Kolam Air Panas Poring

RM10.00

(5 review)

Jom rasa kolam air panas semulajadi Borneo yang penuh sejarah dan jadi tempat favourite penjajah Jepun masa zaman perang dulu.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
30 – 45 min
Harga Tiket
Harga tiket bermula dari RM 10 dewasa dan RM 5 kanak-kanak (warganegara Msia)
Jarak Dari Kota Kinabalu
136 km / 3 jam
Lokasi
Kolam Air Panas Poring, Ranau, Sabah

Add to Cart
poring hot spring
Kolam Air Panas Poring
RM10.00

BERSEJARAH

Gaya Jepun

Kalau kawasan taman Kinabalu berada di tanah tinggi, kolam air panas Poring pula berada di kawasan tanah rendah.

Jadi memang terasa bezanya, dari kawasan berbukit ke kawasan sedikit berlembah.

Tempat ini sebenarnya dulu dibuat oleh penjajah Jepun.

Dan kalau anda tengok sekitarnya pun ada pokok-pokok buluh ala-ala di taman Jepun.

kolam air panas poring

kolam air panas poring

SIAP SEDIA

Air Panas Semulajadi

Bawa selipar, baju persalinan dan tuala.

Mandilah walaupun sekejap. Kata orang, air bersulfur sini banyak khasiatnya.

Lagipun, kalau dibandingkan dengan yang ada di Semenanjung, kawasan Poring ini memang lebih seronok.

Kalau kaki anda masih cergas, jangan lupa naik jambatan gantung Poring (1 km dari sini).

Tiket Kolam Air Panas Poring

Harga Pakej

Pakej Online
Potongan Harga
0%Tempah
0%Tempah

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Warganegara105
Pelancong Asing5025
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 10 Jan 2024

Kolam Air Biasa

Tak suka air panas? Pun tiada masalah sebab di Poring ada 2 kolam air gunung untuk anda.

Satu lebih cetek untuk anak-anak manakala satu sedalam 6 meter.

Mesti menggigil punya.

Kawasan Tertutup

Kalau anda segan atau tak suka mandi manda dengan orang lain selain keluarga, tak mengapa.

Poring ada tempat mandi bertutup. Harga bermula dari RM 15 sejam.

Cara Ke Sini

Sewa kereta atau dengan mengikuti pakej yang disediakan oleh agen pelancongan adalah jalan terbaik.

Tiada bas ke sini.

Anggaran Harga Kereta Sewa

Teksi dari Kota Kinabalu ke sini : RM 300 (sehala)
Grab dari Kota Kinabalu ke sini : RM 120 (sehala)
Teksi dari pekan Ranau ke sini : RM 30 ( sehala)

Nota: Teksi/ Grab balik dari sini ke bandar KK mungkin sukar didapati.

Waktu Operasi

Setiap Hari : 9pg – 5ptg

5 review utk Kolam Air Panas Poring

4.0
Berdasarkan 5 review
5 bintang
60
60%
4 bintang
20
20%
3 bintang
0%
2 bintang
0%
1 bintang
20
20%
1-5 dari 5 review
  1. Bad service, kurang bersih dan menjijikkan … dulu hnya stu kali msuk sahaja byr sekarang parking byr, kolam sejuk bayar, kolam panas pun byr smua bnda mau bayar tidak berbaloi sngat mengecewakan tidak sma dengan expactation hmmmm badd, pertama dan terakhir pergi poring

    (0) (0)
  2. 😅belasan tahun tdk masuk ,tau2 kemasukan lain bayaran mandi tab bayaran lain .. 1 tab rm10 ,kemasukan rm10 dewasa,pelajar rm5

    (0) (0)
  3. Masa ke sini time hujan. Nda terlalu ramai orang. Then kalau xsilap, entrance fee ada, parking fee pun ada. Overall semua okay, yg penting boleh enjoy dgn family. 😍

    (0) (0)
  4. Salah satu tempat pelancongan yang penting dan menarik selepas penat mendaki gunung Kinabalu.

    Sesuai untuk semua peringkat umur dan jantina dan selesa digunakan oleh orang ramai. Kemudahan yang disediakan oleh pihak berkuasa untuk disewa dan digunakan secara meluas. Bayaran mengikut kemudahan yang disediakan.

    Terdapat juga beberapa bilik kolam air panas tertutup dan terbuka mengikut keperluan pelanggan. Ada air terjun di penghujung pusat Poring hot springs.

    (0) (0)
  5. Banyak aktiviti boleh buat sini selain mandi manda di hot tub. Antaranya termasuk hiking 550m (canopy) untuk experience jambatan gantung dan pergi bergambar dekat air terjun.

    Entrance bayar RM3 di pintu utama, then bila mahu masuk canopy tu bayar asing (bayar lagi RM3 kalau local) Recommended untuk pergi bersama family.

    Kalau datang waktu public holiday macam saya, datanglah awal. Saya sampai 8.30 pagi pun ramai sudah orang datang. Tub yang bagus air kuat semua penuh sudah.

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Kolam Air Panas Poring Kolam Air Panas Poring
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)