zipline shah alam

Kredit : carlosnavajo83

Zipline Shah Alam

[TELAH DITUTUP]Lepas jogging, boleh zipline rentas tasik kat taman ini.

Penting : Tarikan ini telah ditutup sekitar Mac 2023. Maklumat di bawah hanya utk rujukan sahaja.

Kalau anda ada di Shah Alam, dan ada sekitar tasik Shah Alam, bolehlah datang sini untuk layan zipline.

Tempat ini baru sebenarnya.

Dan dibuka pun selepas saja PKP, sekitar 2021.

Yang dewasa boleh, yang kanak-kanak pun tak ada masalah. Yang penting ada berani.

Bila dah habis zipline, boleh terus joging atau jalan kaki ronda ambil angin kat sini.

Seberang Tasik

Zipline kat Tasik Shah Alam ini bakal rentas tasik besar kat taman ini.

Panjangnya 240 meter.

Oleh MBSA

Kalau selalunya Zipline atau Flying Fox dibuat oleh pihak swasta, yang ini lain.

Ia dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam. Ini menjadikan zipline ini yang pertama dianjurkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Kalau ikut cerita, kelengakapan yang ada kat sini dibawa dari Amerika.

Aktiviti Ekstrem Lain

Kalau anda nak layan aktiviti lasak dan ekstrem lain, boleh tengok kat sini.

Waktu Operasi

Isnin : Tutup
Selasa – Jumaat : 9:30 pg – 6:30 ptg
Sabtu, Ahad : 8:30 pg – 6:30 ptg
Waktu Rehat : 1 ptg – 2 ptg

Harga Tiket

Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak - Kanak (RM)
Warganegara2510
Pelancong Asing3515
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 22 Jan 2022
Jomjalan