RESORT MEWAH
Tersembunyi Dalam Alam
The Datai Langkawi bukan sekadar tempat menginap—ini lokasi cuti idaman untuk anda yang nak rehat total dalam suasana eksklusif.
Terletak di tengah hutan hujan tropika dan menghadap laut Andaman, resort ini gabungan sempurna antara kemewahan dan ketenangan.
Dari saat melangkah masuk, layanan mesra dan suasana mendamaikan buat anda terus rasa disconnected dari kesibukan dunia.
Pantai peribadi pun terbentang depan mata.


RELAX HABIS
Villa Luas Penuh Privasi
Setiap bilik, suite, dan villa di sini bukan sekadar cantik—tapi direka untuk keselesaan maksimum.
Kalau anda pilih Rainforest Villa, anda akan dikelilingi kehijauan tropika.
Dan untuk Beach Villa anda bakal mendengar irama dengan ombak laut setiap masa dengan private pool sendiri.
Setiap satu villa direka elegan dengan sentuhan kayu, katil empuk, dan bilik mandi yang luas—memang susah nak tinggalkan bilik!
PENGALAMAN EKSKLUSIF
Spa hingga Aktiviti Alam
Tak cukup dengan pemandangan cantik, The Datai menawarkan macam-macam pengalaman unik.
The Datai Spa guna bahan semula jadi untuk rawatan yang menyegarkan, sementara nature walks dengan pakar biologi resort boleh buat anda lebih layan keindahan alam sekitar.
Bagi yang suka sukan air, boleh cuba snorkeling atau berkayak di air jernih laut Andaman.
Dan untuk kaki golf, ia memang dekat dengan kelab golf the ELS.


ESCAPE MEWAH
Tempat Terbaik
Nak honeymoon, anniversary, atau sekadar cuti santai, resort ini memang pilihan yang tak mengecewakan.
Dengan fine dining yang menyajikan makanan berkualiti tinggi, private beach, dan layanan taraf dunia, The Datai Langkawi ini memang tempat untuk anda betul-betul menikmati setiap saat cuti.
Pantai peribadi kat The Datai Langkawi pun memang lain dari yang lain—pasir putih bersih, air laut jernih, dan suasana yang benar-benar privasi.
Tak perlu berebut tempat atau gangguan orang ramai, hanya bunyi ombak dan angin laut yang menyapa.

