Sejuk Je Mata. Jom Kita Layan Bunga kat World of Phalaenopsis Nanti?

Suka bunga? Atau dalam perjalanan nak ke Ulu Yam Genting? Singgah kejap kat kebun orkid kat kawasan perumahan Ulu Yam ini.

Bukan apa, tempat ini best kalau nak sejukkan mata dengan orkid ataupun lepak duduk dalam suasana yang hijau dan penuh warna.

Kredit : @zurianiyusof

Ini kebun orkid bulan paling besar Malaysia. World of Phalaneopsis namanya.

Selain nursery, kat sini juga ada cafe yang menghadap kawasan kolam. Dan kat kolam ini ada itik, ikan dan hijau dengan bunga kiambang. Jadi memang suasananya kafenya tenang saja. Nak duduk atas kerusi boleh, nak duduk bersila atas alas macam kat Jepun pun orait.

Kredit : @hana9jjang

Kalau kebanyakan nursery cuma ada bunga dan baja, kat sini ada orkid bulan dan kopi juga. Jadi silap haribulan daripada anda tak suka bunga, terus jadi hantu orkid bulan pula.

Kredit : @home.of.zz

Bukan apa, kat sini anda mungkin excited tengok orkidnya. Macam-macam warna dan jenis. Kalau ikut owner tempat ini, ada 390 jenis orkid dalam tempat ini yang mereka supply kat hotel dan cafe seluruh Malaysia.

Jadi memang banyak, dan memang cantiklah kawasan dalamnya. Dan tambah best lagi, kawasan ini anda aircond. Jadi tak cair makeup kat muka kalau dibandingkan dengan banyak kebun bunga lain yang ada.

Kredit : @WorldofPhalaenopsis

Senang cerita, kalau nak bergambar, nak cuci mata dengan bunga, ini antara kawasannya.

Kalau anda nak ke sini, ia cuma 1 jam berkereta dari KL. Tapi bila anda sudah dekat sampai ke Ulu Yam, hati-hati tengok Waze. Bukan apa, tempat ini dalam kawasan perumahan, dan kalau tak peka, anda mungkin terlepas simpang masuknya.

Kredit : @WorldofPhalaenopsis

Nota: Anggerik atau Orkid itu bunga yang sama. Dan nama tempat ini, World of Phalaenopsis itu dalam bahasa Melayu ialah Dunia Anggerik Bulan.

Nota 2: Halal ke tidak cafenya tak dapat dipastikan. Lagipun owner tempat ini Cina dan memang ada anjing kat kawasan ini. Paling kuat, kami cuma layan orkidnya saja.

Nota 3: Kalau malas nak keluar KL, satu lagi cafe yang penuh orkid ada kat Majestic Hotel. Tapi kena book awal sebab hot.

Masuk : Percuma
Alamat: 1017, Jalan Batang Kali – Hulu Yam Bharu, Kampung Sungai Kamin, 44300 Batang Kali, Selangor.
Waktu Operasi: 8.30 pagi – 5.00 petang
No. Telefon: +03-6075 1133

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>