Aktiviti
Kebanyakan aktiviti di sini ialah aktiviti laut — dari snorkeling dan berkayak sampailah kepada scuba diving.
Tidak seperti di Pulau Perhentian Kecil, di Pulau Perhentian Besar cuma ada 2 pantai yang menjadi tumpuan.
Pantainya ialah Teluk Dalam dan Turtle Creek Bay.
Scuba Diving
Di Pulau Perhentian anda boleh menyelam bersama penyu dan ikan yu.
Antara tempat menyelam yang popular ialah Tokong Burung, Batu Nisan dan The Sugar Wreck.
Snorkeling
Kalau anda tidak mahir menyelam (Scuba Diving), anda masih boleh celup kepala di tempat yang lebih cangkat.
Anda boleh layan snorkeling di Teluk Pauh, Shark Point dan Tanjung Besi.
Anda juga boleh berenang bersama penyu di Turtle Point.
Kos untuk trip snorkeling biasanya sekitar RM50 seorang.
Ada beberapa operator di sini dan harga mereka mungkin berbeza.
Untuk yang mengambil pakej fullboard, lazimnya trip snorkeling telah dimasukkan dalam harga pakej.
Kecil vs Besar
Perhentian Besar ini lebih sesuai untuk keluarga sebab suasana malamnya lebih tenang.
Perhentian Kecil penuh dengan backpackers dan pengunjung asing.
Jadi aktiviti malam di sana memang tidak sesuai untuk anak-anak.
Kalau anda menginap atau mengambil pakej di Pulau Perhentian Besar, anda masih boleh juga pergi melawat Pulau Perhentian Kecil. Sewa sahaja bot laju.
Cara ke Pulau Perhentian
Untuk ke Pulau Perhentian, ambil bot di Jeti Kuala Besut.
Kalau anda dari Kuala Lumpur dan datang dengan kapal terbang, turunlah di lapangan terbang Kota Bharu, Kelantan.
Lapangan terbang ini lebih dekat dengan Jeti Kuala Besut berbanding dari lapangan terbang Kuala Terengganu.
Waktu Tutup
Pulau perhentian lazimnya ditutup dari bulan Oktober (atau Nov) ke Mac setiap tahun.
Pada waktu ini, musim monsoon melanda pulau. Jadi semua chalet dan aktiviti dihentikan.
Kami nasihatkan anda supaya jangan ke sini pada waktu di atas.
Sebabnya, walaupun anda dapat menempah bilik, anda mungkin lapar kerana makanan mungkin sukar didapati.
Masa Terbaik
Waktu terbaik ke sini ialah dari April ke September.
Pada waktu ini, sumber elektrik ada 24 jam, walaupun ada kalanya ada blackout.
Kedai dan restoran kecil dibuka dan aktiviti laut pun lebih selamat.
Tambang
Dewasa : RM 70 Kanak-Kanak : RM 40
Bot Penyambung
Pulau Perhentian Besar ini tiada jeti.
Anda perlu bayar RM5 kepada bot kecil yang akan menyambung perjalanan anda dari pesisir laut ke pulau.
Bot kecil inilah akan membawa anda ke pantai.
Jadual Bot Laju
Kuala Besut ke Pulau Perhentian : 9.00 pg hingga 4.30 ptg
Dari Pulau Perhentian ke Kuala Besut : 8.00 pg, 12.00 tghari dan 4.00 ptg
Lokasi yang bagus! Begitu cantik dan jernih airnya.
Pantai bersih, orang tempatan bagus. Matahari terbenam yang indah…apa lagi yang anda mahukan?
Kami menyewa chalet di sini dari chalet yang selesa dan ini sememangnya boleh dilakukan.
Restoran terletak di sebelah dan anda boleh memilih daripada makanan laut segar atau ikan yang telah ditangkap oleh penduduk tempatan!
Tempat untuk menenangkan jiwa dengan pemandangan yang indah serta air laut yang begitu jernih wow