tempat menarik wajib di istanbul turki, Menara Galata

Menara Galata

Menara Galata yang pernah ditonjolkan dalam permainan video Assassin’s Creed ini adalah salah satu tempat terbaik untuk anda melihat panorama senja di Istanbul.

Menara batu yang dibina pada 1320an oleh orang Genoa ini kerapkali dijadikan penjara oleh penguasa Istanbul. Oleh kerana ia binaan tertinggi pada zamannya, menara 9 tingkat ini juga pernah digunakan sebagai peninjau kebakaran bandar Istanbul.

Namun kini menara ini diguna sebagai tempat tarikan pelancong dan restoran.

Penerbangan Bersejarah

Menara lama ini pernah digunakan oleh Ahmed Celebi, seorang pereka terkenal Uthmaniyah yang terbang dari sini merentasi laut ke Uskadar dengan menggunakan sayap buatan pada tahun 1630an. Penerbangan ini menjadikan beliau orang pertama yang berjaya berbuat demikian dalam sejarah.

Restoran Menara Galata

Restoran di bawah menara ini menawarkan makanan ala-barat yang lengkap dengan arak dan tarian gelek, jadi ia tidak sesuai untuk pengunjung Islam. Namun begitu, jika anda masih mahu makan di sini, anda perlu menempah meja terlebih dahulu.

Waktu Operasi

Setiap Hari: 8 pg – 9 mlm

Harga Tiket

Lira [currency base=TRY]10[/currency]

Nota

Ada lif yang boleh digunakan tetapi ia tidak mesra kepada orang kelainan upaya kerana anda perlu mendaki 2 tingkat anak tangga untuk sampai ke puncak menara.

Anda mungkin perlu beratur lama untuk ke dek peninjau.

Kredit : Cristian Viarisio, Alexx Malev,

Jomjalan