muzium of fine arts ho chi minh

Muzium Fine Arts

Tidak jauh dari pasar Ben Thanh terletak muzium Fine Arts -- yang menempatkan koleksi lukisan-lukisan di dalam sebuah bangunan kolonial indah yang tidak terjaga.

Tentang Tarikan Ini :

Bangunan yang agak usang ini mempunyai pelbagai koleksi lukisan dan potret yang memaparkan spektrum seni Vietnam dari dulu hingga kini. Walaupun muzium ini tidak mempunyai penghawa dingin, ia cukup berguna untuk anda memahami sedikit sebanyak tentang budaya masyarakat Vietnam dari sudut pandangan warga senimannya.

Jika anda penggemar seni, pastikan anda datang ke sini. Dengan suasana tempatnya yang tidak semoden galeri seni lain, dan campuran lukisan amatur dan arca, anda pasti tenggelam dalam seni Fine Arts Vietnam yang rata-ratanya diinspirasikan dari zaman perang.

Harga Tiket

VND [currency base=”VND”]10000[/currency]

Waktu Operasi

Tutup Isnin
Selasa – Ahad : 9pg – 5 ptg

Kredit : Gis Sam, Pierre-mary Thibault

Jomjalan