Untuk anda yang memang suka layan cafe masa cuti, jangan lupa singgah Waronk kalau ke Melaka.
Dalam banyak banyak port makan kat kawasan Jonker Walk, ini yang satu-satunya halal dan tukang masaknya Melayu. Jadi boleh makan tanpa ragu-ragu.

Tempat ini konsepnya macam food court. Banyak gerai yang boleh pilih lauknya. Tapi suasana food court ini dibuat gaya 60an.
Terasa patah balik zaman P Ramlee masa kat sini. Macam kat kawasan pelabuhan tempat Pendekar Bujang Lapuk bertumbuk dulu.

Kalau kerusi meja kat open air penuh, boleh pergi kat dalam.
Yang bestnya kalau datang makan masa malam, boleh layan lampu dengan pemandangan sungai dan river cruise Melaka lagi.

Kalau anda datang hari Jumaat dan hujung minggu, bila malam ada live band yang boleh anda layan.
Menu kat sini macam-macam. Kalau ikutkan ada dekat 100 menu ala carte yang boleh anda order dari gerai-gerai yang ada — dari Melayu dan Western sampai lauk Cina.

Dan kalau mengada-ngada nak oden, dimsum atau sengkuang calit pun ada.
Tempat ini mesra muslim. Jadi kalau datang dah dekat waktu solat, surau tersedia. Apapun, jangan lah datang untuk sarapan. Waronk ini buka petang ke atas bang.

Dan satu lagi, sebab tempat ini selalu ramai orang, kena banyak sabar. Makanan dan air lambat sampai memang perkara biasa.

Senang cerita datang sini masa cuti kat Melaka pertama untuk suasananya, yang kedua baru makanannya. Lapik perut dulu sebelum datang supaya tenang duduk tunggu order.
Dan disebabkan ramai orang, kawasan dalamnya mungkin panas. Kurang sesuai kak Min yang plan datang bawa baby.

Oh! Satu lagi. Kalau nak datang, kami sarankan naik Grab saja. Parking kawasan Jonker Walk kan payah. Buat apa pening kepala cari parking kereta?

Waktu Operasi (sebelum PKP): 5 ptg – 2 pagi.
Alamat : No. 118, Lorong Hang Jebat, Malacca
[static_content id=”17970″]