Masjid Kristal

Tarikan Percuma

(3 review)

Selamat datang ke Masjid Kristal — masjid paling kontroversi di Malaysia.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
30 – 45 min
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
Pulau Wan Man, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia

MASJID KACA

Atas Pulau

Walaupun namanya masjid kristal, masjid atas pulau ini ia sebenarnya dibina daripada kaca.

Dengan keluasan lebih 2,000 meter persegi, masjid ini mampu menampung sehingga 700 orang jemaah pada satu-satu masa.

masjid kristal

taman tamadun islam

FASILITI LENGKAP

Masjid Pintar

Ia juga dilengkapi dengan WIFI, sekaligus menjadikannya masjid pintar pertama di Malaysia.

Pada waktu siang, warnanya kekuning-kekuningan. Apabila tiba waktu malam, masjid ini dihiasi dengan pancaran lampu yang berselang-seli dengan warna merah, kuning dan hijau.

Kontroversi Masjid

Masjid ini memang kontroversi. Antara sebabnya ialah kerana dikatakan kos membinanya mencecah 360 juta, tapi ada yang mendakwa kiblat asal masjid salah.

Dan disebabkan lokasinya, ada juga cakap-cakap yang mengatakan masjid ini pernah tidak cukup kariah untuk solat Jumaat.

Dan walaupun ianya gah dari luar, masjid ini lebih untuk lawatan daripada untuk ibadah.

Cara Ke Sini

Jika anda tiada kenderaan sendiri, perkhidmatan bas ada disediakan dari Kuala Terengganu ke Taman Tamadun Islam.

3 review utk Masjid Kristal

4.7
Berdasarkan 3 review
5 bintang
66
66%
4 bintang
33
33%
3 bintang
0%
2 bintang
0%
1 bintang
0%
1-3 dari 3 review
  1. Masjidnya tidak terlalu besar. Sewaktu kami berkunjung ke sana (dua kali), jemaah yang solat di sana pun tidak ramai.

    Ruangan solat bersih dan kemas. Penyaman udara disediakan, namun barangkali tidak dipasang kerana jemaah tidak ramai. Bahagian wuduk dan tanda juga bersih.

    Pemandangan sekitar masjid baik. Lebih cantik kalau berkunjung pada waktu siang barangkali.

    (0) (0)
  2. Masjid yang cantik dari segi pembinaan. Kawasan Masjid bersih kerana diselengarakan dengan baik. Tiada kelihatan seperti sampah dan sebagainya di kawasan sekitar masjid.

    Seni bina Masjid menjadi semakin cantik saat matahari terbenam kerana ternampak kubah dan tiang berkilauan. Pada waktu malam, beberapa tiang serta kibah mengeluarkan cahaya lampu menambahkan lagi keindahan pada masjid.

    Kawasan untuk solat juga bersih dan selesa dimana tidak terlalu panas dan juga tidak terlalu sejuk sehingga selesa untuk duduk beribadat dan berzikir.

    Kawasan wuduk juga bersih dan selesa dan juga disediakan papan tanda kawasan licin bagi memberi amaran kepada pengunjung supaya lebih berhati-hati.

    Kawasan bawah masjid ada sebahagian binaan yang tercabut akibat air atau kerana lama maka diharapkan kerajaan negeri mengambil tindakan untuk memelihara kawasan persekitaran masjid.

    (0) (0)
  3. Tempat pelancongan yg menarik dan boleh healing, yela masjid kan 😂.. ada laut, pemandangan yg indah dan spot yg cantik untuk bergmbar.. ada buah tangan @ ole² yg murah² kt situ, bolehh belii dn borong bykk².. ada maskot sekali, comelll.. siang nampak Kristal masjid tu.. klu dtg malam cantik lampu² warna warni diaa 😍🥰

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Masjid Kristal Masjid Kristal
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)