11 Tempat Tengok Binatang Dalam KL Untuk Bawa Anak Layan Cuti Nanti!

tiket ke panda dan zoo negara malaysia

Kalau masa cuti sekolah nanti anda nak bercuti kat Kuala Lumpur, dan nak nak bawa anak pergi tengok bintang, artikel ini untuk anda.

Selain dari Zoo Negara, ada 10 lagi pilihan tempat layan bintang kat dalam KL atau pesisir KL. Yang penting, anda pilih yang sesuai dengan bajet anda.

Okay, jangan buang masa. Jom tengok senarai tempat-tempat tengok haiwan yang ada dalam KL, lengkap dengan harga (harga tepat sehingga awal 2020).

Taman Burung KL

Harga Tiket : Dewasa RM 25 / Kanak-Kanak RM 6

pelancong asing di taman burung kl - tempat mesti lawat kuala lumpur

Beli Tiket Taman Burung + Transfer

Kalau anak nak bawa anak tengok burung berterbangan dan lepas liar tak macam di zoo, boleh datang ke Taman Burung Kuala Lumpur.

Kalau nak dibandingkan dengan Taman Burung Jurong kat Singapura, memang yang kat KL tak sehebat yang kat sana.

Tapi untuk yang belum pernah pergi ke sini, ini juga taman burung terbesar dalam Malaysia. Cuma ia tak dipromosi hebat pada orang Malaysia, dan ia lebih dikunjungi pelancong luar negara.

Kalau anak teringin nak bergambar atau nak beri burung makan dari tapak tangan, ini tempatnya.

Taman Rusa

Harga Tiket : Percuma

taman rusa dan kancil kl

Ini satu lagi tempat layan binatang kat Tasik Perdana. Tapi taman rusa ini tak sebesar mana, dan sekejap tutup sekejap buka. Jadi kalau anda datang khas untuk ke sini, kena ada plan B, mana tau mereka tutup pula.

Kat sini, satu masa dulu bukan sahaja ada rusa, tapi juga sang kancil dan binatang lain seangkatan dengannya.

Tapi mungkin juga membosankan sebab tak ada variety haiwan dalam kawasan yang sama.

Taman Rama Rama KL

Harga Tiket : Dewasa RM 13 / Kanak-Kanak RM 6

tarikan best KL- taman rama-rama kl

Ini taman rama-rama yang dikatakan paling besar dalam dunia. Bukan itu sahaja, taman yang penuh hijau ini juga antara taman rama-rama termurah dalam Malaysia. 

Kalau nak ke sini, plan datang pagi. Sebab waktu inilah waktu rama-rama aktif.

Dan sebab ia kat Tasik Perdana, anda juga boleh pergi ke tarikan KL lain seperti Muzium Kesenian Islam ataupun Taman Burung KL.

Aquaria KLCC

Harga Tiket : Dewasa RM 49 / Kanak-Kanak : RM 39 

aquaria klcc aquarium tiket
Beli Tiket Diskaun Aquaria

Dalam banyak-banyak tarikan haiwan dalam KL, Aquaria ini tarikan yang paling hot sekali. Kalau hujung minggu memang berduyun-duyun orang ke sini sebab lokasinya yang dekat dengan KLCC. Satu lagi, tempatnya beraircond, kak Siti.

Kat aquarium bawah tanah ini anda boleh tengok ikan air tawar dari yang kecil sampai yang saiznya besar manusia, macam ikan Arapaima. Tak pun, layan tengok ikan jerung kat dalam terowongnya.

Nak nak tambah thrill? Beli tiket menyelam dalam sangkar. Boleh jenguk jaws dari depan mata, bukan dari dinding kaca.

Zoo Negara

Harga Tiket : Dewasa RM 45 / Kanak-Kanak : RM 18

tempat menarik di kl - panda zoo negara
Beli Tiket Diskaun Zoo Negara

Masa dulu-dulu harga tiket masuk Zoo Negara tak sampai RM 8. Tapi sekarang, jauh lebih mahal.

Akan tetapi, kat sini ada panda dari China. Ini satu-satunya tempat dalam Malaysia yang ada panda. Kami confirm anda takkan jumpa ia lagi kat mana-mana dalam negara ini.

Lagipun ini peluang anda tengok panda depan mata sebelum tamat sewanya (ya, panda ini disewa dan perlu dihantar balik ke China semula).

Kawasan zoo negara ini luas. Jadi, kalau anda datang ke sini dengan anak-anak, pakai kasut selesa, dan siapkan air. Luangkan satu hari dalam jadual. Sebab lepas balik, anda bakal tidur lena dengan kaki yang sengal.

