Tentang Tarikan Ini :
Diasaskan oleh putera raja Ubud dan seorang pelukis Belanda, muzium ini dibuka sejak tahun 1956 bagi memastikan lukisan berharga Bali kekal menjadi tatapan umum di Bali.
Di sini, peminat seni bukan sahaja dapat melihat hasil seni Batuan yang cukup teliti, tetapi juga lukisan Sanur, kesan seni Eropah pada lukisan Ubud serta ukiran kayu oleh anak tempatan.
Pendek kata, hanya dengan melawat tarikan Bali ini, karya tradisi dan kontemporari Bali dapat disaksikan di bawah satu bumbung.
Aktiviti Lain di Muzium Puri Lukisan
Selain melihat tinggalan budaya masyarakat Bali, anda juga boleh :-
1. Bersantai minum teh atau kopi di kawasan taman muzium
2. Belajar gamelan, melukis atau mengukir melalui beberapa kelas yang dianjurkan di muzium.
Waktu Operasi
Setiap Hari : 9pg – 5 ptg
Tiket Masuk
Dewasa : [currency base=”IDR”]50000[/currency]