evolt go kart elektrk shah alam

Kredit : cardreams.my

Evolt Karting

Nak main go-kart kat litar moden dalam bangunan? Meh datang sini.

Untuk anda yang suka aktiviti lasak atau nak merasa main go-kart dalam suasana selesa, ini tempatnya.

Ia litar go-kart terbaru yang menggunakan go-kart elektrik pertama kat Malaysia.

Kalau litar Go-kart biasanya terbuka, dan panas, Evolt Karting ini dibuat dalam bangunan.

driver go kart evokarting

Kredit : najiyohnajiy

Jadi litar lumba anda jauh lebih selesa, tak risau panas atau hujan dan boleh juga berlumba malam-malam dengan member.

Litar ini jauhnya 600 meter dan ada 24 corner.

Jadi memang penuh aksi dan mencabar sebab banyak selekoh untuk anda layan sama-sama.

Fasiliti kat Evolt

Gokart kat sini jenis elektrik.

Ia lebih laju dari yang biasa, dan anda boleh ubahsuai kedudukan kerusi dan steering untuk lebih selesa.

evolt gokarting shah alam

Kredit : evoltkarting

Nak mengendalikannya pun dikatakan lebih mudah dari go-kart biasa (yang kerap dalam keadaan uzur lazimnya).

Dan litarnya pun jauh lebih rata dan lancar dari mana-mana litar yang pernah anda rasa.

litar gokart evolt shah alam @najiyohnajiy

Kredit : evoltkarting

Untuk yang tak berlumba, boleh naik ke platform untuk tengok anda semua berlumba.

Dan macam litar go-kart moden lain, ia juga ada monitor untuk kawan atau family yang tak berlumba tengok kedudukan anda semua melalui skrin saja di lounge mereka.

Boleh lah tahu siapa kat depan dan siapa yang macam kura-kura bila anda semua hilang sekejap dari pandangan mata.

Senang cerita, ini port main go-kart yang paling selesa, paling best buat masa ini di Malaysia.

Harga Tiket

Trek DewasaNoviceAdvancedPro
Harga 1 Sessi (RM)7085100
Trek Kanak21 Sessi2 Sessi3 Sessi
Harga (RM)255570
Beli Tiket Evolt Karting
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 1 Jun 2023

Tips

  • Tempat ini popular. Untuk kurang orang berlumba dalam litar, datang waktu hari biasa kalau boleh — lagi-lagi kalau anda ingin buat rekod peribadi terbaik kat sini.
  • Anda boleh bawa helmet anda sendiri atau sewa dari mereka.
  • Pakai kasut. Kalau anda berselipar atau bersandal, anda mungkin tak diterima memandu go-kart mereka.
  • Anda boleh beli tiket online atau walk-in di lokasinya.
Jomjalan