Kalau Anda Jadi Wanita Ini Pun, Anda Mesti Mengamuk Dengan Uber

Uber tidak lekang dengan pelbagai kontroversi. Dan semalam muncul berita bagaimana seorang wanita dikenakan tambang $12,000 (~RM 43,000) untuk perjalanan sejauh 11km.




Mengatakan ia seperti perjalanan ke neraka, Jaime Hessel berkata, tambang awalnya adalah $56.40 dan beliau meminta agar ia dikurangkan. Namun begitu beliau terkejut kerana bukan sahaja ia tidak dikurangkan malah dinaikkan.

Nasib beliau baik kerana Uber bagaimanapun gagal mengenakan tambang $12,000 ini ke atas kad beliau kerana kad beliau telah tamat tempoh.

Update: Uber telah mengurangkan tambang beliau sebanyak $41.09. Tapi kini tercatat di akaun beliau bahawa beliau berhutang dengan Uber sebanyak lebih $16,000.


Sumber: Gothamist, Gambar : Joe A Kunzler