bukit larut perak

Bukit Larut

Bukit Larut yang terletak 10 km dari bandar Taiping ialah bukit peranginan pertama di Malaysia.

Tidak banyak yang boleh ada lakukan di sini, selain menikmati kesejukan gunung, melihat burung-burung atau melawat bangunan bekas tinggalan British.

Jika mahu, anda boleh menginap di chalet-chalet di sini. Sayangnya, hampir semuanya sudah berusia dan tidak banyak yang terjaga. Dan selain dari kawasan tinjau dan taman permainan, kawasan sejuk (15 darjah Celcius) dan berkabus ini hampir sama dengan keadaannya sewaktu zaman dahulu.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah ianya hanya menjadi tumpuan peminat unggas dan burung dan bukannya orang awam.

dari bukit larut

Kredit : bukitlarut

Cara Melawat

Tiada kenderaan awam dibenarkan naik. Untuk ke sini, anda perlu menaiki kenderaan pacuan 4 roda kerajaan. Kenderaan ini bergerak naik ke atas setiap 1 jam

Harga Tambang Kenderaan 4 Roda

Dewasa : RM 6
Kanak-kanak : RM 3
(tepat sehingga 2018 – kami tiada info terkini jika ada perubahan harga)

Sejarah Bukit Larut

Bukit ini pada mulanya ialah tempat berehat pegawai-pegawai British di Malaya yang ingin melarikan diri dari kepanasan cuaca tropika.

bukit larut

Kredit : bukitlarut

Apabila ia mula dibuka, akses ke atas cukup sukar. Mereka perlu berjalan kaki merentas hutan sejauh 13km, menunggang kuda ataupun menaiki tandu yang diusung.

Apabila Jepun mengambil alih pemerintahan dan menjadikan Taiping sebagai pusat pemerintahan Perak dan Indonesia, Jepun menggunakan buruh-buruh paksa untuk menyiapkan jalan ke puncak bukit Larut. Jalan yang ada sekarang merupakan hasil air mata dan darah tawanan perang dan orang tempatan yang dikerah menyiapkannya.

Setelah British mengambil semula Bukit Larut, kegiatan pertanian strawberi, teh dan bunga telah dijalankan. Akan tetapi ianya gagal dan hasrat ini diteruskan di Cameron Highlands.

Pada tahun 2009, terdapat percubaan untuk menanam bunga tulip di sini. Sekali lagi, ianya gagal dan ladang ini ditutup pada tahun 2012.

 

Jomjalan