Ley Park Station

Tarikan Percuma

Perut lapar tengah malam? Terjah port food truck kat Ayer Keroh ini.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
1 – 2 jam
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
Dataran Sejarah Ayer Keroh
Peringatan Penting
Tempat makan ini hanya dibuka dari Khamis sampai Ahad sahaja.

MALAM

Santai Family

Kalau anda nak tempat makan terbuka yang banyak pilihannya, boleh cuba Ley Park station kat tepi Dataran Sejarah Ayer Keroh.

Kat sini konsepnya gaya food truck hipster.

Ada spaghetti dan beriyani sampai ke aiskrim dan kopi.

Dan bila sudah makan, anda kemas meja untuk orang lain pula jamu selera.

ley park station

ley park station

HISPTER

Sampai Pagi

Pada kami, dari segi rasa, lauk pauk kat sini biasa-biasa sahaja.

Dan seperti tempat makan hipster dan food truck lain, harga memang lebih tinggi dari kedai makan kat kejiranan anda.

Cuma ia popular sebagai ia dibuka dari 4:30 petang sampailah ke 1 pagi.

Boleh datang jamu selera walaupun sudah malam buta.

RAMAI-RAMAI

Berkumpul

Senang cerita, untuk berkumpul ramai-ramai dan datang lepak dengan member dan keluarga, ini antara tempatnya kat Melaka.

Lagipun untuk anak-anak, ada kereta elektrik untuk dilayan kalau mak ayah sanggup keluar belanja.

Tapi kalau betul nak enjoy makanan, banyak lagi tempat makan sedap kat Melaka yang ada.

ley park station

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Ley Park Station Ley Park Station
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)