warung saga - tempat makan best di jb

Warung Saga

Kita layan makanan dulu-dulu di Warung Saga ni

Kalau anda datang ke JB dengan mak dan ayah yang berusia, bawa mereka ke sini. Insyaallah mereka akan tersenyum lebar.

Bukan apa. Di sini, makanan lama-lama dikumpulkan setempat. Ada lontong kering daging, rojak tauhu, laksa Johor sampailah ke nasi ambeng.

Bila dah di sana, jangan lupa layan gambar-gambar zaman dulu di dinding kedai. Manalah tahu, boleh imbau kenangan lama dengan kekasih hati.

Nota Penting

  1. Kedai ini sukar dicari dari jalan utama. Sebab warungnya memang biasa-biasa sahaja. Cari jalan ke RIMA College.
  2. Datang awal untuk makan pagi. Kalau anda datang pada 10 pagi, ada kemungkinan kebanyakan makanan sudah habis.
  3. Walaupun warung ini warung kecil, putera raja Johor juga pernah datang untuk menjamu selera.

JomJalan Seluruh JB

Senarai tempat menarik di JB
Hotel terbaik pilihan kami
Promo hotel, tarikan Johor
Layan kedai makan sedap JB
Jomjalan