Heritage House Gopeng - tempat mesti lawat di gopeng perak

Heritage House Gopeng

[TELAH DITUTUP] Nak tengok kegemilangan pekan Gopeng semasa ia dulu pekan yang gah dengan timah? Jom terjah Heritage House Gopeng.

Penting : Tempat ini telah ditutup semasa wabak Covid. Kami tiada maklumat pembukaan semulanya.

Rumah kedai lama ini ditukar oleh sekumpulan warga emas menjadi sebuah kediaman zaman dulu, lengkap dengan bilik tidur, ruang makan dan kedai kopi.

heritage house gopeng

Kredit : a_standley

Di dalam rumah 3 tingkat juga terdapat taman mini, ruang tamu peribadi dan kawasan potong rambut.

Kalau anda sukakan sejarah, barang antik dan nostalgia dulu-dulu, rumah ini bakal menggamit nostalgia zaman silam dalam pekan ‘koboi’ ini.

Dan kalau anda kaki selfie atau pengantin yang buntu mencari lokasi bergambar, rumah ini juga punyai sudut menarik untuk anda berposing puas-puas.

Bersantai di Heritage House

heritage house gopeng

Kredit : a_standley

Di bahagian dapur anda boleh berehat sambil minum kopi putih Ipoh.

Wanita-wanita tua yang ada di situ merupakan sukarelawan muzium ini. Ada yang cukup ramah dan anda bakal tahu banyak tentang rumah ini dan bandar Gopeng kalau anda rajin berbual dan bertanya kepada mereka.

Harga Tiket

Percuma

Waktu Operasi

Hujung Minggu : 9pg – 3ptg

 

Jomjalan