Tentang Tarikan Ini :
Walaupun namanya ialah rumah semut Borneo, tempat ini menarik kerana lebih dari itu.
Ya, anda akan dapat lihat bermacam-macam jenis semut yang ada dalam dunia. Anda juga akan dapat lihat rumah mereka yang dibuat khas dalam bekas kaca untuk tatapan umum.
Tapi untuk yang tak suka membaca atau tak kisah tentang semut, anda boleh naik jambatan kanopi mini yang ada di sini. Untuk yang suka pembinaan, jangan lupa pergi tengok rumah pokok moden yang ada dekat Borneo Ant House ini.
Apa yang lebih menarik untuk kami ialah koleksi senjata kaum asli Sabah. Contohnya golok lama orang Iban yang dulu digunakan untuk memenggal kepala musuh. Anda juga boleh lihat senjata orang Bidayuh dan juga rantai mereka yang diperbuat daripada gigi binatang buas.
Untuk yang ke sini dan kelaparan, jangan risau sebab pada cafe kecil untuk anda. Dan macam biasa kedai cenderamata pun ada.
Tips penting
- Borneo Ant House ini letaknya di Tuaran, Sabah. Jauhnya dalam 50 minit perjalanan dari Kota Kinabalu.
- Kalau dah ke sini anda juga ada peluang untuk pergi ke tarikan berdekatan seperti Cowboy Town Sabandar dan Rumah Terbalik Sabah.
Harga Tiket
Harga Tiket | Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) |
---|---|---|
Warganegara | 15 | 10 |
Pelancong Asing | 20 | 15 |
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 12 Jan 2024 |
Waktu Operasi
Tutup Jumaat
Sabtu – Khamis : 8:30 pg – 5:30 ptg