Kalau Anda Jadi Wanita Ini Pun, Anda Mesti Mengamuk Dengan Uber

Mungkin ramai yang sudah mengetahui tentang Uber -- satu perkhidmatan teknologi yang menghubungkan pemandu persendirian dengan orang awam. Senang cerita, ia perkhidmatan kereta sapu zaman moden.

Uber tidak lekang dengan pelbagai kontroversi. Dan semalam muncul berita bagaimana seorang wanita dikenakan tambang $12,000 (~RM 43,000) untuk perjalanan sejauh 11km.




Mengatakan ia seperti perjalanan ke neraka, Jaime Hessel berkata, tambang awalnya adalah $56.40 dan beliau meminta agar ia dikurangkan. Namun begitu beliau terkejut kerana bukan sahaja ia tidak dikurangkan malah dinaikkan.

Nasib beliau baik kerana Uber bagaimanapun gagal mengenakan tambang $12,000 ini ke atas kad beliau kerana kad beliau telah tamat tempoh.

Update: Uber telah mengurangkan tambang beliau sebanyak $41.09. Tapi kini tercatat di akaun beliau bahawa beliau berhutang dengan Uber sebanyak lebih $16,000.


Sumber: Gothamist, Gambar : Joe A Kunzler

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>