Individu Lengkap Divaksin Boleh Melancong Dalam Negeri, Selasa

8 Ogos 2021 – KUALA LUMPUR — Kerajaan hari ini mengumumkan beberapa kelonggaran kepada mereka yang telah divaksinasi lengkap mulai hari Selasa depan, 10 Ogos 2021 — dan salah satunya ialah kelonggaran untuk melancong.

Walaupun begitu, aktiviti melancong ini tertakluk kepada beberapa syarat.

hotel best untuk honeymoon di penang - eastern oriental georgetown

Syarat Aktiviti Melancong

  • Aktiviti melancong ini hanya dibenarkan untuk negeri dalam Fasa 2 sahaja.
  • Hanya rentas daerah sahaja dibenarkan.
  • Mereka yang menginap wajib menunjukkan sijil digital vaksinasi melalui MySejahtera sebelum dibenarkan memasuki hotel/ homestay.

Negeri Tidak Boleh Melancong

Kelonggaran ini hanya untuk mereka yang telah divaksin penuh dan tinggal di negeri Fasa 2 dan keatas.

Ini bermakna individu yang telah divaksinasi penuh, tetapi berada di negeri Fasa 1 tidak layak melancong dalam negeri sehingga status negeri bertukar ke Fasa 2 dan ke atas.

Negeri Fasa 1 adalah :

  • Kedah
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor
  • Selangor
  • Kuala Lumpur
  • Putrajaya

Sehingga hari ini, 8 Ogos 2021, negeri-negeri di atas diletak dalam negeri Fasa 1 oleh MKN.

Siapa Yang Layak Melancong?

hotel 5 bintang jadi pusat kuarantin covid

Kelayakan untuk mendapat faedah ini juga bukanlah serta merta.

Mereka yang dianggap telah divaksinasi penuh adalah mereka yang telah mendapat 2 dos (atau 1 dos untuk vaksin tertentu) dan telah selang 14 hari dari tarikh dos ke -2 (atau 28 untuk vaksin jenis 1 dos)

JENIS VAKSIN DITERIMABILA DIKIRA LAYAK?
Sinovac, Pfitzer, Astra ZenecaSetelah 14 hari mendapat dos ke 2
Johnson & Johnson, Can SinoSetelah 28 hari mendapat vaksinasi

Rentas Daerah Utk 2 Sebab Lain

trip island hopping - aktiviti menarik di  pulau langkawi
Kredit : phalin

Selain pelancongan dalam negeri yang sama, mereka yang menerima vaksinasi lengkap juga boleh merentas daerah dan negeri untuk 2 sebab di bawah :

SIAPA?SYARAT
Pasangan jarak jauhKedua-duanya telah divaksinasi lengkap.
Ibu BapaUntuk melawat anak bawah 18 tahun

Pengembara Luar

malaysia KLIA airport disruption

Pengembara dari luar Malaysia yang telah menerima 2 dos lengkap juga dibenarkan untuk melakukan kuarantin di rumah.

Mereka akan diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) secara digital.

Perincian kepada semua kelonggaran di atas akan dihuraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin berkata demikian sewaktu sidang langsung khas Perdana Menteri untuk kemudahan khas mereka yang sudah menerima vaksinasi lengkap petang ini.

Jomjalan