TEPI AIRPORT
Senang Nak Gerak
Hotel ini terletak betul-betul sebelah Lapangan Terbang Langkawi, jadi kalau datang dengan kapal terbang, memang mudah.
Lagi-lagi kalau flight balik anda memang awal pagi.
Nak mandi laut?
Dari sini, nak ke Pantai Cenang cuma 10 minit naik kereta.
Jadi selain main air kat pantai, tempat makan dan tarikan best Langkawi ada dalam jarak yang dekat.


BILIK LUAS
Lapang Selesa
Bilik kat sini lagi besar daripada standard hotel biasa, jadi kalau datang dengan family, memang lega.
Ada pilihan bilik dengan katil king atau twin, dan yang bestnya, banyak bilik ada balkoni.
Bolehlah layan angin Langkawi.
Dan sebab hotel ini dinaiktaraf semula, suasana hotel adalah gabungan antara moden ceria dan klasik dengan marble dan perabot kayunya.
KOLAM RENANG
Suasana Tropika
Kolam renangnya besar dan dikelilingi pokok frangipani, bagi vibe tropika yang relaxing.
Ada bahagian kolam cetek untuk kanak-kanak, jadi yang datang dengan anak kecil pun boleh enjoy.
Sesuai kalau nak chill petang-petang lepas balik dari pantai.
