PENGINAPAN UNIK
Villa Air atau Chalet Hutan
Nak feeling Maldives dengan vila atas air?
Atau prefer suasana sejuk dalam chalet hutan tropika?
Kat Berjaya Langkawi, dua-dua boleh!
Resort ni ada banyak pilihan, dari chalet garden yang cozy sampailah vila atas laut dengan view sunset yang memang power.
Tidur dengan bunyi ombak atau burung hutan—ikutlah citarasa anda.


PRIVATE BEACH
Luas & Ada Aktiviti
Kat Berjaya Langkawi, antai dia memang best sebab private, jadi tak sesak.
Pasir putih, air jernih, dan tenang betul untuk lepak sambil tengok sunset.
Kalau jenis tak reti duduk diam, boleh try kayaking, stand-up paddle, layan jetski atau snorkeling.
Paling syok, ada tour island hopping yang terus pick-up dari jeti resort!
So, banyak benda boleh buat — samada anda datang berdua atau dengan keluarga.
KOLAM INFINITI
Dan Lengkap Fasiliti
Kalau malas ke pantai, kolam renang kat sini luas dengan spot untuk kanak-kanak.
Gym ada, spa pun ada kalau nak relaks.
Yang best, resort ni memang besar, sampai ada shuttle percuma untuk gerak ke mana-mana dalam kawasan hotel.


NGAM UTK FAMILY
Kids Club Utk Aktiviti
Banyak benda menarik untuk budak-budak kat sini!
Ada The Little Monley Kids Club untuk mereka belajar origami atau lukis batik, dan ada pool kanak-kanak yang selamat untuk mereka bermain air.
Yang suka laut, boleh buat sandcastle kat private beach bila-bila mereka suka.
Dan kalau nak family time yang best, boleh sewa kayak atau basikal untuk pusing resort dan pantai sama-sama.