Sunway Lagoon

Harga Tiket : Dewasa RM 138 / Kanak-Kanak : RM 133

sunway lagoon mini zoo
Beli Tiket Diskaun Sunway Lagoon

Dalam banyak-banyak tarikan dalam KL yang ada binatang, Sunway Lagoon yang paling mahal.

Tapi bezanya, selain pegang burung, tengok ular, singa putih dan binatang lain, anak anda boleh layan 5 lagi taman dalam Sunway Lagoon ini.

Anak boleh mandi puas-puas, main go-kart ataupun masuk rumah hantu.

Tiketnya memang mahal. Tapi anak akan dapat lebih dari hanya tengok binatang.

Jurassica Mid Valley

Harga Tiket : Dewasa RM 45 / Kanak-Kanak : RM 18

jurassica dinosaur
Beli Tiket Diskaun Jurassica

Kalau anda nak bershopping, dan tak suka anak pegang-pegang binatang, ini alternatif lain yang ada.

Masuk mall Midvalley dan hantar anak kat Jurassica. Kat sini anak boleh main permainan interaktif tentang dinasour, ala treasure hunt.

Dah habis main dan ambil tahu fasal dinasour, mereka boleh layan permainan lain yang ada kat situ.

Mini Zoo KL Tower

Harga Tiket : Dewasa RM 32 / Kanak-Kanak : RM 27

mini zoo kl tower
Beli Tiket Diskaun Zoo KL Tower

Bagi anak-anak yang memang nak pegang binatang, ini satu lagi pilihan yang ada kat dalam KL — Mini Zoo KL Tower.

Tempat ini kat kaki Menara Kuala Lumpur. Jadi lepas layan binatang, anda boleh naik ke atas menara, layan pemandangan KL atau masuk bergambar satu family kat Skybox.

Kat sini binatangnya boleh dipegang. Tak kisahlah dari binatang macam arnab dan guinea pig sampailah ke binatang luar Malaysia macam Llama.

Yang penting berani tak berani sahaja.

Farm in The City

Harga Tiket : Dewasa RM 39 / Kanak-Kanak : RM 32

arnab di farm in the city

Farm in The City ini di pesisir Kuala Lumpur. Jadi anda memang kena memandu keluar dari KL sedikit.

Konsep tempat ini ialah untuk bawa kawasan ala-kampung kat bandar. Jadi banyak bintang kat sini adalah bintang yang memang dibela manusia. Kita cerita tentang ayam, itik, kambing dan rusa.

Dan macam biasa, boleh pegang dan belai depa.

G2G Animal Garden

Harga Tiket : Dewasa RM 20 / Kanak-Kanak : RM 15

rombongan sekolah boleh dapat diskaun ke g2g animal farm petting zoo
Beli Tiket Diskaun G2G

Tak jauh dari Farm in The City, ada juga G2G Animal Garden. Konsepnya hampir sama, cuma selain dari binatang yang manusia bela, ia juga ada burung dan juga reptilia.

Disebabkan ianya memang dalam kawasan MAEPS Serdang (Malaysia Agro Expo Park), ia dekat dengan kandang kuda MAEPS dan dua tiga kawasan untuk mereka yang suka bertani (macam laman herba).

Kalau anda lapar, singgah kat House of Kambing. Boleh makan lauk kambing yang fresh-fresh dagingnya.

99 Wonderland

Harga Tiket : Dewasa RM 18 / Kanak-Kanak : RM 12

99 wonderland lampu

99 Wonderland ini pun kat pesisir Kuala Lumpur. Dan ia ada juga kawasan binatang, cuma kawasannya lebih kecil dari yang lain-lain yang ada dalam senarai kami ini.

Kat sini anak boleh beri makan binatang macam rusa dan unta. Dan kalau hari Sabtu, kawasan tasik yang buka sampai malam ini ada pertunjukan bunga api.

Tapi satu kami nak beritahu. Parking kat sini berbayar. Yang free kat jalanraya punya kawasan tepi-tepi.

Okay, ini kami dah siap senaraikan tarikan zoo, mini zoo dan tempat haiwan yang boleh anda lawat masa cuti kat Kuala Lumpur nanti. Jadi, mana satu yang anda nak pergi?

p/s Kalau bajet cuti tak banyak, boleh skip tarikan kat atas, dan pilih hotel di KL yang ada swimming pool untuk kanak-kanak.

  1. saya harap ada kesempatan untuk ke Kuala Lumpur suatu hari ini…

    bawa anak-anak dan keluarga.

    lama juga tidak pergi ini

    • Iskandar Suhaimi says:

      Insyaallah, lepas Covid ni boleh plan. Moga cuti sekolah tengah tahun wabak dah clear.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>