleh sambung lagi — dan — lagi, ke maksima 180 hari.
Untuk ini boleh apply visa B211a secara online dari kerajaan Indonesia.
Sebab syarat kelayakan untuk visa ini tak ketat mana.

Selain status tamat tempoh passport lebih dari 6 bulan, dan ada return tiket, anda cuma perlu tunjuk bukti yang anda ada lebih dari USD 2000 (~ RM 9,500) untuk menyara hidup selama tempoh anda kat sini.
Dan macam biasa, bukti vaksinasi Covid-19 kena ada.
So, macam mana?
Nak tak workation kat pulau paling popular, paling cantik, paling instagrammable kat Asia Tenggara?
Moh kita!