Upside Down Museum

Ya -- tempat untuk anda bergambar lagi! Aduhai, dunia dah terbalik.

Betul lah kata orang sekarang yang dunia sekarang sudah terbalik. Cuma tak seperti orang lain, anda ada gambar untuk buat bukti.

Apa Yang Tidak Terbalik

Di muzium ini semuanya terbalik. Cuma manusia saja yang tidak terbalik.

Bukan sahaja tangga, tempat tidur dan dapurnya terbalik — tapi tempat jualan tiketnya pun dah terbalik. Nasib baiklah, mereka tak terbalik yang bayar untuk anda masuk ke sini.

Kalau memang kejadian anda post gambar setiap 10 minit ke Instagram, ini antara tarikan di Penang yang wajib anda lawat. Cuma cari jalan untuk datang pada hari biasa supaya tidak ada kepala atau lengan orang lain dalam gambar anda itu. Tak hip la kan?

Harga Tiket

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara168
Pelancong Asing2716

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

Apa Lagi Yg Best Kat Penang?

Tempat menarik kat Penang
Layan kedai makan sedap Penang
Hotel terbaik pilihan kami